nuffnang ads

Friday, January 4, 2013

mood dating sudah mari!!!



 Assalamualaikum

~saat ni husband da dlm bilik hotel~
~tgu adinda ye kekanda~ 

gambar ketika honeymoon @ cameron highland bln 4 lepas





actually
daku xde smpn pn gmbr ketika honeymoon, almaklumlah hp daku kn telah menghilangkn diri masa kat sane huhu.... 

1 hari tu hubby mms 2 gmbr kat atas ni, tbe2 daku menangis....time tu terharu + rindu sgt2 kat die, usually time dia rindu kat daku "sgt2" die akn mms gmbr kami. tu da tiba part rindu tahap gaban la gaknye, kalo biase2 die akn call je hehe...

so mood dating sudah datang
anak ibu suka ayah die da smpi johor. dr subuh td dok gerak2 je

~SEKIAN~
apsal laki sy nmpk besar dlm gambo ni skrg die da kurus ke hape ek huhu

AES di bandar JB sudah dipasang



moh la kite berhati2 semasa memandu
 x rugi pape pn kalau semua org berhemah

karang bila disaman
da la duit kene kuar, saham membebel lg....

~SEKIAN~

ade org da kene 5 saman dlm 2 hari je
hurm

Thursday, January 3, 2013

4 Tahap Mendidik Anak Mengikut Sunnah Rasulullah SAW

4 Tahap Mendidik Anak Mengikut Sunnah Rasulullah SAW

PERTAMA
Umur 1-7 tahun. Pada masa ini, Rasulullah SAW menyuruh kita untuk memanjakan, mengasihi dan menyayangi anak dengan kasih sayang yang tidak berbatas. Biarkan anak-anak bermandikan kasih sayang pada tahap ini.

KEDUA
Umur 7-14 tahun. Pada masa ini Rasulullah SAW menyuruh kita untuk mula menanamkan DISIPLIN kepada anak-anak dengan mengajar dan menyuruh mereka untuk mengerjakan solat. Bahkan apabila umurnya sudah sepuluh tahun, seorang ayah boleh memukul anaknya jika enggan mengerjakan solat.

Rasulullah SAW bersabda. “Perintahkanlah anak-anak kamu untuk sembahyang pada usia tujuh tahun; dan pukullah mereka kerana meninggalkannya pada usia sepuluh tahun; dan pisahkanlah di antara mereka (anak-anak kamu) di dalam tempat tidur.” – Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

Berdasarkan pakar-pakar jiwa anak, sememangnya pada umur 7-14 tahun ini masa terbaik untuk menanamkan disiplin dan pembentukan sahsiah seorang anak. Pada fasa inilah seorang ayah akan menjadikan anak itu seorang muslim atau Yahudi, Nasrani dan Majusi seperti yang dikatakan oleh Rasulullah SAW dalam hadisnya bahawa setiap anak yang lahir dalam keadaan suci. Maka, ayah dan ibulah yang akan mencorakkannya.

KETIGA
Umur 14-21 tahun. Pada masa ini orang tua sudah MENUKAR penanaman disiplin dengan cara yang agak KERAS kepada yang RASIONAL. Orang tua sudah semestinya mendidik anak dengan cara menjadikannya sahabat dalam berdiskusi, mengajaknya ikut dalam membincangkan masalah keluarga dan diberikan satu-satu tanggungjawab dalam hal-hal tertentu di rumah. Hal ini penting agar anak berasa dirinya punyai tanggungjawab mengambil berat hal-hal dalam keluarga.

KEEMPAT
Umur lebih 21 tahun. Pada masa ini, orang tua sudah boleh melepaskan anaknya untuk belajar menempuh hidup akan tetapi tetap melihat perkembangannya dan memberikan nasihat serta peringatan-peringatan apabila anak tersalah atau terlupa.

Dalam kehidupan kita sebagai orang Islam, kadang-kadang pendidikan yang diajar oleh Rasulullah SAW itu tidak benar-benar diamalkan, bahkan ramai yang tidak mengamalkannya sama sekali.

Ada orang tua yang terlalu memanjakan anak sehingga umur 14 tahun dan baru mula mengajar dan menyuruhnya solat pada usia mereka 15 tahun sehingga mereka bukan sahaja enggan melakukannya malah marah kepada ibu bapanya. Jika kewajipan yg tertinggi (iaitu solat) yang telah diperintahkan ALLAH SWT Yang Maha Agung diabaikan apatah lagi dengan perintah dan suruhan orang lain termasuk ibu bapanya.

