nuffnang ads

Thursday, January 24, 2013

Permata hati ibu ayah

Assalamualaikum....

Alhamdulillah setelah 41 minggu 1 hari berada dlm rahim ibu, saya selamat menjengah dunia.

22.01.2013
Daku selamat melahirkan puteri sulung kami. Pengalaman 9 bulan mengandungkannya & pengalaman sehari dlm usaha untuk melahirkannya ke dunia. Mmg sgt2 berharga setiap saat yg kami lalui bersama.

Suami setia menemani. Smpi sanggup stay kat jb temankn daku. X pergi kerja. Terima kasih ayah...

Anak ibu membesar dengan bijak ye....ibu sayang kamu :)

Published with Blogger-droid v2.0.9

Tuesday, January 22, 2013

Check-in HSI

Ibu: Assalamualaikum ayah....ayah nak adik x?

Ayah: (ayah geleng kepala) Ayah nak Along.

Harini daku akn g HSI sbb tarikh 9 hari yg doc bg lepas EDD daku tamat da....bb x kuar lg

Nk wat mcm mane kn da ini jalan yg Allah tetapkn untuk kami. Insyaallah semuanya selamat.

Doakan kami =)

Published with Blogger-droid v2.0.9

Thursday, January 17, 2013

Lepas EDD xbleh MC

Assalamualaikum....

ni ha nk share pengalaman n rasa musykil yg bersarang dlm hati.

Sekiranya EDD anda adalah 14.01.2013, maka dengan itu bermula tarikh tersebut anda tidak layak untuk diberikan MC.

 Huhu itulah pengalaman daku semalam. Smlm daku ade check-up, jumpa doc kat Klinik Desa Permas Jaya. G la check-up memandangkan daku belum melahirkan. Ok2 je kn....... pastu daku berusaha la mntk MC kat doc tersebut yg check-up daku. Die ckp ok, boleh (memandangkn daku ade mengadu 1 hal kat die n perlu rehat) daku n husband tgu kat luar. Selang 1 minit tu daku dipanggil masuk. die ckp "EDD awk 14.01.2013 kan? Saya tak boleh keluarkan MC ni, sepatutnya awak dah ambil cuti bersalin."

Aik, daku pn pelik, x pernah dengar plak kn, sbb pengalaman kakak2 ofis yg mengandung sebelum daku syok je MC smpi sebulan (atas sbb2 yg x dpt dielakkn) sebelum bersalin....ble da lepas tarikh pn bleh je bg MC kat office. huhu daku pn bersoal jawab n berbincang dgn doc tersebut sbb daku mmg x tau. daku ckp kat die kalau sy amik cuti awal....tp x bersalin rugi la sy??? bleh die ckp itu nasib la.....bleh plak kn. die nk kasi surat akuan rawatan je. tp last2 die kasi jgk MC kesian sbb daku keje swasta, cuti pn 2 bln je, da kalo daku lmbt 10 hari bersalin tgl 50 hari je la daku dgn anak nk bermanja2 sblm naik keje semula huhu

Daku pun pelik. husband mmg pandang daku je lah kn....die mmg suruh daku amik cuti awal....tp kalo cuti awal naik awal buat ape kn, lain la cuti tahunan melambak mcm die huhu....cian ibu.

Tp......ble daku masuk kat bilik misi, n tanyakan perihal tersebut, die pn terkejut, die ckp die pn x tau mcm tu kira2nya...huhu die sndri ckp rugi la kn.....

Ntah la, tu yg harini daku masuk keje, mls nk g klinik mntk MC. sok x tau lg. dak office sume hairan daku dtg. tp xpelah g keje larat lg insyaAllah xde pape. kalo dok umah pn bkn buat ape, nk g klinik pn kene drive sndri jgk huhuhu.....

~SEKIAN~

Anak ibu syok duduk kat dalam

Assalamualaikum....

