nuffnang ads

Showing posts with label motherslife. Show all posts
Showing posts with label motherslife. Show all posts

Thursday, September 10, 2015

Pre-eclampsia in Pregnancy

Assalamualaikum...

Pre-eclampsia or preeclampsia (PE) is a disorder of pregnancy characterized by high blood pressure and a large amount of protein in the urine. The disorder usually occurs in the third trimester of pregnancy and gets worse over time. In severe disease there may be red blood cell breakdown, a low blood platelet count, impaired liver function, kidney dysfunction, swelling, shortness of breath due to fluid in the lungs, or visual disturbances. Preeclampsia increases the risk of poor outcomes for both the mother and the baby. If left untreated, it may result in seizures at which point it is known as eclampsia. ( https://en.wikipedia.org/wiki/Pre-eclampsia )

Situasi ketika hamil bermula masuk bulan ke5 kaki saya mulai bengkak. ingatkan kerana kurang rehat, so nurse/doc cuma suruh tinggikn kaki ketika rehat/tidur. Selepas saya dikesan menghidap darah tinggi, dan check air kencing sudah mengandungi protin maka risiko kepada diri dan kandungan semakin tinggi. bila di hospital saya disahkan pesakit Pre-Eclampsia (PE).

Saya tidak pasti apa itu PE cuma beberapa minggu sebelum dimasukkan ke hospital tu saya ada menonton rancangan 19 Kida & Counting dimana ibu mereka ketika hamil anak ke 19 mengalami PE. Memang seram juga tengok keadaan ibu mereka ketika diserang tu. So bermula itu daku mencari maklumat perihal PE melalui pembacaan, tanya nurse & doktor.

PE adalah satu situasi ketika hamil dimana tekanan darah naik tinggi, kencing mengandungi albumin, dan kaki bengkak/edema. memang sama keadaan daku alami. PE boleh menyerang mereka yang hamil pertama kali, ataupun mereka yang terlalu gemuk dan mengidap penyakit kencing manis, ataupun memang pernah mengidap penyakit darah-tinggi dan buah pinggang. Ibu mengandung berisiko diserang sawan, dan PE kronik boleh merosakkan organ tubuh badan ibu, dan berisiko ibu & bayi meninggal.

Sesudah dimasukkan ke hospital diet pemakanan rendah kandungan garam dilakukan kepada ibu bagi mengawal tekanan darah tinggi. Alhamdulillah dengan kawalan pemakanan dan pengambilan ubat dalam dos yang tertentu tekanan darah tinggi saya dapat dikawal. Tapi macam tak percaya sebenarnya saya ada darah tinggi kerana tak ada pening, sakit kepala loya muntah semua. yang ada hanyalah sakit tengkuk yang saya agak kerana bantal hospital x serasi dgn saya (huhu)

Setiap pagi sebelum subuh dalam kul 5 nurse akan datang tuk periksa kadar denyutan jantung baby (prosedur CTG)... Semuanya normal sehinggalah usia kandungan masuk 36 minggu 4 hari, hari selasa. Graf yang terhasil menunjukkan kadar denyutan bayi dalam kandungan tak stabil. Kadang-kadang menurun dan baby kurang aktif. daku diminta lakukan CTG sehingga 3 kali. sampai cramp pinggang dibuatnya. sesudah selesai CTG ketiga pakar membuat analisa dan menasihatkan untuk melahirkan bayi hari tesebut juga! Risiko kepada bayi kerana kadar denyutan jantung sangat tidak stabil..... 

gambar sebelum kak Fatihah terpaksa dihantar ke Johor sbb ayah nak kerja. Ibu plak kene dok hosp smpi bersalin
 

 ~SEKIAN, WASALAM~

 Sumber: pakbidan.blogspot.my

Tuesday, September 8, 2015

Kelahiran Anak Kedua- High Blood Pressure, ditahan wad

Assalamualaikum...

Saya telah selamat melahirkan anak kedua iaitu seorang lelaki pada 7 april 2015 (he is 5 months yesterday).

Kehamilan yang dirancang selepas kakak Fatihah berusia 6 bulan. plan nk tambah anak terus ALlah beri rezeki Alhamdulillah. Sepanjang kehamilan berjalan lancar dengan mengasuh kakak yang makin membesar. cabaran kekadang datang tapi daku harungi dengan tabah. berat badan naik tetiba tu biasaah kn....tapi nk elak kene dtg check blood pressure (BP) setiap 2 hari so kene la kawal berat badan ideal.

