nuffnang ads

Thursday, September 10, 2015

Pre-eclampsia in Pregnancy

Assalamualaikum...

Pre-eclampsia or preeclampsia (PE) is a disorder of pregnancy characterized by high blood pressure and a large amount of protein in the urine. The disorder usually occurs in the third trimester of pregnancy and gets worse over time. In severe disease there may be red blood cell breakdown, a low blood platelet count, impaired liver function, kidney dysfunction, swelling, shortness of breath due to fluid in the lungs, or visual disturbances. Preeclampsia increases the risk of poor outcomes for both the mother and the baby. If left untreated, it may result in seizures at which point it is known as eclampsia. ( https://en.wikipedia.org/wiki/Pre-eclampsia )

Situasi ketika hamil bermula masuk bulan ke5 kaki saya mulai bengkak. ingatkan kerana kurang rehat, so nurse/doc cuma suruh tinggikn kaki ketika rehat/tidur. Selepas saya dikesan menghidap darah tinggi, dan check air kencing sudah mengandungi protin maka risiko kepada diri dan kandungan semakin tinggi. bila di hospital saya disahkan pesakit Pre-Eclampsia (PE).

Saya tidak pasti apa itu PE cuma beberapa minggu sebelum dimasukkan ke hospital tu saya ada menonton rancangan 19 Kida & Counting dimana ibu mereka ketika hamil anak ke 19 mengalami PE. Memang seram juga tengok keadaan ibu mereka ketika diserang tu. So bermula itu daku mencari maklumat perihal PE melalui pembacaan, tanya nurse & doktor.

PE adalah satu situasi ketika hamil dimana tekanan darah naik tinggi, kencing mengandungi albumin, dan kaki bengkak/edema. memang sama keadaan daku alami. PE boleh menyerang mereka yang hamil pertama kali, ataupun mereka yang terlalu gemuk dan mengidap penyakit kencing manis, ataupun memang pernah mengidap penyakit darah-tinggi dan buah pinggang. Ibu mengandung berisiko diserang sawan, dan PE kronik boleh merosakkan organ tubuh badan ibu, dan berisiko ibu & bayi meninggal.

Sesudah dimasukkan ke hospital diet pemakanan rendah kandungan garam dilakukan kepada ibu bagi mengawal tekanan darah tinggi. Alhamdulillah dengan kawalan pemakanan dan pengambilan ubat dalam dos yang tertentu tekanan darah tinggi saya dapat dikawal. Tapi macam tak percaya sebenarnya saya ada darah tinggi kerana tak ada pening, sakit kepala loya muntah semua. yang ada hanyalah sakit tengkuk yang saya agak kerana bantal hospital x serasi dgn saya (huhu)

Setiap pagi sebelum subuh dalam kul 5 nurse akan datang tuk periksa kadar denyutan jantung baby (prosedur CTG)... Semuanya normal sehinggalah usia kandungan masuk 36 minggu 4 hari, hari selasa. Graf yang terhasil menunjukkan kadar denyutan bayi dalam kandungan tak stabil. Kadang-kadang menurun dan baby kurang aktif. daku diminta lakukan CTG sehingga 3 kali. sampai cramp pinggang dibuatnya. sesudah selesai CTG ketiga pakar membuat analisa dan menasihatkan untuk melahirkan bayi hari tesebut juga! Risiko kepada bayi kerana kadar denyutan jantung sangat tidak stabil..... 

gambar sebelum kak Fatihah terpaksa dihantar ke Johor sbb ayah nak kerja. Ibu plak kene dok hosp smpi bersalin
 

 ~SEKIAN, WASALAM~

 Sumber: pakbidan.blogspot.my

Wednesday, September 9, 2015

Hati-hati membeli kasut

Gambar ni daku peroleh dari kakak. Dr group whatsapp kawan kakak beri katanya.

Di gambar tertera dengan kelihatan kalimah ALLAH pada selipar tersebut. Mereka nak memperdayakan orang dengan taktik lukisan grafik.

Hati-hati sahabat sekelian.
#boikot #NIKE

Tuesday, September 8, 2015

Kelahiran Anak Kedua- High Blood Pressure, ditahan wad

Assalamualaikum...

Saya telah selamat melahirkan anak kedua iaitu seorang lelaki pada 7 april 2015 (he is 5 months yesterday).

Kehamilan yang dirancang selepas kakak Fatihah berusia 6 bulan. plan nk tambah anak terus ALlah beri rezeki Alhamdulillah. Sepanjang kehamilan berjalan lancar dengan mengasuh kakak yang makin membesar. cabaran kekadang datang tapi daku harungi dengan tabah. berat badan naik tetiba tu biasaah kn....tapi nk elak kene dtg check blood pressure (BP) setiap 2 hari so kene la kawal berat badan ideal.

Pengalaman baru tentang kehamilan anak kedua ni ialah daku dijadualkan minum air gula! yang sememangnya menjadi satu mimpi ngeri kepada ibu mengandung. pertama kali minum daku hanya bertahan 1 jam. selepas 1 jam terus termuntah kat toilet. tp x bgtau misi pn nnt kene minum lg...Alhamdulillah result ok. kali kedua minum daku da boleh bertahan. yeeha!!!! next preg (inshaAllah) da request kat husband nk check p kat swasta je kot kalau kat swasta xde prosedur minum air gula ni..