EDD (Expected Delivery date) : 14.01.2013

Tp smpi saat entry ni ditaip, anakku masih dlm kandungan, suka die ye dok dlm xmo kuar lg. puas ayah pujuk bg mkn mcm2, belikan baju, belikn brg die still xmo kuar lg. Ayah n ibu tunggu adik hari2....tiap saat menanti kelahiran adik. Ketentuan Allah, adik belum keluar dr rahim ibu. Takpelah, tiba masanya nnt adik keluar la ye. Yang penting ibu tau adik sihat kat dalam =) 

~SEKIAN~

Wednesday, January 9, 2013

Jumpa Pakar #2

Assalamualaikum....

Pg td daku ade appointment dgn doc pakar, awal2 pg da bersiap sedia...konon nk targer no 1 la kn...namun harapan....dpt no 3 plak kalini. hehe xpelah, tp dlm hati ckp.....kul bape plak la selesai kalini sbb waktu menunggu kn lama......tp da ade pengalaman mls nk berharap sgt. cheewah...hehe

Alhamdulillah even daku angka giliran 3 tp masa panggilan n masa balik daku lebih awal dr yg sebelum ni. awal la 5 10 minit kn....ok la tuh. daku berapa kali pindah tempat duduk sbb panas dgn ramai orgnye....dgn bahagian mengunggu ibu mengandung xde kipas byk....mmg panas. daku pn da xde tercongok dok dpn bilik pakar tu berdebar2 tgu die pgl....sbb da ade pengalaman....

Berita gembira daku adlh Hb daku da naik ke 10.7mg...mgkn berkat 2 harini daku makan kurma, pesan hubby suruh makan kurma.....sian die g cari kat byk kedai tp x jumpa, daku ni pn syukur sgt last stock yg ade kat cold storage...premium pnye (katenyelah).

Berita x berapa gembira, berat daku x naik dr mgu lepas = ade risiko jgk tu....tp bak kata org2, berat akn turun kalo nk  dekat bersalin ni...hurm layan je la

Doc kasi tarikh, kalo x bersalin 14.01.2013 ni, kene tambah lg 6 hari means tgu smpi 20.01.2013. kalau x bersalin jgk.....20.01.2013 tu kene g bilik saringan kat hospital.....kptsn seterusnya akn dibuat oleh doktor kat hospital....

~SEKIAN~

Friday, January 4, 2013

mood dating sudah mari!!!



 Assalamualaikum

~saat ni husband da dlm bilik hotel~
~tgu adinda ye kekanda~ 

gambar ketika honeymoon @ cameron highland bln 4 lepas





actually
daku xde smpn pn gmbr ketika honeymoon, almaklumlah hp daku kn telah menghilangkn diri masa kat sane huhu.... 

1 hari tu hubby mms 2 gmbr kat atas ni, tbe2 daku menangis....time tu terharu + rindu sgt2 kat die, usually time dia rindu kat daku "sgt2" die akn mms gmbr kami. tu da tiba part rindu tahap gaban la gaknye, kalo biase2 die akn call je hehe...

so mood dating sudah datang
anak ibu suka ayah die da smpi johor. dr subuh td dok gerak2 je

~SEKIAN~
apsal laki sy nmpk besar dlm gambo ni skrg die da kurus ke hape ek huhu

AES di bandar JB sudah dipasang



moh la kite berhati2 semasa memandu
 x rugi pape pn kalau semua org berhemah

karang bila disaman
da la duit kene kuar, saham membebel lg....

~SEKIAN~

ade org da kene 5 saman dlm 2 hari je
hurm

Thursday, January 3, 2013

4 Tahap Mendidik Anak Mengikut Sunnah Rasulullah SAW

4 Tahap Mendidik Anak Mengikut Sunnah Rasulullah SAW

PERTAMA
Umur 1-7 tahun. Pada masa ini, Rasulullah SAW menyuruh kita untuk memanjakan, mengasihi dan menyayangi anak dengan kasih sayang yang tidak berbatas. Biarkan anak-anak bermandikan kasih sayang pada tahap ini.

