Assalamualaikum...
Kejadian yang berlaku di Melaka pada 7 November 2013 yang lalu membuatkan daku tergamam. Macam mana kanak-kanak yang masih terlalu muda boleh terfikir untuk melakukan adegan tersebut kepada kanak-kanak lain.
Berlakunya kejadian seperti ini pihak mana yang harus dipersalahkan. Dari sumber mana kanak-kanak tersebut melihat adegan berkaitan sehingga membawanya kepada perasaan ingin mencuba. Adakah dari internet yang sememangnya tiada sekatan ataupun dia pernah melihat adegan tersebut dialam nyata sehingga beliau mahu mencubanya. Setahu ilmu pengetahuan daku yang cetek ni budak seumur 11 tahun belum "mimpi basah" untuk mendorongnya melakukan adegan tersebut.
Ya Allah macam mana masa depan mangsa kerana selaput dara telahpun koyak. mesti dia rasa rendah diri dan trauma dengan adegan yang berlaku. Mohon diberi kekuatan untuknya dan diberikan pengadilan yang sewajarnya.
Kejadian berlaku dirumah pengasuh.
lagilah daku risau nak mengkantar anak dara sorang ni ke bawah jagaan orang lain. dah bulan 12 ni tahun depan mampukah daku menguatkan hati dan mencari pekerjaan ataukah daku akan meneruskan profession sebagai suri rumah dan menjaga anak dan suami sendiri.
Kepada orang dewasa, awasilah tingkah laku anak-anak anda. Jika mereka telah terdedah dengan internet selalulah pantau. dan yang paling utama jika nak bermesra janganlah keterlaluan didepan anak. mereka ni mudah belajar dan sentiasa ingin mencuba. Peringatan untuk diri sendiri...
sumber
~SEKIAN, WASALAM~
Risau btl bila baca kes2 macam ni .. rasa macam masyarakat kita makin diancam bahaya.. banyak kes yang pelik dah berlaku.. mintakla kita semua dijauhkan drp kejadian yg tidak diingini.
ReplyDeleteminta dijauhkan..macam2 perkara berlaku sekarang ni
ReplyDelete