nuffnang ads

Friday, September 30, 2011

baju nikah

Assalamualaikum...

harini tetibe teringat kn design baju nikah... arghh baju nikah, menakutkan sungguh... tarikh tu mcm dh x lama lg je kn. sok dh masuk bulan 10..lepas tu tahun 2012 pn menjelma... mak!!!!

td g jengah2 internet tgok design baju. mulanya mcm nk wat baju kurung je sbb nnt bleh pakai lg pas kahwin kn... tp mcm berkenan plak nk brangan wat fesyen2 sikit hehe x malu...

baju yg berkenan:





















































cantik baju nu...simple n x sarat sangat...nk manik2 kat kain die tu mesti melethups hehe

sumber: http://jahitbajukurung.com
berangan~berangan~berangan

~SEKIAN~

Thursday, September 29, 2011

Speed Trap terbaru di bawah flyover...

PLUS North Bound (ke Utara)
*Under a bridge at about 456km, Sg Buloh junction.
*Under a bridge at about 459km, Bukit Lanjan interchange.
*Under the overhead restaurant at Sg Buloh.
*Under the last bridge before Sg Besi toll at 309.2km.
*Under the bridge at 296.5km, Bangi junction.
*Under the newly constructed bridge at 289.0km, after Nilai North junction.
*Under the bridge at 286.5km, Nilai North junction


PLUS South Bound (ke Selatan)
*Below signboard at about 454.6km and 455.2km, Sg Buloh layby.
*Under the bridge after Subang junction at 11.3km.
*Under the bridge at 22km, Bukit Lanjan junction.
*Under the bridge before Mint hotel, Sg Besi Toll. 80km/h only!
*Under the bridge at 302.8km, Kajang junction.
*About 1km south of Bangi junction, both south and north bound outer lanes
*At 296.5km and 297km, Bangi junction.
*Under the newly constructed bridge at 289.0km, before Nilai North junction.
*At 285.5km and 285.8km, Nilai North junction.
*On center divider at 251.8km and 253km after Senawang junction.
*After Alor Gajah junction at 213.9km, next to water theme park.
*Behind the right hand crash barrier at 198.4km.


Elite Central Link East/North Bound
*On left hand side at 4.8km after Batu Tiga/Shah Alam exit
*Under the overhead restaurant at USJ/Hicom junction about 8.5km. 90km/h zone!
*Below the bridge before USJ/Hicom junction at 10.5km.


Elite Central Link West/South Bound
*Under the overhead restaurant at USJ/Hicom junction about 8.5km. 90km/h zone!
*Below the bridge before USJ/Hicom junction at 10.5km.
*After exit from KLIA toll to the airport, below Jalan Pekeliling flyover.90km/h


NKVE East/North Bound
*300m before Jalan Duta toll, 60km/h!
*Behind crash barrier on the left when going towards Jalan Duta toll, at 24.9km, 80km/h!
*Below bridge at Damansara Junction, 17.5km


NKVE West/South Bound
*Behind crash barrier on the left when leaving Jalan Duta toll from KL, at 25.3km and 25.7km, 80km/h!
*From Jln Duta, below the bridge, 23km, 80km/h zone!
*From Jln Duta, at the underpass at Sg Buloh Y-junction, 22km.
*Behind crash barrier at Damansara Junction, 17.7km and 16.8km
*Below railway bridge at 11.2km
*Under the bridge at Shah Alam junction.


Kesas East Bound
*Under the bridge at 44.8km, downhill run after Puchong junction.


Kesas West Bound
*At Sg Besi side of East Bound Toll. Kuala LumpurCity
*Jalan Duta; below the flyover at the Damansara junction, 70km/h zone.


Klang
*Dual carriageway between Klang and Port Klang. Towards Klang direction, at about 13km mile stone. 70km/h only!


East Coast
*Road sign at Karak highway is inadequate especially at Y junction; if you are unfamilar, go slow.
*East bound, downhill run after Raub junction.
*Maran, 60km/h zone.
*Paya Bungor, 70km/h zone.


SPEED TRAPS IN JOHOR South Bound
*Tangkak junction.
*Under the bridge after Yong Peng
North junction
*at 97.3km.
*Ayer Hitam junction.
*Sedenak junction.


