nuffnang ads

Thursday, September 10, 2015

Pre-eclampsia in Pregnancy

Assalamualaikum...

Pre-eclampsia or preeclampsia (PE) is a disorder of pregnancy characterized by high blood pressure and a large amount of protein in the urine. The disorder usually occurs in the third trimester of pregnancy and gets worse over time. In severe disease there may be red blood cell breakdown, a low blood platelet count, impaired liver function, kidney dysfunction, swelling, shortness of breath due to fluid in the lungs, or visual disturbances. Preeclampsia increases the risk of poor outcomes for both the mother and the baby. If left untreated, it may result in seizures at which point it is known as eclampsia. ( https://en.wikipedia.org/wiki/Pre-eclampsia )

Situasi ketika hamil bermula masuk bulan ke5 kaki saya mulai bengkak. ingatkan kerana kurang rehat, so nurse/doc cuma suruh tinggikn kaki ketika rehat/tidur. Selepas saya dikesan menghidap darah tinggi, dan check air kencing sudah mengandungi protin maka risiko kepada diri dan kandungan semakin tinggi. bila di hospital saya disahkan pesakit Pre-Eclampsia (PE).

Saya tidak pasti apa itu PE cuma beberapa minggu sebelum dimasukkan ke hospital tu saya ada menonton rancangan 19 Kida & Counting dimana ibu mereka ketika hamil anak ke 19 mengalami PE. Memang seram juga tengok keadaan ibu mereka ketika diserang tu. So bermula itu daku mencari maklumat perihal PE melalui pembacaan, tanya nurse & doktor.

PE adalah satu situasi ketika hamil dimana tekanan darah naik tinggi, kencing mengandungi albumin, dan kaki bengkak/edema. memang sama keadaan daku alami. PE boleh menyerang mereka yang hamil pertama kali, ataupun mereka yang terlalu gemuk dan mengidap penyakit kencing manis, ataupun memang pernah mengidap penyakit darah-tinggi dan buah pinggang. Ibu mengandung berisiko diserang sawan, dan PE kronik boleh merosakkan organ tubuh badan ibu, dan berisiko ibu & bayi meninggal.

Sesudah dimasukkan ke hospital diet pemakanan rendah kandungan garam dilakukan kepada ibu bagi mengawal tekanan darah tinggi. Alhamdulillah dengan kawalan pemakanan dan pengambilan ubat dalam dos yang tertentu tekanan darah tinggi saya dapat dikawal. Tapi macam tak percaya sebenarnya saya ada darah tinggi kerana tak ada pening, sakit kepala loya muntah semua. yang ada hanyalah sakit tengkuk yang saya agak kerana bantal hospital x serasi dgn saya (huhu)

Setiap pagi sebelum subuh dalam kul 5 nurse akan datang tuk periksa kadar denyutan jantung baby (prosedur CTG)... Semuanya normal sehinggalah usia kandungan masuk 36 minggu 4 hari, hari selasa. Graf yang terhasil menunjukkan kadar denyutan bayi dalam kandungan tak stabil. Kadang-kadang menurun dan baby kurang aktif. daku diminta lakukan CTG sehingga 3 kali. sampai cramp pinggang dibuatnya. sesudah selesai CTG ketiga pakar membuat analisa dan menasihatkan untuk melahirkan bayi hari tesebut juga! Risiko kepada bayi kerana kadar denyutan jantung sangat tidak stabil..... 

gambar sebelum kak Fatihah terpaksa dihantar ke Johor sbb ayah nak kerja. Ibu plak kene dok hosp smpi bersalin
 

 ~SEKIAN, WASALAM~

 Sumber: pakbidan.blogspot.my

No comments:

Post a Comment

jemput komen..