nuffnang ads

Showing posts with label rumah kami. Show all posts
Showing posts with label rumah kami. Show all posts

Tuesday, August 26, 2014

Salam Aidilfitri 1435H 2014M

Assalamualaikum... 


Hari ini merupakan hari terakhir syawal tahun ini. 

Kami sekeluarga ingin memohon maaf atas segala keterlanjuran yang telah dilakukan dengan sedar ataupun tidak. Doakan kehidupan kami menuju ke arah yang lebih baik dan diredhai Allah. Doakan perniagaan daku berkembang dan dipermudahkan.

Amin......

 ~SEKIAN, WASALAM~
belanja gambar 1 syawal sikit =)

Saturday, November 30, 2013

Tergoda Dengan "Kedai Lampu Memang Murah"


Assalamualaikum...

Hujung minggu lepas kan kami menginap di rumah Kak Ija atas sebab nak pergi bercuti 4 keluarga. wah memang meriah la kami rasa kat sana dengan kehadiran mak n abah, family kami, family kak ayu + family tuan rumah tu sendiri. dengan kehadiran 3 orang anak comel iaitu Fatihah, Amar & Aisha (comel ker) yang riang bermain.

Banyak jugak aktiviti luar kami dimana 5 hari disana memang tak lekat kat rumah. ade je aktiivti luar nak dibuat kan......almaklumlah jarang berkumpul reramai gini syok g jalan2. Bila dok rumah tu lihat la deko2 yang ada & tiap kali datang memang tengok kat lampu yang terpasang. kita kan da ade pengalaman surey2 lampu ni konon2nya da jumpa kedai yang murah di seremban sini. So menanya la harga lampu yang tergantung tu. bila disebutkan harganya dalam 1/8 je dari harga yang kami dapat. perghhhhhhh memang da tau kan die borong kat mana....Houses Lightings yang terletak kat Puchong. 

Sunday, October 6, 2013

Cuci-Cuci Alphabetical Mat

Assalamualaikum

harini hari minggu so....daku amik keputusan tuk cuci alphabetial mat yg menjadi tapak mainan anak dara kesayangan kat rumah kami ni. Da guna alphabetical mat ni dari awal pindah ke TBS ni n dari sehari ke sehari merancang nak basuh tapi....malas la sbb remeh nak pisahkan 1 1 part die. 

Alhamdulillah harini terlaksana niat dihati nak basuh. Ceria rumah kami harini dek warna warni mat ni kat depan rumah. da macam taska da tengoknye
  
 https://mail-attachment.googleusercontent.com/attachment/?ui=2&ik=4f9081b8ab&view=att&th=1418ca5ec00c1486&attid=0.3&disp=inline&safe=1&zw&saduie=AG9B_P-G6DFPtxE66YlID1LfHFZ4&sadet=1381049005192&sads=Fa1oieQmVdvxvMtIwH-T4hNgpe4
 penuh pagar rumah kami

 https://mail-attachment.googleusercontent.com/attachment/?ui=2&ik=4f9081b8ab&view=att&th=1418ca5ec00c1486&attid=0.1&disp=inline&safe=1&zw&saduie=AG9B_P-G6DFPtxE66YlID1LfHFZ4&sadet=1381049003293&sads=T67FpGVwP_Hl53ape7t4MtlhNXA
 gantung2 je

 https://mail-attachment.googleusercontent.com/attachment/?ui=2&ik=4f9081b8ab&view=att&th=1418ca5ec00c1486&attid=0.5&disp=inline&safe=1&zw&saduie=AG9B_P-G6DFPtxE66YlID1LfHFZ4&sadet=1381049007892&sads=1FYQ4k5LIHJbdMMJehMHur9L7y4
 ampai pun penuh

lepas ni gigih la nak angkat dan cantumkan semula huhuhu

~SEKIAN~

Thursday, September 12, 2013

Karpet Hijau IKEA

 Assalamualaikum...

susulan kepergian kami ke IKEA sempatlah menyambar beberapa barangan termasuklah karpet hijau ni. memang dalam senarai barangan yang nak ditambah dalam rumah adalah karpet untuk living room kami sebab asal suami hanya sediakan karpet rotan biase je (demand lebih isteri kesayangan nih). 

Jalan2 kat showroom IKEA tiba part karpet kami terus tertarik dengan karpet yang tergantung kaler hijau ni. memang menarik perhatian sungguh. suami pun mendorong n sokong paksa suruh beli. gigih la kami balik ke pintu utama dan ambil troli semata2 nak mengangkut karpet nih. berat jugak tau.

