Assalamualaikum...
Pagi2 ni sebagai pembuka selera mari kita share kejadian fresh malam tadi, sebelum ia menjadi basi seperti banyak entry draft daku yg belum disiarkan huhuhu...
Setelah sekian lama keluarga kecil kami tak hang out, kali terakhir rasenye masa g medan ikan bakar kat Port Dickson. tu pun masa daku mula-mula pindah ke TBS ni. So malam tadi lepas maghrib kami terus menuju tempat yang dihajati iaitu SATE TULANG di Dataran Senawang.
Disebabkan suami pernah makan kat sini sekali so die uruskan order
Kami order 6 cucuk sate tulang bersama dengan mee goreng mamak & mee goreng basah tuk daku n Fatihah (tiada dlm gambar)
ni la stall bako2 die. kalau nak tau lokasi betul2 berdepan dengan ICE ROOM yang pernah masuk JJCM. actually stall sate tulang ni pn pernah masuk JJCM jgk. yg beratur tu tuk take away. memang sistematik. meja jarang ade kosong. penuh je
Fatihah memang excited nak makan. ila disuakan terus je dia mencapai even sblm g ni da siap menyuap die semangkuk bubur nasi dulu.
Kami order 6 ketl je sebab saiz sate ni memang besar sesuai dengan harga RM1.10 secucuk. mereka menggunakan daging ayam di bahagian tulang tuk dibuat sate. siapa yang suka kengokel-ngokel tulang ayam tu silalah datang. memang tak rugi. ade bro n kakak sblh meja kami tu ade la rasenye order dalam 30 cucuk kot sate sahaja n tgok dorg makan memang best. mungkin da selalu kemari kot
kami selepas makan
Secara keseluruhan memang best makan sate die. walaupun harga macam mahal tapi berbaloi sebab saiz sate yang besar n sedap. sapa yang tak gemar sate tulang ni n rasa tak kenyang boleh order sate biasa n juga makanan goreng-goreng kat restoran sebelah.
~SEKIAN, WASALAM~
No comments:
Post a Comment
jemput komen..