nuffnang ads

Tuesday, May 7, 2013

belian online, saya ditipu

 Assalamualaikum...

harini sy nk share pengalaman, 
ditipu dalam pembelian barang secara online. 

PERINGATAN: 
HATI-HATI DENGAN NAMA SAROJANI ATCHUTHAN

email antara saya dan penjual
 Selepas seminggu naik kerja lepas cuti bersalin, niat dihati memang berkobar-kobar untuk memiliki pam susu badan jenis elektrik. buat masa tu sy mengepam menggunakan pam manual dan berasa sedikit penat lepas mengepam. so mula mencari2 laman web yang menjual pam elektrik dan buat perbandingan pam yang murah untuk dibeli. 

27.03.2013 terjumpa website yang menjual pam elektrik  jenama terkenal dengan harga yang sangat murah mybabysell.com. penjual dari Sabah. hati berdebar-debar dan selepas berfikir & berbincang dengan suami, sy berbalas email dengan penjual dan diberikan invois untuk membuat pembayaran pada 28.03.2013 berjumlah RM332.00 untuk satu set breastpump Madela Swing beserta satu aksesori tambahan serta kos penghantaran


invois
 29.03.2013 saya buat keputusan untuk membuat pembelian. dan mula membuat pembayaran melalui online. dia memaklumkan perlu tunggu 3 hari untuk duit clear dan barang akan dihantar melalui pos

bayaran pertama online


02.04.2013 saya minta confirmation dari penjual sbb bila dikira duit sepatutnya memang sudah masuk dalam akaun dia tapi berita tentang shipment masih saya belum terima. penjual balas email saya tapi yg mengejutkan dia minta saya untuk beli barang tambahan dan dikehendaki membayar RM468.00, yang mana tak diberitahu dengan terperinci sebelum ni. saya mula rasa x sedap hati dan bertanya tentang hak saya dan email yang diberikan olehnya semasa membuat penawaran. beliau mengakui bahawa kesilapan dilakukan olehnya.

email penjual menyuruh membuat pembelian tambahan

email asal penjual yang saya forwardkan kembali padanya

03.04.2013 merupakan tarikh lahir saya dan saya masih berhubung dengannya. saya menyatakan keengganan untuk membuat pembelian tambahan dan meminta dia memulangkan duit saya. dia memberikan pelbagai alasan dan akhirnya meminta saya bayar RM350.00. Malam tu dia menghubungi saya melalui SMS dan terus mengganggu meminta saya bayar RM350.00 secara cash bank in kerana katanya ingin menyelesaikan masalah ini dan membuat penghantaran secepat mungkin. sehingga akhirnya beliau menghubungi saya melalui telefon, saya mulai rimas dan menyatakan akan membuat pembayaran, selepas itu barulah dia tidak menghubungi saya.

bayaran kedua bank in cash
04.04.2013 saya bank-in duit cash RM350.00 ke dalam akaun penjual semasa dalam perjalanan ke tempat kerja dan sesudah memasukkan duit terus memaklumkan kepada dia.

05.04.2013 saya bertanyakan status pembelian saya dan dia menyatakan penghantaran akan dibuat pada 08.04.2013 kerana ingin disekalikan dengan pembelian oleh pembeli lain.

08.04.2013 saya bertanyakan penghantaran yang dibuat dan dia menyatakan bahawa barang akan sampai pada hari rabu 10.04.2013

11.04.2013 saya meminta tracking number dari dia kerana barang masih belum sampai ke rumah

14.04.2013 merupakan hari ulang tahun perkahwinan saya yang pertama

15.04.2013 baru dia membalas email saya dan menyatakan bahawa barang baru ingin dipos kerana ada sedikit masalah dan beliau baru pulang dari JEPUN!!!! dan pada tarikh inilah email terakhir saya dapat dari dia. seterusnya membisu dan tidak membalas email saya. panggilan telefon terus masuk ke voicemail. nombor telefon company pun x dapat.

22.04.2013 saya mula rasa x sedap hati dan merujuk kembali laman web mybabysell.com dan mendapati iklan jualan telah dibuang.


sy try search nama akaun bank itu dan mendapati:

 nama tersebut telah membuat banyak onar....x sangka sungguh.




masa nak buat pembayaran pertama tu sebenarnya terfikir, kenapa saya perlu membuat pembayaran pada nama perseorangan sedangkan invois tertera nama company. tapi sy just tawakkal dan buat juga pembayaran. dan selepas diminta buat pembayaran kedua pun saya mulanya tak setuju tetapi sesiapa yang mengenali saya tau la, disebabkan rimas dengan gangguan dari dia saya pun bayar jugak. dengan doa dan harapan barang akan sampai dan saya boleh menjualnya semula. buat apa barang banyak2 kan. 

tapi mungkin saya diuji kerana saya ada buat salah dan silap dulu. sehingga kini tiada berita, tiada barang yang sampai. nak buat aduan? kepada siapa sy nk buat aduan? tribunal? polis? bank? selepas sebulan kejadian ni saya dah boleh terima kenyataan. saya pun sudah bahagia dengan pam manual saya. entah berapa ramai yang sudah ditipu oleh dia dan kuncu-kuncunya.

~REDHA~

6 comments:

  1. as salam,

    erm berhati2 lah dengan penjual, yang suka mendesak/memaksa pembeli untuk membeli barang, penjual yang suka berdolak dalik macam tu pon satu lagi jenis penjual yang mungkin akan menipu pembeli. so berhati2 ye lepas ni.

    * harap sabar dengan kejadian yang telah berlaku.....

    nak share boleh x? tp guna personal blog la kan.. untuk peringatan semua pengguna..... tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam

      terima kasih, akan berhati2 lepas ni, sila la share, biar ramai org alert

      Delete
  2. sedehnye ase kan..saye paham..mb akak ase yg bile kite jujur maka orang pun akan jujur dgn akak gak..sye pun da melauinye...rm2k melayang kak..tpi bkan sbb pembelian on9..sebaliknye sbb ade join biz perfume secara online...die jnji nak bg blek duit mse bulan 12...tpi sampai sekarang xder bayang...mb nie satu pengajaran bg kite kan...sbb xsemua org akan jujur dgn kite even kite neh jenis baik macam manapun...huhuhuh...bile bace kisah akak..sye jadi sedey plak..terbayang rm 2k yg da melayang tuh....

    Ape2pun arap bersabar la yer...Moga Allah balas semula ape yg org tuh da wat pada kite...yg penting..kita redha dan maafkan jela org tuh..supaya nnti kite dah xde sebarang hutang dkat akhirat esok dgn org bkenaan..huhuhuhu ( emo plak aku)....

    jemput singgah blog....http://belogbingkisanrindu.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. sian awak fiza... report POLIS & Persatuan Pengguna

    ReplyDelete
  4. Saya baru je terkena. Membli hp online brhrga RM610. Mula2 mmg percaya. Slps sye bnk in duit, dia beri saya track no. Bila saya check kt poslaju and letak track no "Record not found". Dn dri situ saya rse x sdp hti and mula call dia. Call punya call x jwb smpai msuk voicemail.Org dia terus snyap dan bisu. Sedihhnyaa :(

    ReplyDelete

jemput komen..