nuffnang ads

Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Tuesday, March 18, 2014

Resepi: Daging Masak Lada Hitam (Black Pepper)

Assalamualaikum...

Daging Black Pepper

Da lame rasenye daku tak share resepi kan walaupun boleh dikatakan setiap minggu daku buat kek/kuih & sememangnya setiap hari memasak. Husband yang penyayang da cakap, hari2 makan makanan sayang bila makan masakan kedai lain rasenye. Adoiii gigih la daku memang siapkan bekal untuk suami pergi kerja. Takpelah selagi mampu daku nak berbakti dengan suami.

Husband sebelum ni minat dengan 1 menu kat kedai yang selalu dikunjunginya sebelum berkahwin dulu iaitu nasi goreng black pepper. So jom kita cuba

Resepi:

Thursday, December 26, 2013

Resepi: Kuih Abok-Abok/ Biji Sagu

Assalamualaikum...

Antara kuih tradisi yang daku sangat gemar request nak buat bila balik kampung adalah kuih Abok-abok. daku tak tau nama lain dia ape tapi nilah nama yang daku panggil. memang sedap nak makan. membuatnya pun mudah, so daku pun rajin la nak buat. lebih2 lagi dengan mak kat kamoung memang menyelerakan

 tekstur dalam kuih abok-abok. buat memang kejap je habis dalam 40 biji, x sampai pagi dah selesai masuk perut

 cara bungkusan kuih abok-abok

Resepi: Roti Pisang (Banana Bread) sangat mudah

Assalamualaikum...

Hujung minggu lepas dengan semangat berkobar2 nak mencuba resepi. Resepi yang daku ambil dari rancangan Masterchef Australia Season 5, episod Masterclass. Resepi ni diajar oleh pengkritik makanan Matt Moran.

 Resepi roti yang sangat mudah untuk dibuat. daku takde acuan roti so masukkan la dalam cup untuk cupcakes ni. jadilah namenye Banana Cupbread daku panggil

Hasil yang sangat menggebukan. tekstur macam kek span (sponge cake)

Saturday, December 21, 2013

Resepi: Pulut Serunding

Assalamualaikum...


Pulut serunding sesuai untuk menu sarapan pagi atau minum petang.

Actually terjadinya resepi pulut serunding ni dengan tak sengaja. kat kampung daku mak selalu rebus pulut dan makan dengan kelapa muda diparut kosong je. Masa kami balik kampung haritu mak ada buat untuk sarapan pagi. tapi daku tengok encik suami macam segan je nak makan pulut ni, mungkin tak biasa. So daku sebagai isteri solehah pun fikir la cara nak bagi dia makan jugak ulut yang mak masak tu. Daku terfikir nak buat serunding kelapa untuk dimakan dengan pulut tu. tanya mak tak tau katanya nak masak serunding kelapa macam mana. hurm....so mulalah aktiviti mengetest menerai mengolah resepi daku. hasilnya sangat menakjubkan.

Resepi: Jeruk Kedondong

Assalamualaikum... 

Minggu sebelum ni kami balik dari johor menyinggah ke rumah kak long belah husband sbb nak menghantar ade la sedikit bekalan yang kami bawa dari johor. ala biasela kunjung mengunjung ni kan. Nak balik ke TBS kami diberikan buah kedondong yang diberi oleh jirannya. kuantiti agak banyak so nak makan gitu je memang tak layan la kan. daku buat keputusan tuk buat jeruk kedondong

ni merupakan hasil selepas dijeruk selama 2 hari. sedap tau

Sunday, December 15, 2013

Resepi: Bubur Kacang Hijau

Assalamualaikum...


Antara hidangan untuk minum petang yang daku paling rajin nak buat adalah bubur kacang hijau. kat rumah ni memang ada simpanan kacang hijau sebab ia tahan lama. nak buat sangat mudah dan senang plus tak memerlukan banyak tenaga. husband pun suka makan bubur kacang hijau ni.

Bahan-bahan:
Kacang Hijau
Halia
Bawang Putih
Gula Melaka
Santan

Cara membuat:
Sukatan adalah mengikut citarasa sendiri
Rebus kacang hijau di dalam air sehingga kacang menjadi lembut dan pecah. Setelah kacang lembut tambahkan halia, bawang putih, santan bersama gula melaka. Biarkan mendidih untuk seketika dan siap untuk dihidangkan.