Pengalaman baru tentang kehamilan anak kedua ni ialah daku dijadualkan minum air gula! yang sememangnya menjadi satu mimpi ngeri kepada ibu mengandung. pertama kali minum daku hanya bertahan 1 jam. selepas 1 jam terus termuntah kat toilet. tp x bgtau misi pn nnt kene minum lg...Alhamdulillah result ok. kali kedua minum daku da boleh bertahan. yeeha!!!! next preg (inshaAllah) da request kat husband nk check p kat swasta je kot kalau kat swasta xde prosedur minum air gula ni..

Masuk kandungan 34 minggu 5 hari daku menjalani check up mingguan biasa kat hospital. berat naik lebih 500gram dai sepatutnya dan daku kene dtg tuk bacaan BP setiap 2 hari. hari seterusnya daku nk check BP tgok BP da naik (120/90) dan sampai seterusnya...hari ke 4 daku check naik ke 140/100 daku terus dihantar ke hospital menaiki ambulan (pengalaman pertama tew)... daku ditahan di wad. drama air mata juga nk berpisah dengan kakak & ayah. maklumlah x jangka kn semua ni dtg dengan tiba2...

dan selepas tu pulak disahkan Pre-Eclampsia......



~SEKIAN, WASALAM~

Kelahiran Anak Ke-2

Assalamualaikum...

 Nama: Shah Ahmad Faiz Bin Azlan Shah
Tarikh Lahir: 07 April 2015
(36 Minggu 4 Hari)
Berat: 1.92kg

 

Tuesday, August 26, 2014

Anak Menggambarkan Ibu Bapa,

Assalamualaikum... 

Sudah banyak kita dengar tentang perilaku ibu bapa akan diikuti dan dicontohi oleh anak-anak terutamanya yang masih kecil dan mahu mempelajari banyak benda didunia ini. Cara didikan setiap ibu bapa adalah berbeza, namun begitu pastinya setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak mereka. Mari kita menilai semula dan membuang yang keruh, ambil yang jernih dalam usaha melahirkan anak-anak yang soleh & solehah.


  • Jika anakmu BERBOHONG, itu karena engkau MENGHUKUMNYA terlalu BERAT. (jika anak bersalah sekalipun masih ada ruang untuk toleransi. jangan biar anak takut anda, tetapi jadikan anak hormat anda)
  • Jika anakmu TIDAK PERCAYA DIRI, itu karena engkau TIDAK MEMBERI dia SEMANGAT. (selalu katakan pada anak yang dia boleh lakukan, jangan asyik nak suap je dalam ape2 hal sekalipun)
  • Jika anakmu KURANG BERBICARA, itu karena engkau TIDAK MENGAJAKNYA BERBICARA. (selalu tanya perkembangan anak-anak dan berbual dengan mereka)
  • Jika anakmu MENCURI,

Wednesday, March 19, 2014

Ulasan tentang hasil kajian susu ibu meningkatkan risiko anak mendapat lelah

Assalamualaikum...

Hujung bulan februari lepas kecoh dunia dengan 1 hasil kajian yang dilakukan mengatakan bahawa bayi yang minum susu ibu lebih cenderung untuk mendpat penyakit lelah (info dari http://amazingnara.com/). Daku tak aware sangat dengan perkara ni tapi bila baca boleh dikatakan mengarut kerana sampel yang diambil tidak dibuat secara konsisten. Dan hari ini admin daripada PumpOnTheGo ada mengulas berkenaan hal ini:

"Artikel asal kajian ini ditulis dalam bahasa Inggeris dan dilakukan oleh pengkaji di negara Barat dan telah menjadi satu isu yang menggemparkan dunia penyusuan susu ibu.

Buat pengetahuan puan, kajian tersebut dijalankan ke atas bayi yang diberikan susu formula sepenuhnya dan bayi yang dikatakan diberi susu ibu.

Tahukah puan, bayi (yang dikatakan diberi susu ibu) yang dipilih untuk digunakan dalam kajian tersebut bukanlah bayi yang diberi susu ibu dalam jangka masa yang panjang (lebih dari 1,3,6 atau 12 bulan). Tetapi bayi yang digunakan dalam kajian tersebut untuk mewakili bayi yang hanya minum susu ibu, adalah bayi yang diambil secara rawak tanpa mengira tempoh berapa lama bayi itu diberikan susu ibu.

Bayi yang dipilih itu, ada yang menyusu hanya sekali selepas lahir, ada yang diberikan susu ibu beberapa hari sahaja dan meneruskan dengan susu formula dan ada juga bayi yang diberi susu ibu bersama dengan susu formula. Bayi-bayi ini dianggap oleh kajian ini sebagai bayi yang diberikan susu ibu sepenuhnya.