SPEED TRAPS IN PERLIS, KEDAH AND PENANG
North Bound
*Around Ayer Hitam in 60km/h zone.
*Before Perwaja Steel.
*Sg Petani junction.
*Between Seberang Jaya junction and Sg Dua Toll.
*PenangBridge at island end.Speed limit 80km/h.
South Bound
*PenangBridgeisland end. Speed limit 80km/h.
*About 2km before Juru Toll Speed limit 90km/h.


SPEED TRAPS IN PERAK
North Bound
*Under the bridge at 197.1km and 198.8km, afterKamunting Junction.
*Under the bridge at 204.3km, after KamuntingJunction.
*Under the bridge at 208km, before Kamunting Junction.
*Under the bridge at 214.8km, before Kamuntingjunction.
*Ipoh Vista Point at about 263km. Speed limit 80km/h.
*Under the bridge at 271km, Ipoh North Junction.
*Under the bridge at 274.4km, Ipoh South Junction.
*Under the bridge at 286.9km, Simpang Pulai Junction.
*Under the bridge at 296km, Gopeng Junction.
*Under the bridge at 352.6km, after Sungkai Junction.
*Under the bridge at 353km, Sungkai Junction.
*Under the bridge at 373km, Slim River Junction.


South Bound
*Under the bridge at 199km, before Kamunting junction.
*Under the bridge at 241.9km, at Kalau Kangsarjunction.
*Under the sign post at 296.1km, before GopengJunction.
*Under the bridge at 297km, at Gopeng Junction.
*Under the bridge at 300km, after Gopeng junction.
*Under the bridge at 308.6km, after Gopeng junction.
*Under the bridge at 372.6km, at SlimRiverjunction.


~SEKIAN~
dishare oleh rakan fb Mohd Faizulhidi
p/s: bleh hafal ke semua ni... yg penting kita perlu sentiasa mengamalkn sikap berhati2 dijalan raya. hormat menghormati sesama pemandu... =)

mimpi perkahwinan

Di satu pagi yang hening
29 september 2011

Miss Tunang telah menelepon Mr Tunang
Ikuti perbualan mereka:

Miss Tunang: abang bangun abang dh siang ni…
Mr. Tunang: hurm…
Miss Tunang: abang bangun solat subuh…..
Mr. Tunang: abang mimpi best tadi
Miss Tunang: mimpi? Mimpi ape tu?
     (mula senyum sbb mlm td pn die ade sesuatu)
Mr. Tunang: adelah.. nnt abg cerita ye
Miss Tunang: ala abg mimpi ape
Mr. Tunang: abg mimpi majlis kahwin kita
Miss Tunang: ye ke??? Syg pn mimpi majlis kahwin kita jgk (^_^)
Mr. Tunang: hehehe ssh kn nk dpt mimpi mcm tu
Miss Tunang: haah kn… same2 plak tuh hehe ceritanya mcm mane
Mr Tunang: nnt lh abg nk solat dulu
Miss Tunang: baik abg (^_^)

>>>sweet memory. mengukuhkan rasa cintaku padanya
kami berdua mimpi semasa nk bernikah....org kata mimpi yg penuh dugaan membawa pengakhiran yg lebih baik dr mimpi yg kelihatan bahagia... insyaAllah

~SEKIAN~

Wednesday, September 28, 2011

28 september 2011 bersamaan 30 syawal 1432H

Alhamdulillah...
telah sebulan kita menjalani bulan syawal....

bagiku, bulan syawal tahun ini adalah yg paling mencabar
bermula dari masalah peribadi (keluarga), serangan demam berlarutan, hinggalah masalah hati dan perasaan...walaupun begitu daku bersyukur, tunang saya sentiasa bersama, memberikan nasihat n tunjuk ajar. pada mak, abah n keluarga yg sentiasa memberikan sokongan...



ini antara gambar keluarga bahagia kami pada pagi 1 syawal... alhamdulillah semuanya kelihatan ceria dalam duka selepas bermaaf-maafan..

alhamdulillah syawal tahun ini, rumahku dikunjungi oleh rakan2 lama n juga rakan lama yg sy bru.. sy juga berkesempatan pergi ke rumah terbuka rakan2... x lupa juga rakan2 yg telah selamat diijabkabulkn n juga menyambut kelahiran...

semoga diri kita semua terus disinari rahmat dari Yang Esa
~SEKIAN~

Tuesday, September 27, 2011

Lelaki Menangis

Lelaki Menangis, Apa Maknanya? Kenapa Lelaki Menangis?

