4 Tahap Mendidik Anak Mengikut Sunnah Rasulullah SAW
PERTAMA
Umur 1-7 tahun. Pada masa ini, Rasulullah SAW menyuruh kita untuk
memanjakan, mengasihi dan menyayangi anak dengan kasih sayang yang tidak
berbatas. Biarkan anak-anak bermandikan kasih sayang pada tahap ini.
KEDUA
Umur 7-14 tahun. Pada masa ini Rasulullah SAW menyuruh kita untuk mula
menanamkan DISIPLIN kepada anak-anak dengan mengajar dan menyuruh mereka
untuk mengerjakan solat. Bahkan apabila umurnya sudah sepuluh tahun,
seorang ayah boleh memukul anaknya jika enggan mengerjakan solat.
Rasulullah SAW bersabda. “Perintahkanlah anak-anak kamu untuk
sembahyang pada usia tujuh tahun; dan pukullah mereka kerana
meninggalkannya pada usia sepuluh tahun; dan pisahkanlah di antara
mereka (anak-anak kamu) di dalam tempat tidur.” – Hadis Riwayat Bukhari
dan Muslim
Berdasarkan pakar-pakar jiwa anak, sememangnya pada
umur 7-14 tahun ini masa terbaik untuk menanamkan disiplin dan
pembentukan sahsiah seorang anak. Pada fasa inilah seorang ayah akan
menjadikan anak itu seorang muslim atau Yahudi, Nasrani dan Majusi
seperti yang dikatakan oleh Rasulullah SAW dalam hadisnya bahawa setiap
anak yang lahir dalam keadaan suci. Maka, ayah dan ibulah yang akan
mencorakkannya.
KETIGA
Umur 14-21 tahun. Pada masa ini
orang tua sudah MENUKAR penanaman disiplin dengan cara yang agak KERAS
kepada yang RASIONAL. Orang tua sudah semestinya mendidik anak dengan
cara menjadikannya sahabat dalam berdiskusi, mengajaknya ikut dalam
membincangkan masalah keluarga dan diberikan satu-satu tanggungjawab
dalam hal-hal tertentu di rumah. Hal ini penting agar anak berasa
dirinya punyai tanggungjawab mengambil berat hal-hal dalam keluarga.
KEEMPAT
Umur lebih 21 tahun. Pada masa ini, orang tua sudah boleh melepaskan
anaknya untuk belajar menempuh hidup akan tetapi tetap melihat
perkembangannya dan memberikan nasihat serta peringatan-peringatan
apabila anak tersalah atau terlupa.
Dalam kehidupan kita
sebagai orang Islam, kadang-kadang pendidikan yang diajar oleh
Rasulullah SAW itu tidak benar-benar diamalkan, bahkan ramai yang tidak
mengamalkannya sama sekali.
Ada orang tua yang terlalu
memanjakan anak sehingga umur 14 tahun dan baru mula mengajar dan
menyuruhnya solat pada usia mereka 15 tahun sehingga mereka bukan sahaja
enggan melakukannya malah marah kepada ibu bapanya. Jika kewajipan yg
tertinggi (iaitu solat) yang telah diperintahkan ALLAH SWT Yang Maha
Agung diabaikan apatah lagi dengan perintah dan suruhan orang lain
termasuk ibu bapanya.
Kesimpulannya, masalah disiplin dan
jenayah remaja dan pelajar muslim berkemungkinan terjadi kerana rapuhnya
pendidikan iman dan cara didikan yang salah. Sebahagian ibu bapa
menafikan hal ini kerana mereka tidak sedar kekerasan dan cara
pendidikan yang mereka terapkan kepada anak-anak adalah secara membuta
tuli tanpa melihat perkembangan umur anak-anak sehingga anak terasa
dizalimi dan seterunya membesar dengan perasaan marah dan dendam kepada
ibu bapa.
Sekiranya sebelum ini anda leka….Ianya masih BELUM
TERLAMBAT…ajarlah dan ajaklah anak-anak anda untuk SOLAT….kerana ianya
kunci bagi segala-galanya permasalah didunia ini…
Sabda
Rasulullah SAW : “Solat itu tiang agama, barangsiapa yang mengerjakannya
maka ia menegakkan agamanya dan barangsiapa yang meninggalkannya ia
meruntuhkan agamanya.” – Hadis riwayat Al-Bahari dan Muslim
Dari Abdullah r.a., sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Ditegakkan
Islam atas lima perkara: pengakuan syahadah iaitu tiada Tuhan yang
disembah dengan sebenarnya melainkan ALLAH, pengakuan bahawa Nabi
Muhammad itu Rasulullah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat,
menunaikan fardhu haji dan berpuasa di bulan Ramadhan.” – Hadis Riwayat
Muslim
Catatan untuk diri sendiri, suamiku serta keluargaku tersayang =)
~SEKIAN~
sumber
No comments:
Post a Comment
jemput komen..