Pada pendapat admin, kajian ini tidak menggunakan subjek yang sesuai kerana tidak menggunakan bayi yang diberi susu ibu secara eksklusif. Jadi admin tidak bersetuju dengan keputusan kajian ini.
Risiko-risiko penyakit dapat dikurangkan jika bayi hanya diberi susu ibu sahaja untuk 6 bulan pertama dan meneruskan penyusuan susu ibu sehingga 2 tahun dengan penambahan makanan tambahan (solid food).

Dari segi IQ dan kepintaran pula, terdapat banyak kajian yang telah dijalankan oleh saintis yang menyokong kelebihan susu ibu kepada perkembangan ini, namun begitu perkembangan setiap bayi tidaklah sama.

Jadi kita sebagai yang beragama, hendaklah kita kembali kepada saranan dan tuntutan Maha Pencipta.Menyusukan anak sehingga 2 tahun adalah tuntutan buat Muslim. Tidak Allah jadikan ia tuntutan jika tiada kebaikan yang kita akan peroleh.
Susuilah anakmu, ianya fitrah dan tuntutan."
________________________________________________________

Daku sangat bersetuju dengan apa yang diulaskan oleh admin PumpOnTheGo. Lagipun at negara barat tu memang la die nak sokong penggunaan susu formula. lagipun baby yang lahir pun dapat bantuan subsidi kot......Kita ni kenelah berusaha sehabis baik nak berikan susu ibu pada anak. Percayalah susu ibu adalah yang terbaik!!!

~SEKIAN, WASALAM~

Tuesday, March 18, 2014

Musical Playmat

Assalamualaikum...

What do i want?

Hunting for the star

The music is nice

 Hi cute cat

Musical playmat dihadiahkan oleh team Jimah iaitu syarikat husband bekerja. Biasanya untuk setiap kelahiran dalam syarikat akan diberikan wang saku dan juga hamper. Tapi untuk Fatihah sangat istimewa dan diberikan tikar bermuzik ini. Patutlah dapat lambat kira2 masa umur Fatihah 5 bulan.

Monday, March 17, 2014

Promosi Breastpump

Assalamualaikum... 

PumpOnTheGo  sebuah syarikat yang menjual barang-barang bayi ada membuat promosi untuk bulan March iaitu menjual AUTUMNZ PASSION AUTIMATIC DOUBLE BREASTPUMP dengan harga hanya RM450 beserta banyak free gift yang akan diberi iaitu  

✔ FREE MANUAL PUMP KIT
✔ FREE POSTAGE
✔ FREE 25pcs BREAST MILK STORAGE BAGS.
✔ FREE 3pcs ICE GEL.
✔ FREE 1pc COOLER BAG.


Tuesday, December 31, 2013

Tepuk Amai-Amai

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua, jom kita main tepuk amai-amai


Tepuk amai-amai, Belalang kupu-kupu

Tepuk biar pandai, Siang malam upah susu

Monday, December 16, 2013

P&P ibu dan anak

Assalamualaikum... 

 

ini merupakan salah satu impian daku untuk direalisasikan bersama anak-anakku. Semoga masih diberi kesempatan untuk melakukannya

 ~SEKIAN, WASALAM~

Keto Kocik Pipi Montel

Assalamualaikum...

Jom jalan sape nak ikot saye

Fatihah suka betul naik kereta mainan ni. Pinjam main kat kampung kepunyaan sepupu dia. laju je dia ngengggg ngenggg. dah surey kat kedai tapi nak beli kang ruang terhad asyik terlanggar2 je pulak kat rumah kecil kami ni. tunggu pandai jalanlah nanti boleh main kat depan rumah

Sunday, December 15, 2013

Bayi 9 bulan dirogol di Selangor

Assalamualaikum...

Subhanallah....kes rogol di kalangan kanak-kanak bawah umur semakin menjadi-jadi kebelakangan ni. jika sebelum ni saya ada berkongsi berkenaan  budak 11 tahun merogol anak asuhan ibunya yang terbaru dikatakan berlaku di Petaling Jaya dimana seorang bayi berusia 9 bulan dirogol oleh anak pengasuhnya. 

