nuffnang ads

Showing posts with label Kata-kata Nasihat. Show all posts
Showing posts with label Kata-kata Nasihat. Show all posts

Tuesday, August 26, 2014

Anak Menggambarkan Ibu Bapa,

Assalamualaikum... 

Sudah banyak kita dengar tentang perilaku ibu bapa akan diikuti dan dicontohi oleh anak-anak terutamanya yang masih kecil dan mahu mempelajari banyak benda didunia ini. Cara didikan setiap ibu bapa adalah berbeza, namun begitu pastinya setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak mereka. Mari kita menilai semula dan membuang yang keruh, ambil yang jernih dalam usaha melahirkan anak-anak yang soleh & solehah.


  • Jika anakmu BERBOHONG, itu karena engkau MENGHUKUMNYA terlalu BERAT. (jika anak bersalah sekalipun masih ada ruang untuk toleransi. jangan biar anak takut anda, tetapi jadikan anak hormat anda)
  • Jika anakmu TIDAK PERCAYA DIRI, itu karena engkau TIDAK MEMBERI dia SEMANGAT. (selalu katakan pada anak yang dia boleh lakukan, jangan asyik nak suap je dalam ape2 hal sekalipun)
  • Jika anakmu KURANG BERBICARA, itu karena engkau TIDAK MENGAJAKNYA BERBICARA. (selalu tanya perkembangan anak-anak dan berbual dengan mereka)
  • Jika anakmu MENCURI,

Monday, August 25, 2014

Tanggungjawab suami di tempat kerja, dirumah. Isteri bertambah sayang

Assalamualaikum...

Sebelum ni daku ada share pendapat ni dengan suami daku. dengan kemudahan berblog ni boleh la daku share dengan rakan-rakan lain jugak kan. bersama kita membina keluarga sakinah
Setelah membaca lebih 1500 mesej di fb ini masalah isteri dalam masa 2 minggu ini. Saya mengambil pengajaran di dalamnya keluhan dan keinginan seorang yang bergelar Isteri.

Sebaik sampai rumah terus beri salam, peluk isteri. Peluk dan cium juga semua anak-anak. Peluk dengan rasa syukur dan rindu pada mereka...walaupun sebenarnya kita teramat penat dan letih...hanya Allah yang tahu dengan pelbagaimasalah di tempat kerja. Pelukan itu menjadi ubat buat isteri, anak-anak dan diri kita sendiri. Buat penat dan sakit ditempat kerja hilang. Allah juga beri keberkatan rezeki bila kita berkasih sayang.

Ambil masa bertanya keadaan anak-anak. Bermain, bergurau, dan dukung mereka..tunjukkan minat atas apa yang mereka buat selagi bukan perkara haram.

Kerja isteri di rumah mencabar. Jika isteri tanya, abang penat ke? Abang buat apa di pejabat ada masalah ke? Jangan marah kerana memang sifat wanita ingin memulakan perbualan dengan soalan. Sebenarnya mereka ingin meluahkan masalah mereka. Biasanya soalan wanita ada makna disebaliknya..mereka ingin ceritakan masalah mereka....