Catatan: Boleh juga menggantikan santan kepada susu cair untuk cara memasak yang lebih sihat. tetapi bagi daku bila guna susu ni hasil bubur kurang berlemak. Juga boleh ditambah biji sagu ke dalam bubur untuk memberikan tekstur kekenyalan.

 ~SEKIAN, WASALAM~

Resepi: Kuih Buah Melaka @ Kelepon @ Onde-onde

Assalamualaikum...


Harini daku nak share resepi yang sangat mudah nak sediakan dan sesuai untuk minum petang. Kuih Buah Melaka ataupun di kalangan orang jawa memanggil kuih ni sebagai Kelepon manakala orang melayu ada memanggilnya onde-onde. Semasa bercuti panjang kat rumah mak minggu lepas sempatlah daku request buat kuih ni kat mak. mak adun dan daku la yang gentel. 

Bahan-bahan:
Tepung Pulut
Air
Garam
Pewarna
Gula Melaka
Kelapa Parut

Cara membuat:
Sukatan adalah mengikut citarasa anda.
Gaulkan tepung pulut, garam, pewarna dan air sehingga adunan menjadi seperti bentuk doh yang lembut. Setelah siap bentukkan doh berbentuk bulat-bulat kecil dan masukkan gula melaka di dalamnya. Rebus di dalam air mendidih. Setelah adunan timbul bermakna ia sudah masak. gaulkan di dalam kelapa parut yang sudah ditambah sedikit garam untuk perisa.

Catatan: Adunan boleh ditambah dengan keledek rebus yang telah dilenyek untuk memberikan tekstur yang lebih lembut.

 ~SEKIAN, WASALAM~

Tuesday, December 3, 2013

Resipi: Ice Cream Homemade

Assalamualaikum... 

 Displaying photo.JPG

Ha musim2 hujan banjir ni ade tak yang nak makan ais krim? Ala kalau dah teringin ape salahnye kan....Daku pun teringin nak buat jugak ais krim homemade yang tengah glemer sekarang ni katenye senang je buatnya. so search2 kat internet, banyak sumber daku bukak n macam2 cara membuatnya. So daku ambil 1 dan olah ikut suka2 hati daku (bak kata Chef Ammar-Masak Dari Hati, Masak With Iman). Jadilah vanila ice cream mixed with milo ice cream.

Resipi:

Sunday, November 17, 2013

Resepi: Puding Kastard Jagung Bersama Potongan Kek Coklat Lembab

 Assalamualaikum

Wahhhh nama masakan tak hingat kan.
Ala2 Masterchef Australia tak name desert kita harini hihi.

 
Harini daku nak share resepi pencuci mulut yang hot kat rumah kecil kami petang tadi. sangat mudah nak buat dan barang pun smple je. Buat siap tak sampai 1 jam dah habis. Niat asal nak pulangkan kat jiran yang sedekah sebelum ni tapi sebab syok sangat makan da kene buat 2nd batch untuk beri jiran.

Jom tengok resepi

Saturday, November 9, 2013

Resepi: Red Velvet Cupcakes Mudah Disediakan

Assalamualaikum


Kalau semalam daku ade cakap yang nak buat kek kan. Yg terjadinya adalah cupcakes. Mudah dan senang disediakan. Bahan-bahan pun tak banyak. Jom tengok resepi:

Bahan-Bahan:
 
Bahan A (Diayak)
2 1/2 cwn Tepung Berserbuk Penaik
1/2 cwn Serbuk Koko
1 sk Soda Bikarbonat
1 sk Garam
1 1/2 cwn Gula Halus

Bahan B
2 biji Telur
1/2 cwn Minyak Jagung
1 sk Esen Vanila
1 sk Cuka Putih
1 sb Pewarna Merah
1 cwn Buttermilk (boleh dibeli di pasaraya. Kalau tak jumpa boleh digantikan dengan campuran 1 cwn susu segar dan 1 sb cuka, Digaul dan biarkan 10-15 minit sehingga susu pekat sedikit)

Cara Membuat:
  1. Pukul Bahan B sehingga kembang. 
  2. Masukkan Bahan A ke dalam adunan sedikit demi sedikit.
  3. Cedokkan adunan ke dalam cawan cupcakes sehingga 3/5 penuh.
  4. Bakar di dalam oven selama 20 minit dengan suhu 180'C.

Bahan Topping:
1/2 cwn Mentega
1/2 cwn Gula Halus
1 sb Perahan Lemon
1sb Susu Segar

Cara Menyediakan Topping:
  • Pukul bahan topping sehingga kembang dan bertukar ke warna sedikit putih. Masukkan ke dalam piping bag dan sapu ke atas cupcakes yang telah sejuk (daku tepekkan je guna sudu sbb xde piping bag. comel jugak kan). Hiaskan dengan sedikit hancuran cupcakes.