Ibu bayi tersebut terkejut apabila menemui kesan darah di lampin yang dipakai anaknya dan mendapati vagina anaknya mengalami pendarahan. Si ibu merujuk anaknya di Hospital Kuala Lumpur dan doktor mengesahkan bahawa anaknya telah dirogol. Ya Allah mesti luluh hati seorang ibu bila bayinya diperlakukan sebeitu. Satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Dang Wangi dan kanak-kanak lelaki tersebut kini ditahan di Malacca Action Group for Parents in Education bagi menjalankan siasatan lanjut.

 ~SEKIAN, WASALAM~

Friday, December 13, 2013

Petua: Bayi Batuk Berkahak

Assalamualaikum...

Dah seminggu anak dara kesayangan diserang batuk dan selsema. Sedih plus kesian daku tengok keadaannya. Kalau menangis tu sampai terbatuk, ketawa pun terbatuk. Bila nak tidur lagi susah. Ibu pun susah hati melihat keadaannya serta try to buat ape2 tuk tenangkan anak kesayangan. Ditambah pula dengan serangan selsema.....nak tidur tu nak berputing tapi  boleh nak hisap sbb susah bernafas. lagi mengaruk lah die. Batuk pulak tak pandai buang kahak. memang lah sayu hati ibu Alhamdulillah selepas diberikan ubat dan amalkan petua-petua lama dah berkurangan batuknya.

Jom kongsi petua yang boleh diamalkan sekiranga bayi atau kanak-kanak diserang batuk berkahak

1. Madu asli.
Untuk bayi atau kanak-kanak, 1 sudu kecil.. Jika madu pekat sangat, boleh tambah sedikit air.Madu boleh mengeringkan kahak. Campurkan madu pada susu bayi atau beri mereka minum madu sedikit setiap hari. sila guna sudu plastik.

2. Kunyit hidup atau bawang putih.
Kunyit hidup tu, gosok la kat mana2 permukaan yang kasar untuk dapatkan serbuk, lepas tu serbuk kunyit tu dicampurkan dengan minyak masak kemudian sapukan ke dada bayi.. Kalau nak guna bawang putih, bakar sikit bawang putih tu tapi jgn la sampai hangit.. Caranya sama jer guna kunyit, gosok, ambil serbuk,kemudian campur dengan minyak masak baru sapu ke dada bayi.

3. Daun kaduk.

Ramas daun kaduk dengan kapur sirih. Kemudian sapukan pada dada dan perut bayi. Kahak akan keluar bersama najis bayi nanti..

4. Kismis

Tuesday, December 3, 2013

Petition menggesa meletakkan KEUTAMAAN hanya Doktor Wanita dan Jururawat Wanita di bilik dan wad bersalin

Assalamualaikum...

Tandatangan Petition Ini

Klik link diatas untuk sign petition.

Kementerian Kesihatan Malaysia: Kami menggesa meletakkan KEUTAMAAN hanya Doktor Wanita dan Nurse Wanita di bilik dan wad bersalin.

Mari kita semua rakyat Malaysia menandatangani petition bagi menggesa pihak Kementerian Kesihatan Malaysia meletakkan keutamaan kepada hanya doktor dan jururawat wanita untuk ditempatkan di dalam bilik bersalin.

Daku sebagai seorang yang pernah bersalin di hospital kerajaan. Semasa pertama kali datang untuk melakukan pemeriksaan doktor lelaki yang memeriksa kat bawah. Daku lihat sekeliling dan memang hanya doktor lelaki (pelatih dan on call) yang berada di wad saringan. Disebabkan da sakit terpaksa tadah je lah.

Susulan Budak Lelaki 11 Tahun merogol Budak Perempuan 6 Tahun

Assalamualaikum...

Kejadian yang berlaku di Melaka pada 7 November 2013 yang lalu membuatkan daku tergamam. Macam mana kanak-kanak yang masih terlalu muda boleh terfikir untuk melakukan adegan tersebut kepada kanak-kanak lain.

Berlakunya kejadian seperti ini pihak mana yang harus dipersalahkan. Dari sumber mana kanak-kanak tersebut melihat adegan berkaitan sehingga membawanya kepada perasaan ingin mencuba. Adakah dari internet yang sememangnya tiada sekatan ataupun dia pernah melihat adegan tersebut dialam nyata sehingga beliau mahu mencubanya. Setahu ilmu pengetahuan daku yang cetek ni budak seumur 11 tahun belum "mimpi basah" untuk mendorongnya melakukan adegan tersebut.

Ya Allah macam mana masa depan mangsa kerana selaput dara telahpun koyak. mesti dia rasa rendah diri dan trauma dengan adegan yang berlaku. Mohon diberi kekuatan untuknya dan diberikan pengadilan yang sewajarnya.

