Assalamualaikum...
Harini daku nak share resepi yang sangat mudah nak sediakan dan sesuai untuk minum petang. Kuih Buah Melaka ataupun di kalangan orang jawa memanggil kuih ni sebagai Kelepon manakala orang melayu ada memanggilnya onde-onde. Semasa bercuti panjang kat rumah mak minggu lepas sempatlah daku request buat kuih ni kat mak. mak adun dan daku la yang gentel.
Bahan-bahan:
Tepung Pulut
Air
Garam
Pewarna
Gula Melaka
Kelapa Parut
Cara membuat:
Sukatan adalah mengikut citarasa anda.
Gaulkan tepung pulut, garam, pewarna dan air sehingga adunan menjadi seperti bentuk doh yang lembut. Setelah siap bentukkan doh berbentuk bulat-bulat kecil dan masukkan gula melaka di dalamnya. Rebus di dalam air mendidih. Setelah adunan timbul bermakna ia sudah masak. gaulkan di dalam kelapa parut yang sudah ditambah sedikit garam untuk perisa.
Catatan: Adunan boleh ditambah dengan keledek rebus yang telah dilenyek untuk memberikan tekstur yang lebih lembut.
~SEKIAN, WASALAM~
sedap..saya suka kuih ni..
ReplyDeleteMAK!!!!! nak jugak!!!!!
ReplyDelete