Lelaki yang selalu mengalirkan air mata adalah lelaki yang kuat imannya. Biasanya lelaki jenis ini menangis tatkala mengingatkan dosa-dosanya yang lalu. Dia jua akan menangis kerana terlalu bersyukur, merasa amat berterima kasih pada nikmat pemberian Allah.

Lelaki yang tidak malu untuk menitiskan air mata adalah lelaki jujur berhati bersih. Sekarang, amat susah mencari lelaki jenis ini. Kebanyakan lelaki yang ada di sekeliling Anda adalah lelaki bersikap egois, maka menangis sebab teringat dosa pun dia tidak akan mahu buat, apatah lagi menangis sebab merasa terlalu bersyukur.
... ...
Lelaki yang kerap menangis adalah lelaki yang lembut hatinya, penyayang, amat jujur dan setia.

Hatinya lembut sebab nur iman yang tersimpan di situ menyinarkan mahabbah, maksudnya rasa berkasih-sayang dan rasa ingi saling mengambil berat. Itu juga petanda bahawa lelaki jenis ini seorang yang optimis pemikiranya, bersangka baik dan tidak suka berkata yang buruk walaupun sekelumit cuma.

Kenapa lelaki menangis?

Kebanyakan lelaki akan menangis apabila:

# Terlalu gembira apabila menyambut kelahiran cahaya mata pertama.
# Teringat dosa-dosa lalu pernah dilakukan olehnya.
# Merasai kesyukuran yang amat mendalam kepada Allah Yang Maha Esa.
# Ibu atau bapanya meninggal dunia.
# Terlalu takut tatkala teringat azab api neraka.
# Terlalu khusyuk di dorong rasa kehambaan di dalam zikir-zikirnya.
# Tersentuh hati tatkala mengenangkan ayat-ayat Al-Quran yang dibaca olehnya
.
 p/s:dishare oleh sahabat Abdul Hannan bin Abu Talib di fb miliknya
~SEKIAN~

Friday, September 23, 2011

raye....

 Salam... tahun ni sy x share lg gambar raye kn.. huhu mcm xde mood je nk amik gamba, yolah domam jo..tp ni dh baik. so mood raya is come hehe

p/s: semuanya gmbr syok sendrik ye. so sila muntah kalo nk muntah. segala kesulitan adlh atas risiko sendiri har3

 posing kat tingkap besar satu kemestian

 gamba gradku tersedia

 budak tukang tangkap gambar

 curik idea budak atas nih... nk jugek tangkap gmbr kat sini

 aisha nk try pki kasut baru... mama: aisha pakai stoking dulu!!!

 me n kak ayu: blend mangga tuk sajian marhaban

 2 anak saudara sulung: asyikin n shuhada
sama umur x sama ketinggian :p

 tunang saya datang 2nd day aidilfitri

 bibirku mengancam

 kusyen baru mak n abah

 disisiku tong sampah
try to capture other pic tp ni la muka plg suwit hehe

mirror2 on the wall said i m the cutes :p

~SEKIAN~

Thursday, September 22, 2011

kad kahwin nabil -buku cerita fantasi

 jom kita survey kad jemputan kahwin nabil raja lawak

cute... i like






credit to: team oh Bulan sebagai media online rasmi
 ~SEKIAN~

p/s: i ambil sbb nk cari inspirasi tuk majlis tahun depan je
xde kene mengene dgn sesiapa ye =)

kalender 2011

Assalamualaikum...

harini i dh berjaya tgok, kaji n print kalender tahun 2012.