Kesimpulannya, masalah disiplin dan jenayah remaja dan pelajar muslim berkemungkinan terjadi kerana rapuhnya pendidikan iman dan cara didikan yang salah. Sebahagian ibu bapa menafikan hal ini kerana mereka tidak sedar kekerasan dan cara pendidikan yang mereka terapkan kepada anak-anak adalah secara membuta tuli tanpa melihat perkembangan umur anak-anak sehingga anak terasa dizalimi dan seterunya membesar dengan perasaan marah dan dendam kepada ibu bapa.

Sekiranya sebelum ini anda leka….Ianya masih BELUM TERLAMBAT…ajarlah dan ajaklah anak-anak anda untuk SOLAT….kerana ianya kunci bagi segala-galanya permasalah didunia ini…

Sabda Rasulullah SAW : “Solat itu tiang agama, barangsiapa yang mengerjakannya maka ia menegakkan agamanya dan barangsiapa yang meninggalkannya ia meruntuhkan agamanya.” – Hadis riwayat Al-Bahari dan Muslim

Dari Abdullah r.a., sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Ditegakkan Islam atas lima perkara: pengakuan syahadah iaitu tiada Tuhan yang disembah dengan sebenarnya melainkan ALLAH, pengakuan bahawa Nabi Muhammad itu Rasulullah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan fardhu haji dan berpuasa di bulan Ramadhan.” – Hadis Riwayat Muslim


Catatan untuk diri sendiri, suamiku serta keluargaku tersayang =)

~SEKIAN~
sumber

semut mengganas



rahsia kehadiran semut dlm bilik kami sudah dapat dikenalpasti





alkisahnye....

kat rumah tu mmg ade kehadiran semut hitam ni. die x kacau org, die just lalu....buat laluan....ble sembur die tukar laluan lain...mcm tu la seterusnya. 1 hari tu daku dpt mengesan dorg ni wat laluan melalui tingkap bilik daku tuk masuk dlm rumah,lalu kat belakang langsir plak tu, mgkn xmau dijejaki....tp daku akhirnya dapat mengesan laluan tersebut, daku sembur....pastu lama da x nmpk kehadiran semut ni

selang beberapa minggu daku tgok semut ni buat laluan dr arah kotak2 hadiah yg daku susun dlm bilik, daku sembur je la laluan tersebut tp semut ni setiasa ada.....lame2 daku pn fed-up n biarkan je lah. so last week daku mcm da x tahan n geram tgok semut ni bermaharajalela jln kat dinding bilik daku...tp daku x tau dimana asal kedatangan mereka. 

mengenangkan daku bakal melahirkan....xmau la semut2 ni mengganggu kami sekeluarga plak nnt kn. so daku punggah la hadiah perkahwinan yg dok terletak diam dlm bilik tu.... 1 1 1 1 last2 kat bawah sekali adlh 2 kotak periuk nasi, daku selak sikit je n terus angkat 1 periuk nasi ni g beranda....perghh mmg banyak la semut dlm tu.

daku panggil anak saudara n mntk ridsect kat die n suruh die angkat lg 1 kotak periuk nasi.... n ternyata dlm ni lg banyak semut berkenaan...siap ade telur, ada anak semut, mak semut, bapak semut, datuk nenek moyang pn ade...huhu maka berperanglah daku dengan semut2 berkenaan. Alhamdulillah hanya 1 periuk nasi je yg terjejas teruk....menjadi tempat kediaman sehingga ke bahagian dalam "enjin". periuk nasi lg 1 terlindung dgn sampul plastik so selamat.....

daku perhatikn semut2 ni xde pn buat rumah dlm bahagian masak nasi tu. cme dorg menumpang kat ruang kosong gabus casing periuk tu.... ade ruang kosong tu die menyelit. lain2 hadiah xde plak dorg menumpang maybe sbb yg lain byk pinggan mangkuk gelas2 so xde ruang.... yg daku tinjau la kn, x tau mgu ni blik kg nk wat pemerhatian lg. harap2 xde lg dorg menyelit dlm hadiah2 daku huhu 



~x sabar nk pndh rumah sendiri, nk guna periuk nasi, perkakasan rumah, pinggan mangkuk hadiah ni. periuk nasi besar gabak ni dpt 4 buah...hehe hari2 tukar la~

motivasi diri



KALAU TAK BOLEH NAK BUAT BAIK

JANGAN PULA BUAT JAHAT

SEBAB TAK BUAT JAHAT TU PUN

KIRA DAH CUKUP BAIK

~SEKIAN~

sumber: FB

Wednesday, January 2, 2013

Agoda Booking. Complete

 Terima kasih kerana membuat tempahan dengan Agoda. Tempahan anda sedang diproses dan pihak kami akan menghantar baucer hotel kepada anda dalam masa sejam.
Sila kemukakannya kepada pihak hotel semasa anda mendaftar masuk.

