nuffnang ads

Saturday, December 21, 2013

Resepi: Pulut Serunding

Assalamualaikum...


Pulut serunding sesuai untuk menu sarapan pagi atau minum petang.

Actually terjadinya resepi pulut serunding ni dengan tak sengaja. kat kampung daku mak selalu rebus pulut dan makan dengan kelapa muda diparut kosong je. Masa kami balik kampung haritu mak ada buat untuk sarapan pagi. tapi daku tengok encik suami macam segan je nak makan pulut ni, mungkin tak biasa. So daku sebagai isteri solehah pun fikir la cara nak bagi dia makan jugak ulut yang mak masak tu. Daku terfikir nak buat serunding kelapa untuk dimakan dengan pulut tu. tanya mak tak tau katanya nak masak serunding kelapa macam mana. hurm....so mulalah aktiviti mengetest menerai mengolah resepi daku. hasilnya sangat menakjubkan.


Cara memasak pulut:
1 cawan beras pulut perlu dimasak dengan 1 1/2 cawan air, campurkan sedikit garam dan direbus sehingga pulut masak.

Cara membuat serunding kelapa yang sangat mudah:
Bahan untuk dikisar: 
lada kering, bawang besar, bawang putih, ikan bilis @ udang kering, halia dan kunyit.
Bahan lain: 
Asam keping @ air asam jawa
Kelapa parut

Cara memasak serunding:
 Tumiskan bahan yang telah dikisar. Masukkan sedikit air dan asam keping (atau air asam jawa), garam dan gula secukup rasa. Setelah menggelegak masukkan kelapa yang telah diparut. Kecilkan api dan gaul sehingga kering.

 Bentukkan pulut seperti bebola dan golekkan di atas serunding. 
Sedia dihidang dan dingap!

 ~SEKIAN, WASALAM~

2 comments:

jemput komen..