nuffnang ads

Sunday, December 15, 2013

Bayi 9 bulan dirogol di Selangor

Assalamualaikum...

Subhanallah....kes rogol di kalangan kanak-kanak bawah umur semakin menjadi-jadi kebelakangan ni. jika sebelum ni saya ada berkongsi berkenaan  budak 11 tahun merogol anak asuhan ibunya yang terbaru dikatakan berlaku di Petaling Jaya dimana seorang bayi berusia 9 bulan dirogol oleh anak pengasuhnya. 

Ibu bayi tersebut terkejut apabila menemui kesan darah di lampin yang dipakai anaknya dan mendapati vagina anaknya mengalami pendarahan. Si ibu merujuk anaknya di Hospital Kuala Lumpur dan doktor mengesahkan bahawa anaknya telah dirogol. Ya Allah mesti luluh hati seorang ibu bila bayinya diperlakukan sebeitu. Satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Dang Wangi dan kanak-kanak lelaki tersebut kini ditahan di Malacca Action Group for Parents in Education bagi menjalankan siasatan lanjut.

 ~SEKIAN, WASALAM~

1 comment:

jemput komen..