Pagi tadi lepas tidurkan anak dara cepantas kilat daku mengemas rumah, ajak suami deco2 sbb nak pasang karpet baru nih. Alhamdulillah siap je baru anak dara bangun. dapatla sejam lebih tidonye bangun terus daku letak kat karpet perasmian gamaknya. kebetulan pakai baju sedondon so ape lagi posinglah die. siap pakej buku n mainan lagi.



~SEKIAN~

Wednesday, September 11, 2013

less than 24 hours @home TBS

Assalamualaikum....

Alahai nak mengupload stock gambo kat spital ke blog x menjadi lg. Cable I-pink daku ntah kemane, nk membluetooth direct ke lappy x reti plak. nk transfer e I-phone somi x bole. sok la wasap ke somi sbb sok kene g bando tuk sesi fisioterapi somi. Maklumla kat Home Sweet Home ni line tenet maxis kn mcm biskut. 

ihsan google

Alamak iter xdekenemengene la dgn tajuk. ook kembali ke asal. urmmmm ni la dr start raye aritu mmg x pernah melekat kat rumah sehingga 24 jam. ade je kene keluar balik kampung la, cari barang lah, g cuci mata lah. pokok pangkalnya memang tak pernah dok umah sehingga 24 jam sepenuhnya. niat dihati harini dapatlah duduk 24 jam pasal mmg xde plan nk kuar ke mane2 n stock mknn n barang kat umah pn ade lg, tapi kene jgk keluar semata2 nak g fotostat IC suami untuk claim socso. huhuhu nk g fotostat pn kene angkut 1 family ok..... apenakbuat

google image taman bukit sendayan nk cari signboard atas nun. pastu scroll2 n perasan mcm rumah yg suami beli je ni. click n besarkan ternyata mmg rumah kami la nih. yg meyakinkan daku adalah tong biru depan rumah jiran tuh. hihihi

rumah kami taman bukit sendayan

rumah kami taman bukit sendayan
daku belum pernak masukkan gambar rumah lagi kan. gambo deco2 pun xde meriah mcm kak ija. hihi malu lah bila guna laptop org ni even suami sendiri. InsyaAllah suatu hari nanti. ade lagi deco2 impian yang belum terlaksana. bunga2 enyeri taman pun sudah mekar. x semak mcm dlm gambo atas ni ye. encik suami hari2 mencabut rumput kat halaman rumah kami.

~SEKIAN~

Sunday, September 1, 2013

Anak ibu,7 Bulan dah




Siti Ainnur Fatihah
 7 bulan

Da lame pulak rasenye ibu x upload gambar anak ibu dalam diari maya ibu ni, rindu la kat die. Gambar semasa anak ibu menginjak usia 7 bulan 22.08.2013 yang lalu. Da besar da anak ibu ni. Semakin bijak dan semakin berdikari. Sekarang da pandai main sorang2. Ibu minta maaf banyak2 kekadang terpaksa meninggalkan anak ibu bermain sorang2 sebab ibu ada kerja nak buat, lebih2 lagi ibu nak mencari pekerjaan kat luar x lama lagi. Hati tak sanggup tapi ibu harus terima kenyataan. Kalau ayah memerlukan lebih masa untuk sembuh nanti mcm mane nak menyara kehidupan kan. Anak ibu anak yang baik mesti fatihah faham kan. Ibu Sayang Fatihah

~SEKIAN~

Friday, August 30, 2013

beralih tanah

 Assalamualaikum...

Sekarang ni saya dan keluarga dah berada di kampung mertua, Felda Bukit Rokan Utara, Gemencheh Negeri Sembilan. Singgah balik rumah mertua sebelum balik ke seremban hari ahad ni, hari isnin plak ad appoinment dengan doc pakar kat KPJ Seremban. Weehuuuu nak bukak jahitan & physiotherapy session. 

Tadi bawak kereta dari kota tinggi ke gemencheh berlaku 4 kali pertukaran pemandu. huhu biasela siang2 ni kan anak banyak nak menyusu (alasan...mentang2lah suami da rajin nak bawak kereta). tapi bosan sikit perjalanan harini sbb banyak kereta & lori la pulak harini, suami plak request nak lalu jalan kampung. Keluar tol Yong Peng n lalu Labis-Segamat-Gemas tuk ke kampung.  

Perjalanan ke Negeri Sembilan kalini jugak daku dilanda kerinduan. rindu dengan anak yang duduk kat belakang dengan ayahnya dikala kumemandu dan juga rindu pada mak. rindu sangat kat mak, x puas rasanya duduk hampir 6 hari dengan mak. Dengan mak rasanya dunia daku sangat berbeza. mak, usu sayang mak sangat2.