Masuk kandungan 34 minggu 5 hari daku menjalani check up mingguan biasa kat hospital. berat naik lebih 500gram dai sepatutnya dan daku kene dtg tuk bacaan BP setiap 2 hari. hari seterusnya daku nk check BP tgok BP da naik (120/90) dan sampai seterusnya...hari ke 4 daku check naik ke 140/100 daku terus dihantar ke hospital menaiki ambulan (pengalaman pertama tew)... daku ditahan di wad. drama air mata juga nk berpisah dengan kakak & ayah. maklumlah x jangka kn semua ni dtg dengan tiba2...

dan selepas tu pulak disahkan Pre-Eclampsia......



~SEKIAN, WASALAM~

Kelahiran Anak Ke-2

Assalamualaikum...

 Nama: Shah Ahmad Faiz Bin Azlan Shah
Tarikh Lahir: 07 April 2015
(36 Minggu 4 Hari)
Berat: 1.92kg

 

Friday, September 4, 2015

Tips meningkatkan pendapatan blog anda

Assalamualaikum...

Agak berkurun saya tak buka laptop. asyik la dok alih sana alih sini laptop bila kemas rumah tapi nak membukanya memang........ dengan kesibukan sebagai suri rumah lagi kan. Sapa kata suri rumah tak sibuk memang nak kene lekuk kepala dia kasi swing sikit hihi.....

Harini anak 2 org (ye! saya dah ada 2 org anak sejak bulan april lepas) tu tido awal so menjeling2 mr lappy & bkk la. Review email dpt plak email dr NUFFNANG yg sentiasa igt blg suam2kuku saya ni pasal tips meningkatkn pendapatan melalui blog kn. 

Jom kita baca reramai, tambah ilmu:
  1. Cara-cara untuk meningkatkan trafik blog anda. Kami mencadangkan minimum 20 views setiap hari. Anda boleh mensasarkan untuk mencapai 100 views setiap hari jika trafik blog anda melebihi 20 views setiap hari.
  2. Pilih susun atur blog yang memberikan ruang untuk unit iklan! Nuffnang mempunyai 3 jenis unit iklan yang anda boleh letak di blog anda iaitu leaderboard, skyscraper, dan large rectangular. Kebanyakan pengiklan akan memilih unit iklan leaderboard dan skyscraper, oleh itu kami mencadangkan supaya anda memastikan blog anda mempunyai ruang untuk unit tersebut. Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan saiz and penempatan unit iklan, sila log masuk ke Nuffnang dan klik "Add ads".
  3. Pastikan Nuffnang mengetahui apa jenis blog anda! Pada masa anda berdaftar dengan Nuffnang, anda dikehendaki melengkapkan kajian untuk memilih kategori blog anda. Dengan ini, ia membolehkan kami untuk mencari blog yang sesuai untuk kempen iklan yang berkenaan.
  4. Memahami pembaca blog anda. Dengan memahami pilihan pembaca blog anda, anda boleh mengetahui bagaimanakah pembaca anda akan bertindak terhadap iklan dan jenama yang ada pada unit iklan blog anda. Iklan Nuffnang adalah disasar kepada kategori atau golongan yang berkenaan. Justeru itu, pilih kategori yang sesuai untuk blog anda, bukan sahaja akan membolehkan kami untuk memperuntukkan iklan yang sesuai kepada blog anda, malahan dapat menambah pendapatan blog anda.
  5. Pengiklanan banner Nuffnang. Nuffnang akan memapar iklan di unit iklan yang ada pada blog yang telah berdaftar dengan Nuffnang. Unit-unit iklan tersebut membolehkan kami mengukur trafik blog anda, dan pada masa yang sama dapat mengiklankan di blog anda. Dengan cara ini, anda akan mendapat pendapatan. Walaupun anda hanya dikehendaki meletak salah satu unit iklan di blog anda, tetapi lebih banyak unit iklan yang anda letak, semakin tinggi peluang blog anda akan dipilih untuk kempen iklan yang berkenaan.
Inshaa Allah akan daku kuatkn semangat je nk update diari maya ni

our little family in ORANGE


~SEKIAN, WASALAM~

Thursday, January 1, 2015

Hantaran @SafaBaraqah

Assalamualaikum... 

Daku nak menjemput semua rakan-rakan menjengah blog business daku yang terbaru


banyak idea menarik untuk buat hantaran. nak menempah hantaran dengan harga murah & doorgift boleh juga. jom.....

 ~SEKIAN, WASALAM~

Thursday, August 28, 2014

JUSCO SALE = Periuk Nasi PINK Dalam Genggaman

Assalamualaikum... 

Semalam En.Husband cuti untuk 1 urusan rasmi. sempat la bawak kami anak beranak jalan-jalan cuci mata sikit dan selesaikan hajat lepas raya kami dan salah satunya adalah mencari periuk nasi. Bukan selama ni xde periuk nasi pun kat rumah kami, malahan masa kahwin dulu dapat 4 biji periuk nasi. Tapi......semua periuk nasi tu bersaiz besar 1.8l. kami da la mkn 2 org setengah je, bila masak 1 cawan tu alahai kat dasar periuk je nasinya. Demand kecik ni..bkn demand lebih tau

So berjalan ke Jusco Seremban 2, masuk minum2 & xde arah tujuan jap. pastu husband pn offer la beli periuk nasi yg diidamkan. tapi survey2 tgok sumenye mcm lg mahal dr 2 tempat lain yg kami da survey je (TF Valur Mart P.Dickson & Mydin Seremban 2). xpelah lain  kali je....

Tetiba terpandang display offer plak periuk nasi comel2 kaler pink. Ade 3 saiz kecik RM62 (asal RM79) sedang RM69 (asal RM89) besar RM89 (asal xigt). yg sedang & besar dapat free loyang pengukus. so lepas fikir pro & cons amiklah yg sedang. 


 Periuk nasi KHIND 1 liter dengan teknologi terbaru tanpa kerak