semuanya angkara event besar yg dirancang akan dilakukan pada tahun depan. huhu.... n juga angkara pertanyaan2 yg timbul semasa g beraya tahun ni... ramai yg bertanyakan:

bulan berapa? insyaAllah bulan ehem2
time cuti skolah ke? ntah ek ade cuti sekolah ke bulan tu..kt x tgok pn rancang2 je. lgpn kalo buat time cuti sekolah ni bkn ramai yg buat ke.... huhu

so daku dh tgok dh. bulan ehem2 tu xde cuti skolah. tarikh tu pn xde cuti umum yg disambut oleh org johor @ n9.. ye

 ni la kalender i... download kat http://www.calendarlabs.com/online-calendar.php leh wat kalender sendiri... tp ble nk print tu adjust la margin ye, kasi comel mcm i hehe

~SEKIAN~

Wednesday, September 21, 2011

harini hari rabu

harini ade pasar lambak taman aman
tapi daku
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
masih belum berselera secara pukal
~SEKIAN~

Monday, September 19, 2011

19.09.2007 ~19.09.2011 = 4 YEARS!!!






AZLAN SHAH BIN DAUD
kau sentiasa kekal dalam ingatanku, beraja didalam hatiku

SITI NORHAFIZAH BINTI MUHAMAD
akan setia bersamamu, mencintaimu selalu
 
LOL
Lots Of Love 

Wednesday, September 14, 2011

pantun pengantin

Ikan di laut asam di darat
Dalam kuali bertemu jua
Hati terpaut janji diikat
Atas pelamin bertemu jua
Orang jauh dikenang-kenang
Hanya terkenang pada yang satu
Mula berkenal kemudian bertunang
Diatas pelamin sama bersatu
Dari Johor kekuala Kedah
Dagang merantau beratus batu
Surat sudah, SMS pun sudah
Sudah kawin masih begitu
Panas kering siapakan tahu
Hujan rintik di daun pandan
Berjalan seiring bersentuh bahu
Sama cantik sama padan
Tuan puteri tersenyum-senyum
Melihat laksamana bermain rodat
Senyum-senyum jangan tak senyum
Sudah sempurna segala adat
Pergi berzanji di pekan pagoh
Beli sekati ikan senohong
Sudah berjanji bersetia tegoh
Jangan dimungkiri bercakap bohong
Dengarlah ini ayah berpesan
Anak menantu, ayah ingatkan
Berkasih sayang sesama insan
Jangan cepat menjadi bosan
Di malam hari terang senegeri
Bulan purnama dihujung julai
Majlis gahari bertambah seri
Menyambut kedatangan kedua mempelai
Amat garang datuk bentara
Musuh melanggar habis dibenam
Dulu seorang kini berdua
Hidup bersama susah senang
  

tiba2 harini terbuka hati, ye persiapan perlu dilakukan... kalau sebelum ni mmg ntah la... xpelah tutup buku lama... yes daku perlu bergerak dr sekarang. so 1st step is like this page http://www.pengantin.com.my/ n also their fb. hope banyak ilmu yg bleh ditimba dr sane....tibe2 mcm seram plak nk menempuh hari tersebut. huhu ~SEKIAN~

Wednesday, September 7, 2011

kronologi demam raya

 Assalamualaikum...

harini dh 9 Syawal... bermakna dh 6 hari daku demam... demam ke??? ye demam. raya kali ni ramai ahli keluargaku demam... ia bukan demam yg sekali gus tapi dema yg berjangkit2. lepas sorg sorg kene... tp alhamdulillah keluarga kami diduga dengan demam biase je. x seperti ada sesetengan keluarga yg diduga teruk seperti kehilangan org tersayang...terpaksa beraya dihospital dsb

td pg dh mcm mls dh nk cerita pasal demam ni. semuanya gara2 hal yg sepatutnya boleh dielakkan tp dh nk berlaku nk wat mcm mane kn... lepasni boleh lebih berhati2.

CERITA DEMAM:
1st person yg terkena penyakit demam adlh satu2nya abgku... abg is, semuanya bermula bila dia dengan rajinnya  beberapa hari sebelum raya tu g la menyabit rumput TIME GERIMIS.... even lepas menyabit tu die mandi tp still x elok kn... so terdemamlah beliau...


2 hari sebelum raya menjelma dikhabarkan anak kepada abg is, haziq pula diserang demam. sewaktu pulang ke kampung sehari sebelum raya...ya mmg die demam. 1 syawal pn die x ikut g marhaban sbb deam katenye... huhu

2nd syawal pula kak iparku, iaitu isteri abg is pula diserang demam. tp mase ni dorg bertiga dh beraya dirumah mertua abg is lah... so kami igt yg dirumah selamat...