Kami berharap anda akan mengalami penginapan yang selesa.

Agoda.com.


~SEKIAN~

Pg td ade post pasal nk bermanja2 dgn hubby kn, hehe ptg ni da booking da. Bg cadangan kat hubby die pn setuju....ala senyum2 simpul malu2 rimau plak hubby kn hahahaha.....

lokasi kat JB je, da lame x dating dgn suami sendiri, jumpa blik kg jumpa blik kg....doa2 impian terlaksana. yg pntg kt request je, duit belanja hubby yg bayar =)

bestnye ade suami....
Terima kasih suamiku, Azlan Shah Bin Daud

p/s: mula2 try bkk agoda.com sgt lembab, maybe ramai yg msuk line kn, pasty try booking.com . tgok booking.com mcm lg murah, pastu ble da pilih hotel n try bkk agoda, boleh....tgok harga kat agoda lg murah tuk hotel tersebut. so.....booking melalui agoda je. pengajarannya....sila buat perbandingan sebelum membeli. kupon hotel pn da selamat smpi kat email. tgl print je, semoga dipermudahkan urusan. Alhamdulillah =)

bayi terjatuh dari katil ketika proses bersalin di hospital

 Kasihan! Bayi Terjatuh Ke Lantai Ketika Proses Bersalin Di Hospital
 
Ketika seorang bapa menanti saat kelahiran anaknya di wad bersalin, dirinya menjadi tergamam apabila melihat bayi kecil itu terjatuh ke lantai. Bapanya mendakwa doktor dan jururawat bertugas cuai dalam menjalankan tugas. Dari segi akal fikiran yang waras, mana mungkin doktor dan jururawat tersebut sengaja berbuat demikian. Kejadian yang berlaku tidak disengajakan. Bagaimanapun, hati bapa mana yang tidak sayangkan anaknya bukan.

Seorang bapa trauma melihat bayinya terhempas ke lantai ketika proses kelahiran di Wad Bersalin, Hospital Serdang, Selasa lalu yang didakwanya berpunca daripada kecuaian doktor dan jururawat bertugas.

Zulfahmi Johari, 35, mendakwa kejadian dikhuatiri boleh menyebabkan komplikasi kesihatan anak keduanya itu untuk tempoh jangka panjang walaupun pemeriksaan doktor mengesahkan bayi berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan setakat ini.

Ketika kejadian, sebahagian daripada kepala anak saya sudah keluar tetapi bahunya tersangkut menyebabkan kesukaran proses kelahiran. Dalam kesibukan doktor dan jururawat membuat persediaan berkaitan, bayi saya tiba-tiba meluncur keluar tanpa sempat disambut.

Bayi saya jatuh terhempas ke lantai dari ketinggian 0.6 meter dalam keadaan mengiring, manakala tali pusat terputus. Suasana agak panik ketika itu, lebih-lebih lagi bayi saya tidak menangis sebelum bantuan kecemasan diberikan, katanya kepada pemberita, di sini semalam.

Beliau yang juga seorang pegawai kerajaan, berkata bayi lelakinya seberat 3.08 kilogram kemudian dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) bagi rawatan lanjut sebelum keadaannya disahkan stabil tanpa sebarang kecederaan.

Saya bersyukur bayi saya selamat, malah hasil pemeriksaan ultra sound menunjukkan bayi saya tidak mengalami sebarang kecederaan. Bagaimanapun, apa yang musykil tiada dokumen berkaitan bagi membuktikan keputusan pemeriksaan itu.

Ini bermakna kita belum tahu sama ada bayi ini akan kekal normal pada masa depan susulan kejadian tempoh hari.

Berdasarkan pemantauan saya dalam tempoh 48 jam lalu, bayi saya kelihatan kurang aktif… tidak seperti bayi lain, katanya.

Justeru, Zulfahmi meminta jaminan secara rasmi daripada pihak hospital, begitu juga Kementerian Kesihatan untuk bertanggungjawab sepenuhnya jika anak keduanya itu mengalami sebarang komplikasi kesihatan pada masa depan.

Lebih mengecewakan, hanya doktor bertugas meminta maaf di atas kejadian itu… pihak pengurusan hospital langsung tidak berjumpa saya memohon maaf atau memberi penjelasan berhubung kecuaian mereka, katanya.

#copypaste#

Ya Allah, Minta dijauhkan diri kami, keluarga kami dan seluruh Umat Islam dari musibah....

Pernah dengar pasal berita ni, tp x amik kisah sgt, td nmpk link kat FB, kak ayu br lepas baca pasal berita ni, daku pn klik2 la....baca...huhu rasa mcm trauma pn ade jgk. minta dijauhkan la masa daku bersalin nnt kn jdi perkara2 yg x diingini.