nuffnang ads

Wednesday, August 25, 2010

high motivation

assalamualaikum semua...

dh beberapa hari x bersiaran.
diri ini dh mula merasai apa itu sebenarnya bidang tugas yg sepatutnya digalas oleh seorang
ACCOUNT EXECUTIVE.

dengan itu, tanpa arahan pun daku dh boleh buat keje sendiri.
dengan kesedaran bidang tugas yg perlu digalas, maka dengan ini dimaklumkanlah bahawa kerja daku dh makin bertambah... daku dn beberapa kawan2 department account pn dh merancang beberapa perkara untuk memantapkan lagi akaun syarikat ni.


harap usaha kami diredhai

~SEKIAN~

Saturday, August 21, 2010

mcm nk beli langsir baru lah

Assalamualaikum...

harini hari sabtu minggu ke 3 kan.. so kenelah keje half day harini. pas habis keje meh la kt balik kg. ni yg best dok JB nih. tiap2 mgu pn bleh balik kg. kalo time blaja dlu sebulan sekali je balik (tapi kalo dpt dok kg je pn lg best).

mood harini mood nk beli langsir raya lah.
mcm dh berangan je kan
dh tau dh patern berangan tu mcm mane.
semestinya sama tema dgn baju raya tahun ni

ape2 pn yg jimat
jom layan gambar konvo lg hehe

one of my faveret picture

cameraman try to improve his capability

nasib baik lah rumah kakakku kat kampung. bleh la posing2 sikit.. xdelah posing dgn batu je hehehe
~SEKIAN~

Friday, August 20, 2010

no mood not equal to moody

Assalamualaikum...

harini seluruh department dilanda kemurungan. semua org pn nk wat keje mcm hampa je.. xtaulah nape. diri ini pn masih x recover dr sakit perut yg melanda sejak kul 3 pagi td. xtau nape mgkn perut ini mmg dh x bleh makan masakan kari dr kedai kot... semalam buka puasa beli ikan masak kari, tulah kan nk wat mcm mane. so pasni xmau dah beli masakan kari. nasib baik ubat sakit perut yg lepas ada lagi. so sahur td mckan ubat..pastu kurg ckt sakitnye. kepala pn dh senoneng dh ni..

xpelah. dh petang2 ni jom layan gambar konvo lagi
v
v
abg madi - abah - usu - mak - aisha - kak ija

berjuang habis2n bila kanda nk rampas scroll ijazahku
(walaupun dlm tu kosong sebenarnye)

~SEKIAN~

Thursday, August 19, 2010

UBS oh UBS

Assalamualaikum...

salam 9 Ramadhan wahai sahabatku
telah sampai kita ke hari kesembilan dalam bulan Ramadhan ini. mcm mana hari anda?? Alhamdulillah kurasakan kerana hingga ke saat ini daku masih boleh menunaikan ibadah tanpa halangan.


semalam waktu berbuka daku berjaya masak SPAGETI.. boleh la tahan kn rasa dia. kuah beli je serbuk segera yg dikeluarkan oleh meggi, tambah la lobak n kentang kn wat tambah warna. berangan jgk nk letak daging hancur, tapi tulah kn....rumah bukan ad peti sejuk, daging hancur tu plak kn besar, xkn nk sekali guna je... so xpelah makan ape yg ade je lah kn... maklumlah sorang2 je...

bila ke bab kerja, daku semalam dh merasai proses JEMU. Ya Allah ampunkanlah dosaku kerana jemu dengan kerja semalam. bukan ape, system akaun yg daku handle tu asik kuar alert "ACCOUNT NOT BALANCE" je... telah mcm2 cara daku lakukan untuk menyelesaikan masalah tersebut tp tetap mcm tu. dh buntu dh fikiranku ini..huhu dh la nk guna account tu cepat, last bulan ni plak nk hntr audit.. tolonnnn..


doa2 je lah akauntan x busy n bleh la die tlg pk same2 masalah ni ye..

~SEKIAN~

Wednesday, August 18, 2010

PAGI 8 RAMADHAN

Assalamualaikum...

pagi2 lg daku dh smpi ofis.
seperti biasa lah kn hari2 pn g keje jalan kaki... lalu kawasan perumahan dalam 20 minit br smpi ofis. tapi pagi ni sesuatu yg luar drpd kebiasaan berlaku. 

hidungku kembang kempis pagi ni
dek kerana satu bau ni yg menusuk ke kalbu.. 
bau biskut baru siap dibakar.
bau biskut CHOCOLATE CHIPs!!!
arghh sedapnye.....
haishh xleh lebih2 bau tau. anda yg baca pn jgn bayang lebih2 ye.. hehe

~kuih raya 2 tahun lepas~

~SEKIAN~

Tuesday, August 17, 2010

sy brjaya masak untuk sahur!!!