~SEKIAN~

Tuesday, May 28, 2013

new life begin

Assalamualaikum......
Current Location: Taman Bukit Sendayan, Seremban, Negeri Sembilan

Alhamdulillah setelah setahun sebulan 10 hari bernikah akhirnya dapat menetap bersama-sama suami dirumah yang suami sediakan sendiri. dah 5 hari kot sejak pindah hari wesak jumaat lepas. kemas pun rasanya dah siap sikit2....lain2 nk tambah2 menyedapkan mata memandang la kn. keperluan asas alhamdulillah suami dah siapkan sebelum daku n anak berpindah masuk. sian suami kene siapkan sorg2. yelah nak menunggu kami ber2 ni kang lambat plak. dgn keadaan anak yg x berapa sihat tu. baik suami sediakan. perbincangan jarak jauh diamalkan dari sejak memilih barang perkakasan rumah, hiasan, barang elektrik hinggalah ke sesi pemilihan barang dapur termasuk beras dan segala brg memasak. huhu Alhamdulillah keperluan pinggan mangkuk daku dah sediakan awal n beli dr johor masa awal2 kawin dulu n suami just bawak masuk je. kalo x haru la da la 1st day da kene serbu dgn adik beradik suami boleh hidang dgn pinggan mangkuk. kalo x kene beli pinggan cawan kertas je la nk hidang org kn huhu

setakat ni mak n abah ada menemani daku. ala budak2 pun x skola kn so bleh la g jalan2. xpe bukan sellu pun =)

so masih dalam sesi penyesuaian diri....tapi makin selesa. malam ke 2 dah boleh tido la. malam 1st mmg x bleh lelap mata. smpi daku g tdokn anak n g ruang tmu tuk tdo br dpt lelap. biasela 1st night kn mane2 pn org akn alami rasa x selesa. gambar rumah yg sami siapkan nnt la upload ye. cable hp trtgl kat kg...urm ckp pasal brg mmg byk brg yg trtgl @ sengaja tgl  sbb kn tau nk balik lg (separuh hati je kot masa nak pindah minggu lepas huhu...tapi selagi kita redha n tahu tempat isteri disisi suami. mak n abah pun suka dok sini =)

~SEKIAN~

Thursday, May 23, 2013

siap sedia berpindah


Assalamualaikum...
Harini bermalas malasan kat rumah. Esok akan berangkat ke negeri sembilan dan mulakan kehidupan yang baru. Alhamdulillah mak n abah akan ikut daku at least untuk seminggu. Selama ni merekalah kekuatan daku. X tau mcm mane perasaan ni. Dah 26 tahun menetap kat johor ni semenjak dilahirkan dan lepas ni akan dok kat tanah yang baru. Tanah negeri sembilan. Sayu je rasa hati . Adakah daku akan menghabiskan sisa hidup disana. Rasa berat hati tapi ada tanggungjawab yang perlu dilaksanakn. InsyaAllah ianya bukan pengakhiran tapi sebuah permulaan. Redha itu indah
Published with Blogger-droid v2.0.9

Wednesday, April 24, 2013

Thursday, April 11, 2013

Alphabetical Mat dari Australia

 Assalamualaikum...

ni la merupakan barang mainan 1st yg daku belikan tuk anak @deco2 rumah kediaman 

berkenan dgn gmbr yg izzah (mmbr UM) yg post kat FB, selesa je anak dia main atas mat ni. ok izzah skang sedang menetap kat Australia sbb hubby die smbg belajar kat sane (bestnye....)...tnye2 n tempah la kat izzah suoh die belikn n post kat Malaysia, mase tu mcm bulan 11 ke 12 ek. da lupe da

Alhamdulillah brg ni smpi Malaysia February lepas n selamat sampai kat rumah 29.03.2013. lom bkk lg, x sabar nk deco2 rumah sendiri =)



ade bau kanggaroooooooo x hihihi

 gmbr ni trbalik bila diupload ke blog. ok i x suke, berangan nk letak 1st pic so sbb trbalik kebawahla kamoooo

berkenan mat ni sbb dlm saiz besar. 1 kaki, biasa jumpa yg kecik besar tapak tangan je tu kn.....

jom kumpul barang hiasan rumah =)

~SEKIAN~

Tuesday, April 9, 2013

My MUM is Busy :TEHA



Assalamualaikum...

bulan 4 ialah bulan yg sangat busy untuk office ibu saya. walaupun ibu saya akan berhenti tapi sebagai seorang yang sangat berdedikasi, ibu saya tetap menjalankan tugasnya dengan penuh rasa tanggungjawab

oleh itu, saya duduk diam2 dan layan perasaan sahaja. x sabar tunggu masa ibu saya mengulit saya bila kerja ibu selesai...sayang ibu


TEHA

~SEKIAN~