nuffnang ads

Saturday, December 21, 2013

Resepi: Jeruk Kedondong

Assalamualaikum... 

Minggu sebelum ni kami balik dari johor menyinggah ke rumah kak long belah husband sbb nak menghantar ade la sedikit bekalan yang kami bawa dari johor. ala biasela kunjung mengunjung ni kan. Nak balik ke TBS kami diberikan buah kedondong yang diberi oleh jirannya. kuantiti agak banyak so nak makan gitu je memang tak layan la kan. daku buat keputusan tuk buat jeruk kedondong

ni merupakan hasil selepas dijeruk selama 2 hari. sedap tau



Jom tengok resepi:
sukatan mengikut citarasa sendiri
Buah Kedondong
Garam
Air
Gula Pasir
Gula Melaka (optional)
Madu (optional)
Pewarna Kuning

Cara Menyediakan:
 Kupas kulit kedondong sehingga bersih kemudian cuci. Rendam kedondong di dalam air garam semalaman.
Masak air bersama gula pasir, gula melaka, madu dan secubit garam untuk membuat air gula. Bilas kedondong yang telah direndam semalaman dan masukkan ke dalam air gula. campurkan sedikit pewarna kuning. Masukkan di dalam bekas dan simpan di dalam peti sejuk. untuk hasil terbaik, jeruk boleh dimakan selepas 2 hari rendaman.

 Sumber olahan
 ~SEKIAN, WASALAM~

No comments:

Post a Comment

jemput komen..