Assalamualaikum n selamat pagi..

seperti entry sblm ni, nk cerita pasal puasa lg hehe.
pagi td dakt telah dengan jayanya memasak untuk sahur!!!
walaupun hanya berlaukkn telur hancur n kuah kicap.. tapi daku bangga dgn diri ini sbb berjaya menggagahkan diri untuk bangun, turun ke dapur, masak n mkn sorg2 huhu

petang ni dh berangan nk masak tuk buka plak.
tetiba rajin plak kn.smlm dh beli sawi n lobak... hurmm ape ye nk masak.

opss maneleh igt lebih2 nk masak ape. puasa pn pagi lg. xpelah smpn angan2 time blik keje nnt. skarang nk mula keje dh...

Assalamualaikum n salam 7 Ramadhan untuk semua.


~SEKIAN~

p/s: trying to memeriahkan blog ini

Monday, August 16, 2010

1st puasa tanpa family

Assalamualaikum.. Salam Ramadhan buat kawan2..

harini dh 6 Ramadhan. Alhamdulillah campur harini dh 6 hari kn kt Umat Islam menunaikan ibadah berpuasa. mohon pada Yang Esa, semoga diterima segala ibadah yang dilakukan dan dijauhkan diri ini daripada maksiat...

Harini agak mengharukan jugak lah. almaklumlah...5 hari ni puasaku sentiasa ditemani dengan insan2 tersayang... even kerja pn mgu lepas, pegi keje n blik dgn abah. 

Harini bermulalah episod daku menyendiri...cheewah hehe
xde pn. smlm daku dh selamat pulang ke JB. 
so, pagi td sahur mkn roti n air masak je.. 
buka pn xtau nk mkn ape harini.
nk pergi terawih tp sorg2 plak.. 

hurm 
Ya Allah... tabahkn lah hati hambamu ini dalam mengharung Ramadhan dengan Redha dihati... mencari rezeki diperantauan ini..

~kenangan berbuka dgn kanda ramadhan 2009~

~SEKIAN~

Monday, August 9, 2010

My Degree Convo Moment

Assalamualaikum...

Alhamdulillah tika ini daku telahpun selamat tiba di negeri Johor, kembali setelah 5 hari berkampung di KL. banyak cerita gembira yang menyelubungi hidup ini sepanjang berada disana...

Rabu = Depart to KL with mak n abah (night)

Khamis = Hari bersejarah bagi PENUNTUT FAKULTI PERAKAUNAN KEMASUKAN 2006/2007 mendapat pengiktirafan IJAZAH SARJANA MUDA PERAKAUNAN (KEPUJIAN) bagi yang layak

Jumaat = Kanda bowling tournament + SURPRISES

Sabtu = Going back to UM with Kanda n take outdoor photo at faculty + Kanda treat our family for dinner

Ahad = Went to Tasik Titiwangsa to take outdoor photo (again) 

Isnin = Went to UM to return robe + collect transkrip + collect gambar rasmi during pengijazahan = going back to JB with mak n abah

InsyaAllah, daku telah pn meminjam laptopku untuk memastikan pengalamanku dapat dititipkan dalam blog ini. 

buat masa ni.. terimalah
v
v
v


~SEKIAN~

Tuesday, August 3, 2010

Mood Konvokesyen


Assalamualaikum

Masih teringat lagi, 4 tahun lepas dimana keluarga wak amat dan kak junah begitu bersemangat, berkumpul dirumah kak long sebelum bertolak ke KUALA LUMPUR, bagi tujuan menghantar anak bongsu yang ingin melanjutkan pelajaran dimenara gading.

Berbekalkan semangat yang ditaburkan oleh semua ahli keluarga, daku berusaha untuk menimba ilmu dengan sebaiknya. dengan harapan untuk menamatkan pelajaran dalam tempoh masa yang ditetapkan agar daku dapat pulang kenegeriku, mencari rezeki dan membalas budi ahli keluarga yang banyak membantu selama ini.

Allah maha adil.
Alhamdulillah daku telah berjaya menamatkan pelajaran dalam tempoh 4 tahun ini, dan sekarang dh memperolehi pekerjaan disebuah syarikat swasta. alhamdulillah juga dengan gaji yang ada dapat dihulurkan kepada mak n abah.

Dan sekarang..hari yang dinanti2kan selama 4 tahun ini akan tiba jua.
HARI KONVOKESYEN KU

Ya Allah.
semoga dipermudahkan urusanku dan rakan2
semoga hari besar kami akan dilimpahi dengan rahmatmu


~SEKIAN~

p/s: xleh nk cakap lebih2. mcm nk mengalir je air mata ni