Assalamualaikum...
Dah seminggu anak dara kesayangan diserang batuk dan selsema. Sedih plus kesian daku tengok keadaannya. Kalau menangis tu sampai terbatuk, ketawa pun terbatuk. Bila nak tidur lagi susah. Ibu pun susah hati melihat keadaannya serta try to buat ape2 tuk tenangkan anak kesayangan. Ditambah pula dengan serangan selsema.....nak tidur tu nak berputing tapi boleh nak hisap sbb susah bernafas. lagi mengaruk lah die. Batuk pulak tak pandai buang kahak. memang lah sayu hati ibu Alhamdulillah selepas diberikan ubat dan amalkan petua-petua lama dah berkurangan batuknya.
Jom kongsi petua yang boleh diamalkan sekiranga bayi atau kanak-kanak diserang batuk berkahak
1. Madu asli.
Untuk bayi atau kanak-kanak, 1 sudu kecil.. Jika madu pekat sangat, boleh tambah sedikit air.Madu boleh mengeringkan kahak. Campurkan madu pada susu bayi atau beri mereka minum madu sedikit setiap hari. sila guna sudu plastik.
2. Kunyit hidup atau bawang putih.
Kunyit hidup tu, gosok la kat mana2 permukaan yang kasar untuk dapatkan serbuk, lepas tu serbuk kunyit tu dicampurkan dengan minyak masak kemudian sapukan ke dada bayi.. Kalau nak guna bawang putih, bakar sikit bawang putih tu tapi jgn la sampai hangit.. Caranya sama jer guna kunyit, gosok, ambil serbuk,kemudian campur dengan minyak masak baru sapu ke dada bayi.
3. Daun kaduk.
Ramas daun kaduk dengan kapur sirih. Kemudian sapukan pada dada dan perut bayi. Kahak akan keluar bersama najis bayi nanti..
4. Kismis
Kalau anak kita dah boleh mengunyah, amalkan makan kismis sebanyak 21 biji setiap hari. InsyaAllah batuk akan hilang.
5. Daun Bunga Tahi Ayam.
Ramaskan dengan kapur sirih sampai berlendir kemuadian sapu kat tengkuk dan dada.
6. Gula Melaka
Bagi menghilangkan batuk berkahak yang berpanjangan, terutama pada kanak- kanak ambil gula melaka, pecahkan kecil-kecil dan berikan pada anak anda dan makan seperti gula- gula. Lakukan beberapa kali hingga sembuh.
7. Pucuk Ubi

Jika anak kecil anda sedang batuk, cubalah merawatnya dengan cara
berikut. Ambil sedikit pucuk ubi dan sedikit kapur (kapur yang digunakan
untuk makan sirih) dan ramas-ramas atau digonyoh dengan kedua-dua tapak
tangan hingga keluar air. Ambil air itu dan sapukan dileher dan dada anak anda. Insya Allah, batuknya akan berkurangan dan beransur hilang.
Antara petua yang memang daku gunakan ialah madu asli dan kunyit hidup. tapi kemungkinan daku lambat beri madu tu yang susah sikit nak baik. Almaklumlah kami kan dalam mood bercuti jalan2 balik kampung....ke kampung daku di Felda Adela baru daku berkesempatan beri madu. Kalau kat TBS ni memang ade je simpan bekalan madu.
Untuk demam kali ni daku terpaksa pergi ke 2 buah klinik. 1 swasta dan bila tak baik2 daku pergi ke klinik kesihatan Sening di kampung daku, selepas 5 hari batuk. Pengajaran yang daku dapat: jangan sesekali beri bayi minum ubat batuk!!! Daku ada beritahu doktor di klinik kesihatan 3 jenis ubat yang diberikan oleh doktor swasta haritu dan daku diberitahu yang bayi tidak boleh diberikan ubat batuk. Urmm patutla anak kesayangan tak baik2 pun.........pelah yang penting daku ke klinik untuk mengetahui keadaan paru2 anak atas kes pneumonia, daku perlu berjaga2. Alhamdulillah paru2 fatihah ok.
~SEKIAN, WASALAM~
No comments:
Post a Comment
jemput komen..