Ni la hasil yang daku buat semalam.


Comel tak comel tak
ni edisi gelap sikit. insyaAllah boleh diperbaiki. yang penting sedap

~SEKIAN~

Thursday, November 7, 2013

Jemput-Jemput @ Cekodok Lembut

 Assalamualaikum

 

Wahhh gambo jemput-jemput daku upload harini. amacam terancam tak? Ala jemput-jemput sejemput je.

Jemput-jemput ni walaupun nampak senang nak buat, tapi semua wanita tahu ke nak buat jemput-jemput ni. huhuhu no komen. daku ok jer kadang2 buat santapan pagi atau petang tuk family.

Erm kalau biasanya kita buat jemput-jemput atau cekodok ni adun guna air sejuk biasa kan. Tips yang daku dapat daripada mak kalau nak buat cekodok yang lembut tanpa perlu dikunyak masa nak makan tu, adun tepung menggunakan air panas. Alhamdulillah memang menjadi kegemaran daku la kan jemput-jemput bawang ataupun kentang. senang nak buat.

 
 ni la lebih kurang rupa adunan jemput-jemput bawang + ikan ilis + daun kucai yang daku buat. 

Tips lain yag daku nak beri adalah jangan buat adunan yang terlampau lembik kerana jika terlampau lembik akan menyebabkan jemput-jemput yang digoreg akan berderai di dalam kuali.

~SEKIAN~

Tuesday, November 5, 2013

Sup Tulang Daging Korban Awal Muharam

Assalamualaikum...

Alhamdulillah harini tertunai hasrat hati nak membuat sup tulang daripada daging korban yang disedekahkan orang kepada kami. Dah berapa kali keluar masuk freezer harini masuk jugak ia ke dalam periuk.

 Ni la rupa sup daging korban yang daku buat

 

Rebus tulang sampai empuk daku ambil masa 3 jam untuk pastikan daging betul-betul empuk dan terlerai dari tulang secara semulajadi. 

Bahan-bahan yang daku tambahkan cuma sup bunjut, bawang merah, bawang putih, halia, kentang, lada hitam, lada sulah serta garam.

Daku sediakan sekali nasi himpit dengan sambal kicap style johor. Lebih gembira bila suami makan dengan berselera. Bertambah-tambah die makan. x sia-sia rebus tulang sampai 3 jam + setengah jam tuk reneh bahan2 lain.




Berbaloi-Baloi

~SEKIAN~

Sunday, November 3, 2013

Resepi: Topping Coklat Mudah

Assalamualaikum...

Kepada penggemar kek coklat mesti teringin nak buat topping sendiri kan. Topping ni boleh menambah selera dan juga boleh la menutup sedikit cela kalo mane tau kek dibuat terhangus sikit ke kan....hihi

Bahan-bahan: 
200 gm Coklat Masakan
2 sb Mentega 
1 sb Susu Pekat
1/2 cwn Susu Cair
2/4 cwn Air Panas

Cara menyediakan:
1) Panaskan susu cair dan pekat menggunakan kaedah double boiler
2) Masukkan coklat masakan dan kacau sehingga cair
3) Padamkan api dan masukkan mentega
4) Sekiranya perlu masukkan air panas
5) Curahkan ke atas kek

 ~SEKIAN~

Resepi: Kek Coklat Lembab Kukus (sangat mudah tanpa telur)


 https://mail-attachment.googleusercontent.com/attachment/?ui=2&ik=4f9081b8ab&view=att&th=1421e5c2e2aaf07f&attid=0.3&disp=inline&safe=1&zw&saduie=AG9B_P-G6DFPtxE66YlID1LfHFZ4&sadet=1383490297426&sads=gCMzeA-a_0UOXT3hGvt5NbM1-Zo

Assalamualaikum

harini daku nak share resepi kek coklat kukus. kek ni sangat mudah nak sediakan. bahan-bahan pun senang nak cari. 