Kejadian berlaku dirumah pengasuh.

Tasya first few steps

Assalamualaikum...

Tasya anak kedua kepada pasangan angkasawan negara kit ayang pertama iaitu Dr Sheikh Muzzafar Shukor bersana Dr Halina. Tasya lahir 4 hari awal daripada Fatihah iaitu pada 19.01.2013

Daku sentiasa mengikuti perkembangan Tasya melalui Blog Dr Halina. Yelah Dr Halina kan lebih berpengalaman....mane yang daku boleh jadikan pengajaran daku akan ambil.

Terbaru Tasya dah boleh jalan bertatih sendiri. Daku bangga dengan dia. masuk 10 bulan dah pandai bertatih. Fatihah baru bertatih keliling meja @ kusyen. kalau merangkak dah puas dah. InsyaAllah tak lama lagi berjalan lah mereka2 ni kan. Budak2 sekarang advance

Kalau nak tengok video Tasya bertatih boleh la klik di sini dan anda akan terus direct ke blog Dr halina

~SEKIAN, WASALAM~

Sunday, December 1, 2013

vroom vroom kereta biru

Assalamualaikum...

Mohon ampun gambar2 adalah sensor!!!!!

Displaying image.jpegDisplaying photo.JPG

 Displaying image.jpeg

Anak dara mengetest kereta milik abang sepupunya iaitu anak kak long belah suami. gembira betul dia dibawak naik kereta biru ni oleh kakak2 sepupu dia pusing2 ruang beranda rumah. bila diturunkan dia kejar n main sorong2.

bila didudukkan diturunkan kaki n start sorong pelan2. daku jaga je lah kalau2 nak terjatuh kan. amboiiii lame2 laju pulak dia membawa kereta ni.

Da lame tak cerita perkembangan anak kan.

Wednesday, November 20, 2013

WW: warded 2nd time

Assalamualaikum...



 gambar semasa ayah warded kali kedua khamis & jumaat minggu lepas

Fatihah ceria macam selalu. masuk ward dengar suara dia. masuk bilik fisioterapi kecoh dengan suara dia. orang2 pulak menggeram dengan dia. ibu layankan je lah

 ~SEKIAN, WASALAM~

Monday, November 18, 2013

Bekas pengasuh Taska Permata Harapan berkongsi pengalaman

Assalamualaikum...

Awal bulan haritu daku tergerak nak buat post pasal kanak-kanak didera selepas menonton video kanak-kanak dipukul menggunakan tuala hanya kerana enggan mengambil lampin pakai buang seperti diarahkan pengasuhnya.

Harini facebook NaraMedia ada berkongsi berkenaan seorang bekas pengasuh di Taska Permata Harapan yang berkongsi pengalamannya selama sebulan bekerja di taska berkenaan. Pengalaman yang lebih kepada pengalaman ngeri kepada kanak-kanak yang menghadapinya setiap hari. Mereka tidak mampu berkata-kata tetapi mereka tetap mempunyai perasaan seperti kita insan dewasa yang mampu berfikir sebaiknya. Bersama kita ikuti pengalaman bekas pengasuh tersebut:

Aku pernah bekerja di taska ni, aku kerja sebulan je. Sebab aku tak larat nak tengok budak berapa bulan kena campak atas tilam, (pengasuh) pukul budak yang tak tahu apa-apa

Sunday, November 17, 2013

risiko mengambil ubat semasa menyusukan anak

Assalamualaikum..

Kan hujung bulan lepas daku diserang demam. risau jugak rasa hati nak mengambil ubat sebab sedang menyusukan anak kan. Takut ade risiko ubat menyerap ke dalam susu badan dan memberi kesan tidak selamat pada anak tersayang. Alhamdulillah seminggu sebelum demam tu daku ada terbaca risalah berkenaan pembambilan ubat semasa menyusukan anak ni. Boleh la daku amalkan.

Friday, November 15, 2013

4 TAHAP MENDIDIK ANAK MENGIKUT SUNNAH RASULLUAH SAW

Assalamualaikum

Di pagi jumaat yang hening ni mari kita muhasabah diri. Daku nak kongsi bahan bacaan yang daku baca iaitu empat tahap mendidik anak cara Rasulullah SAW mengikut tahap umur anak-anak

Anak Berusia 0-6 Tahun
Hendaklah kita banyak bergurau dan membelai serta memanjakan mereka dengan penuh kasih sayang. Jangan sesekali merotan mereka bila melakukan kesalahan.

Anak Berusia 7-14 Tahun