KEDUA
Umur 7-14 tahun. Pada masa ini Rasulullah SAW menyuruh kita untuk mula menanamkan DISIPLIN kepada anak-anak dengan mengajar dan menyuruh mereka untuk mengerjakan solat. Bahkan apabila umurnya sudah sepuluh tahun, seorang ayah boleh memukul anaknya jika enggan mengerjakan solat.

Rasulullah SAW bersabda. “Perintahkanlah anak-anak kamu untuk sembahyang pada usia tujuh tahun; dan pukullah mereka kerana meninggalkannya pada usia sepuluh tahun; dan pisahkanlah di antara mereka (anak-anak kamu) di dalam tempat tidur.” – Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

Berdasarkan pakar-pakar jiwa anak, sememangnya pada umur 7-14 tahun ini masa terbaik untuk menanamkan disiplin dan pembentukan sahsiah seorang anak. Pada fasa inilah seorang ayah akan menjadikan anak itu seorang muslim atau Yahudi, Nasrani dan Majusi seperti yang dikatakan oleh Rasulullah SAW dalam hadisnya bahawa setiap anak yang lahir dalam keadaan suci. Maka, ayah dan ibulah yang akan mencorakkannya.

KETIGA
Umur 14-21 tahun. Pada masa ini orang tua sudah MENUKAR penanaman disiplin dengan cara yang agak KERAS kepada yang RASIONAL. Orang tua sudah semestinya mendidik anak dengan cara menjadikannya sahabat dalam berdiskusi, mengajaknya ikut dalam membincangkan masalah keluarga dan diberikan satu-satu tanggungjawab dalam hal-hal tertentu di rumah. Hal ini penting agar anak berasa dirinya punyai tanggungjawab mengambil berat hal-hal dalam keluarga.

KEEMPAT
Umur lebih 21 tahun. Pada masa ini, orang tua sudah boleh melepaskan anaknya untuk belajar menempuh hidup akan tetapi tetap melihat perkembangannya dan memberikan nasihat serta peringatan-peringatan apabila anak tersalah atau terlupa.

Dalam kehidupan kita sebagai orang Islam, kadang-kadang pendidikan yang diajar oleh Rasulullah SAW itu tidak benar-benar diamalkan, bahkan ramai yang tidak mengamalkannya sama sekali.

Ada orang tua yang terlalu memanjakan anak sehingga umur 14 tahun dan baru mula mengajar dan menyuruhnya solat pada usia mereka 15 tahun sehingga mereka bukan sahaja enggan melakukannya malah marah kepada ibu bapanya. Jika kewajipan yg tertinggi (iaitu solat) yang telah diperintahkan ALLAH SWT Yang Maha Agung diabaikan apatah lagi dengan perintah dan suruhan orang lain termasuk ibu bapanya.

Kesimpulannya, masalah disiplin dan jenayah remaja dan pelajar muslim berkemungkinan terjadi kerana rapuhnya pendidikan iman dan cara didikan yang salah. Sebahagian ibu bapa menafikan hal ini kerana mereka tidak sedar kekerasan dan cara pendidikan yang mereka terapkan kepada anak-anak adalah secara membuta tuli tanpa melihat perkembangan umur anak-anak sehingga anak terasa dizalimi dan seterunya membesar dengan perasaan marah dan dendam kepada ibu bapa.

Sekiranya sebelum ini anda leka….Ianya masih BELUM TERLAMBAT…ajarlah dan ajaklah anak-anak anda untuk SOLAT….kerana ianya kunci bagi segala-galanya permasalah didunia ini…

Sabda Rasulullah SAW : “Solat itu tiang agama, barangsiapa yang mengerjakannya maka ia menegakkan agamanya dan barangsiapa yang meninggalkannya ia meruntuhkan agamanya.” – Hadis riwayat Al-Bahari dan Muslim

Dari Abdullah r.a., sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Ditegakkan Islam atas lima perkara: pengakuan syahadah iaitu tiada Tuhan yang disembah dengan sebenarnya melainkan ALLAH, pengakuan bahawa Nabi Muhammad itu Rasulullah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan fardhu haji dan berpuasa di bulan Ramadhan.” – Hadis Riwayat Muslim