3rd syawal mak abah mengajak kami anak beranak beraya dirumah besan2 mereka... destinasi pertama adlh rumah mertua  abg is... smpi je kami disambut oleh org yg ke3 demam tu... n terus dikatanya abah mcm nk demam je... dgn x semena2 abah pn terus demam pd mlm tersebut... aduhaiiii sian abah.

alkisahnya mlm 3rd syawal tu kami tdo kat jb, kat umah kak long. 4th syawal tu sy g beraya umah mina pn abah x leh ikot... bwklh bala tentera anak2 saudaraku mengumpul duit raya hehe

petang 4 syawal daku pn bwk abah n mak (daku mmg jdi pemandu mereka skrg) balik kg semula. sampai je rumah daku mula x sedap badan... yes!!! daku pn terjangkit dengan demam pd 4 syawal tersebut. dh la tunggu kwn kata nk dtg raya x jadi, boleh demam plak tu huwaaaaaaaaaaaaa.....

5 syawal xde sape yg dijangkiti demam. tp kisah daku yg demam ni.... tgh rehat2 tbe2 abah leh call sume anak2nye ajak balik kg atok plak... daku pn ape lg meraung la kat mak... manetaknye daku dh la demam, kalo nk balik kg atok haruslah daku yg kene memandu... sob3... daku cekalkn hati... memandu jgk petang tu. tp ok ckt sbb x panas sgt dh petang kn. dlm perjalanan kami singgah di Hentian Machap... 1 lg kisah, abg pie n haikal diserang sakit perut... ish3 mcm2. smpi kg dh selamat dh...tido

6 syawal tika kami berkira2 nk g beraya rumah atok 1 lagi tiba2 abah mengalami kesakitan yg amat sgt. kami semuanya kelam kabut tgok keadaan abah. daku pn x kasi abah buat ape2. sumbat dlm kete terus nk hntr g klinik.... hari ahad, raya plak tu... susahnye nk cari klinik.... nsb baik abg is tu tau selok belok so g la klinik Malaya Bukit Gambir.... abah dh semakin pulih...kami pn terus memulakan perjalanan balik rumah semula...

dlm perjalanan tu daku mmg syg x berdaya. mcm nk berenti tepi jalan n lelapkn mata je.. yelah demam kn, kene cahaya dh berair je mata nih... banyak kali jgk lah daku bersin dlm kete. smpi time memandu pn bleh selimut guna tuala.... smpi 1 tahap adik tegur daku... suruh daku bersin tutup hidung (kdg2 x sempat) kang die plak kene... ha tu lah sape suruh tegurrrrrrrrr... dan2 pastu die plak demam pd 6 syawal...

tu la kisahnya.... 7 syawal kami semua kembali ke rutin biasa... g keje n sekolah even demam, tapi alhamdulillah sekawang ni semuanya semakin beransur sihat.

semalam 8 syawal... daku pk dh semakin sihat. dgn itu otak mula la merangka nk mandi seluruh badan terutamanya basuh rambut. yelah dh lame tu demam mane bleh basuh kepala kn sejuk.... nk dijadikn cerita, pas je mandi...daku diserang semula oleh demam yg br berkira2 nk meninggalkn jasadku ini... uhuk2 smpi x leh bernafas dibuatnya... tambah teruk plak demamku. pg td pn bangun dh hoyong hayang nk muntah segala bagai rasa ada... sadisnya.

tulah kisah demam raya 1432 hijrah

~SEKIAN~

Tuesday, September 6, 2011

refresh mood blogging

Assalamualaikum...
lamenye x menjenguk blok..yelah 1 minggu cuti raya so internet pn cuti jgk la yek.

smlm dh start keje. rata2 kwn2 ckp yg dorg x semangat nk keje. yelah cuti raya lama tuh kn sekali dgn cuti merdeka sekali.... daku pn harini br la boleh dpt tenaga jgk... ni angkara demam raya lah. ad cerita demam nih huhu tp nk cter kat entry lain. kali ni just nk refresh menaip blog je

~SEKIAN~