nuffnang ads

Wednesday, March 19, 2014

Ulasan tentang hasil kajian susu ibu meningkatkan risiko anak mendapat lelah

Assalamualaikum...

Hujung bulan februari lepas kecoh dunia dengan 1 hasil kajian yang dilakukan mengatakan bahawa bayi yang minum susu ibu lebih cenderung untuk mendpat penyakit lelah (info dari http://amazingnara.com/). Daku tak aware sangat dengan perkara ni tapi bila baca boleh dikatakan mengarut kerana sampel yang diambil tidak dibuat secara konsisten. Dan hari ini admin daripada PumpOnTheGo ada mengulas berkenaan hal ini:

"Artikel asal kajian ini ditulis dalam bahasa Inggeris dan dilakukan oleh pengkaji di negara Barat dan telah menjadi satu isu yang menggemparkan dunia penyusuan susu ibu.

Buat pengetahuan puan, kajian tersebut dijalankan ke atas bayi yang diberikan susu formula sepenuhnya dan bayi yang dikatakan diberi susu ibu.

Tahukah puan, bayi (yang dikatakan diberi susu ibu) yang dipilih untuk digunakan dalam kajian tersebut bukanlah bayi yang diberi susu ibu dalam jangka masa yang panjang (lebih dari 1,3,6 atau 12 bulan). Tetapi bayi yang digunakan dalam kajian tersebut untuk mewakili bayi yang hanya minum susu ibu, adalah bayi yang diambil secara rawak tanpa mengira tempoh berapa lama bayi itu diberikan susu ibu.

Bayi yang dipilih itu, ada yang menyusu hanya sekali selepas lahir, ada yang diberikan susu ibu beberapa hari sahaja dan meneruskan dengan susu formula dan ada juga bayi yang diberi susu ibu bersama dengan susu formula. Bayi-bayi ini dianggap oleh kajian ini sebagai bayi yang diberikan susu ibu sepenuhnya.

Pada pendapat admin, kajian ini tidak menggunakan subjek yang sesuai kerana tidak menggunakan bayi yang diberi susu ibu secara eksklusif. Jadi admin tidak bersetuju dengan keputusan kajian ini.
Risiko-risiko penyakit dapat dikurangkan jika bayi hanya diberi susu ibu sahaja untuk 6 bulan pertama dan meneruskan penyusuan susu ibu sehingga 2 tahun dengan penambahan makanan tambahan (solid food).

Dari segi IQ dan kepintaran pula, terdapat banyak kajian yang telah dijalankan oleh saintis yang menyokong kelebihan susu ibu kepada perkembangan ini, namun begitu perkembangan setiap bayi tidaklah sama.

Jadi kita sebagai yang beragama, hendaklah kita kembali kepada saranan dan tuntutan Maha Pencipta.Menyusukan anak sehingga 2 tahun adalah tuntutan buat Muslim. Tidak Allah jadikan ia tuntutan jika tiada kebaikan yang kita akan peroleh.
Susuilah anakmu, ianya fitrah dan tuntutan."
________________________________________________________

Daku sangat bersetuju dengan apa yang diulaskan oleh admin PumpOnTheGo. Lagipun at negara barat tu memang la die nak sokong penggunaan susu formula. lagipun baby yang lahir pun dapat bantuan subsidi kot......Kita ni kenelah berusaha sehabis baik nak berikan susu ibu pada anak. Percayalah susu ibu adalah yang terbaik!!!

~SEKIAN, WASALAM~

No comments:

Post a Comment

jemput komen..