Bahan-bahan:

Bahan A (diayak)
125 gm Tepung Gandum
1 sk Soda Bikarbonat
2 sk Serbuk Penaik

Bahan B
1 cwn Serbuk Koko
1 cwn Gula Perang
2 cwn Susu Cair
1/2 cwn Susu Pekat
1/2 cwn Minyak Sayuran
1 sk Esen Vanila
1/4 sk Garam

Cara Membuat:
1)  Panaskan Bahan B dengan menggunakan api perlahan. Setelah semua bahan larut, matikan api dan biarkan suam.
2) Satukan Bahan A dan Bahan B dan kacau menggunakan whisk sehingga sebati.
3) Tuang adunan ke dalam loyang yang telah dileserkan dengan minyak sayuran atau mentega.
4) Kukus adunan selama 1 jam.
5) Sejukkan dan sedia dihidang.

Thursday, July 25, 2013

Resepi: Kek Lapis Asam Kukus

Assalamualaikum....
Kek Lapis Asam / Kek Lapis Masam Manis / Sweet Sour Layer Cake

Hujung minggu lepas try buat kek lapis asam ni mmg jadi kegemaran lepas kak ayu sponsor kek lapis asam ni masa majlis tunang daku 2 tahun lepas. Tp yg ni version daku sndri. Selalu nmpk yg lapis nipis2 kn tp daku cari resepi n olah sendiri. Lapis die pulak buat tebal sikit so nampak la colour die kn mengancam hihihi...

Bahan-bahan:
5 biji Telur gred A
200 gm Gula Ising
220 gm Tepung Gandum
1 sk Baking Powder
1 sb Ovallete
150 ml Susu Cair
1/2 sk Garam
1 sk Esen Vanila
100 ml Minyak Masak
Hawflakes secukupnya
Pewarna Merah, Kuning, Hijau

Cara-Cara Membuat:
  1. Ayak tepung gandum bersama baking powder. Asingkan
  2. Putarkan telur bersama gula di dalam pengadun sehingga kembang (adunan menjadi kuning cair/putih)
  3. Masukkan esen vanila, garam dan ovallete. Masukkan tepung gandum berselang seli dengan susu cair. Setelah adunan sebati hentikan pengadun.
  4. Masukkan minyak masak dengan kaedah balik kaup.
  5. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan letakkan pewarna untuk setiap satu bahagian.
  6. Tuang setengah dari adunan pertama ke dalam loyang yang telah disapukan dengan minyak masak, susun hawflakes diatas adunan dan kukus selama 5-7 minit.
  7. Masukkan setengah adunan pewarna lain, susun hawflakes dan kukus semula selama 5 minit. Ulang sehingga adunan habis. Setelah memasukkan lapisan terakhir, kukus sehingga 20 minit.
  8. Matikan kukusan, sejukkan kek dan sedia dihidang.
Nota:
  • Panaskan kukusan sebelum memasukkan adunan kek.
  • jumlah pewarna dan hawflakes yang hendak diguna terpulang kepada pembuat. Kalau nak lebih berwarna-warni dan rajin boleh guna banyak pewarna.

Saturday, June 8, 2013

apam pisang kukus simple mudah nak buat


Assalamualaikum
Untuk minum petang harini daku sediakan apam pisang kukus. Kat umah ade setandan pisang masak. Alamak pisang ape ek namenye x pasti (x tahu) plak. Sgt simple xde guna telur pun.
Bahan:
2 cawan pisang (dilenyek)
1/2 cawan gula
1 sudu besar soda bikarbonat
2 cawan tepung gandum (diayak)
Secubit garam
Cara membuat:
Gaulkan pisang lenyek, gula, garam dan soda bikarbonat hingga gula larut. Masukkan tepung gandum ke dalam adunan dan gaul sebati. Simpan adunan selama 1 jam (atau lebih). Selepas 1 jam masukkan adunan ke dalam acuan yang telah disapukan sedikit minyak. Kukus selama 25 minit. Siap dihidangkan.
Tips:
lenyek pisang dahulu kemudian sukat 2 cawan pisang yang telah dilenyek.
Gaul pisang dan gula hingga keluarkan buih.
Panaskan kukusan sebelum mengukus kuih terlebih dahulu.
Resipi dari internet.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Saturday, May 11, 2013

resipi kek milo (milo cakes)


Kek milo mudah disediakan dan sedap rasanya.
Bahan:
250 gm mentega
250 gm gula
475 gm tepung
6 biji telur
1/2 cawan susu sejat
1 sudu teh sen vanila
Milo
Cara membuat:
Pukul mentega dan gula sehingga lembut. Masukkan telur satu persatu. Masukkan esen vanila. Masukkan tepung sedikit-sedikit berselang dengan susu. Tuang adunan ke dalam dulang pembakar diselang selikan dengan milo. Bakar dalam ketuhar 180 darjah selama 45 minit.
Published with Blogger-droid v2.0.9