Assalamualaikum...
Anugerah Industri Muzik ke 20 2013 telah berlangsung malam semalam dengan kegemilangannya tersendiri. Acara yang diacarakan oleh Dato Aznil Hj Nawawi dan Nabil Ahmad tu kami saksikan di kaca TV dari awal sehingga saat akhir. Husband pun tak banyak soal kalini. Yelah geng lawak die ade kan kat situ so enjoy la jugak.
Daku tak mau share pasal keputusan anugerah tapi nak share apa yang daku rasa bahawa pakaian sesetengah artis ni perlu dipersoalkan. Mereka muncul di atas pentas dengan lampu sorot (spot light) yang sangat memancar dan lebih memancarkan pakaian yang tersarung di tubuh mereka
Nabila Huda yang menggalas tugas sebagai penyampai anugerah sangat telus keseksiannya pada pandangan mata daku dan suami. pakaian yang dipakai ala2 langsir zaman dku sekolah rendah tu sangat menonjolkan bahagian dalam yang mana beliau hanya mengenakan short pants plus tiub. sesi penyampaian anugerah tu pulak lame....berbulu je mata daku tengok. nasib baik husband ngah layan game kat laptop so xdelh terkesan sangat dengan pendedahan baju nabila tu
pemenang anugerah artis baru terbaik. ok daku tak kenal dengan beliau. rasanya penyanyi lagu inggeris kot. pakaian beliau sangat menonjolkan part tuttttttt. beliau dah la pemenang pertama yang diumumkan, naik pentas dengan pakaian tersebut sangat lah memualkan. sorry ye penyanyi baru. pakaian awak sangat annoying.
Semasa siaran langsung juga daku terperasan kamera ada sekali menghala kepada tempat duduk artis dan daku terpandang seseorang yang berpakaian dimana part dadanya tersembul keluar. daku memang yakin apa yang daku nampak tapi hanya sekali tu je lah kamera menghala ke arah tersebut. selain dari 3 "tragedi" ni daku rasa artis2 lain ok je kot pakaian dorg. red carpet daku x join. tengok berita time tu.
sumber
~SEKIAN, WASALAM~
No comments:
Post a Comment
jemput komen..