nuffnang ads

Saturday, October 3, 2015

Gold Coast Melacca International Resort

Satu lagi taman tema air (water themepark) dibuka di Melaka. Saya memang suka bawa anak berjalan2 santai2 ni tapi sejak anak da jadi 2 ni jarang sikit g jenjalan. Lbh byk g shopping complex sbb anak kecik kn remeh sikit kang die x kene mood da mak pun hilang mood. Kat shopping complex at least environment die kt da tau mcm mne. To dgn adanya water themepark baru ni bole masuk list jalan2. Jom...

Gold Coast Melacca International Resort sedang mengadakan promosi pembukaan taman tema air.

Tarikh promosi: 27.09.2015-31.10.2015
Harga tiket: Dewasa RM20 / Kanak-kanak RM10
Alamat: Lot 44, Jalan Wakaf Utama,
Off Jalan Tun Razak,
75450, Bukit Katil
Melaka

Thursday, October 1, 2015

Sponsored Post @Instagram

Instagram merupakan salah satu aplikasi online yg saya suka jenguk buat cuci2 mata page yg saya follow. Walaupun kadang2 semak je dgn iklan gambar yg penjual post direct 20 gambar serentak tp layan je lah sbb kdg2 ade iklan yg menarik perhatian.

Sejak dr pg tadi saya perasan instagram da ade satu lagi featured iaitu die masukkan iklan orang yang kita tak follow pun. Mula2 mcm pelik bila nmpk nama yg asing. Rupanya iklan berbayar. Siap bole install aplikasi plak tu. Layan je lah.....jugak

Friday, September 25, 2015

Salam Aidiladha

Assalamualaikum....

Di kesempatan ini saya sekeluarga mengucapkan salam aidiladha. Bersama kita menghayati erti pengorbanan sebenar yang dituntut.

Salam takziah kepada ahli keluarga mereka yang terlibat dalam tragedi kren tumbang dan rempuhan ketika mengerjakan ibadah haji.

Pada yang jalan2 cuti selamat memandu dan semoga perjalanan kita semua dilindungi Allah SWT

Thursday, September 17, 2015

Nasi Lemak Kukus Berlauk Bndr Sri Sendayan

Assalamualaikum....

Harini saya nak promosi food truck milik Along husband & suaminya yang telah dibuka di Bandar Sri Sendayan.

Menu: Nasi Lemak Kukus Berlauk
Lokasi: Petron @Galeria Bandar Sri Sendayan
Waktu: 7am-11.30am (setiap hari kecuali ahad)
Syarikat: M&A Murni Enterprise

Along memang pandai memasak terutamanya masakan nogori sembilan yang trkenal dengan rasa pedas asli. Demi menggunakan skill memasak maka Along & suaminya membuat keputusan untuk memulakan gerai berasaskan food truck. Jemput datang beramai-ramai dan menikmati masakan yang disediakan.

Menu utama nasi lemak kukus yang besertakan lauk pauk istimewa seperti sambal kerang, sambal paru, ayam rendang, telur sambal dan pelbagai lagi. Tak lupa ayam goreng berempah yang daku sendiri buat dan hantar kesana. Terdapat juga pelbagai pilihan kuih muih untuk melengkapkan pagi anda.

Harga bermula dari RM1.50 untuk nasi lemak kukus biasa sehingga RM4.00 bagi nasi lemak kukus berlauk (1 lauk). Boleh tapau ataupun makan di lokasi.

Jom serbu Nasi Lemak Kukus Berlauk Bndr Sri Sendayan.

Monday, September 14, 2015

Buat kuih tradisional

Assalamualaikum.....

Semalam bermula kerjayaku sebagai bidan terjun pembuat kuih tradisional. Saya x la yakin sangat nk buat kuih untuk dijual tapi setakat nk makan sndri tu bole la telan kn.

Semuanya bermula apabila kakak suami saya mula meniaga dekat kawasan rumah kami minggu lepas. Meniaga nasi lemak kukus untuk sarapan. Ramai pelanggan menanyakan kuih yang mana kakak xde la sempat buat kuih banyak kn 2 jenis je ade. So disebabkan sy dok rumah je so sy pelawa la nk tambah lauk untuk die jual. Dipelawa pulak saya buat kuih untuk die jualkn.

Apelagi gigih la semalam mencari resepi, tanya mak tanya adik beradik kuih ape nak buat kn yang senang-senang je la sebagai amatur ni. Niat memang nk sangat buat kuih lapis dgn lagi 1 jenis optional. Petang g shopping barang kuih & malam mulakan operasi.

Dapat la 2 jenis kuih untuk daku mulakan langkah....Alhamdulillah menjadi tapi masih belum puas hati & boleh diperbaiki. Maklumlah saya ni kn pembuat kuih amatur je. Kalau jadi jual, kalau x jadi simpan.

#kuihlapis
#pau

Friday, September 11, 2015

Kadar IPU semasa- Seremban negeri sembilan

Gambar tertera bacaan indeks pencemaran udara terkini sehingga kul 5 petang tadi. Yg daku utamakan adalah kawasan negeri johor, negeri sembilan dan kuala lumpur. Diambil dari laman web kementerian kesihatan menunjukkan bacaan IPU tidak sihat bagi kawasan kami (100-200, warna kuning)...

Daku dok rumah skrg ni mmg tutup semua tingkap pintu (selalunya fresh air yg daku dambakn, kami xde aircond) sbb bila buka pintu & tingkap rasanya dlm rumah pn berjerebu. Sidai kain pun rasa sesak dada.

Sebelum ni situasi sederhana je x sangka plak menjadi lebih serius. Tapi kalau jengah kedepan pn nk tgok rumah jiran nampak haze. Semoga keadaan menjadi pulih semula.

##semalam tak hujan kat seremban tu yg naik jerebu agaknye

Fakta anak bongsu

Sapa-sapa anak bongsu & setuju dengan semua fakta ni kita geng.

Dalam sopan ada tegas
Dalam diam ada rajin
Dalam hati ada taman (pulak)