Catatan untuk diri sendiri, suamiku serta keluargaku tersayang =)

~SEKIAN~
sumber

semut mengganas



rahsia kehadiran semut dlm bilik kami sudah dapat dikenalpasti





alkisahnye....

kat rumah tu mmg ade kehadiran semut hitam ni. die x kacau org, die just lalu....buat laluan....ble sembur die tukar laluan lain...mcm tu la seterusnya. 1 hari tu daku dpt mengesan dorg ni wat laluan melalui tingkap bilik daku tuk masuk dlm rumah,lalu kat belakang langsir plak tu, mgkn xmau dijejaki....tp daku akhirnya dapat mengesan laluan tersebut, daku sembur....pastu lama da x nmpk kehadiran semut ni

selang beberapa minggu daku tgok semut ni buat laluan dr arah kotak2 hadiah yg daku susun dlm bilik, daku sembur je la laluan tersebut tp semut ni setiasa ada.....lame2 daku pn fed-up n biarkan je lah. so last week daku mcm da x tahan n geram tgok semut ni bermaharajalela jln kat dinding bilik daku...tp daku x tau dimana asal kedatangan mereka. 

mengenangkan daku bakal melahirkan....xmau la semut2 ni mengganggu kami sekeluarga plak nnt kn. so daku punggah la hadiah perkahwinan yg dok terletak diam dlm bilik tu.... 1 1 1 1 last2 kat bawah sekali adlh 2 kotak periuk nasi, daku selak sikit je n terus angkat 1 periuk nasi ni g beranda....perghh mmg banyak la semut dlm tu.

daku panggil anak saudara n mntk ridsect kat die n suruh die angkat lg 1 kotak periuk nasi.... n ternyata dlm ni lg banyak semut berkenaan...siap ade telur, ada anak semut, mak semut, bapak semut, datuk nenek moyang pn ade...huhu maka berperanglah daku dengan semut2 berkenaan. Alhamdulillah hanya 1 periuk nasi je yg terjejas teruk....menjadi tempat kediaman sehingga ke bahagian dalam "enjin". periuk nasi lg 1 terlindung dgn sampul plastik so selamat.....

daku perhatikn semut2 ni xde pn buat rumah dlm bahagian masak nasi tu. cme dorg menumpang kat ruang kosong gabus casing periuk tu.... ade ruang kosong tu die menyelit. lain2 hadiah xde plak dorg menumpang maybe sbb yg lain byk pinggan mangkuk gelas2 so xde ruang.... yg daku tinjau la kn, x tau mgu ni blik kg nk wat pemerhatian lg. harap2 xde lg dorg menyelit dlm hadiah2 daku huhu 



~x sabar nk pndh rumah sendiri, nk guna periuk nasi, perkakasan rumah, pinggan mangkuk hadiah ni. periuk nasi besar gabak ni dpt 4 buah...hehe hari2 tukar la~

motivasi diri



KALAU TAK BOLEH NAK BUAT BAIK

JANGAN PULA BUAT JAHAT

SEBAB TAK BUAT JAHAT TU PUN

KIRA DAH CUKUP BAIK

~SEKIAN~

sumber: FB

Wednesday, January 2, 2013

Agoda Booking. Complete

 Terima kasih kerana membuat tempahan dengan Agoda. Tempahan anda sedang diproses dan pihak kami akan menghantar baucer hotel kepada anda dalam masa sejam.
Sila kemukakannya kepada pihak hotel semasa anda mendaftar masuk.

Kami berharap anda akan mengalami penginapan yang selesa.

Agoda.com.


~SEKIAN~

Pg td ade post pasal nk bermanja2 dgn hubby kn, hehe ptg ni da booking da. Bg cadangan kat hubby die pn setuju....ala senyum2 simpul malu2 rimau plak hubby kn hahahaha.....

lokasi kat JB je, da lame x dating dgn suami sendiri, jumpa blik kg jumpa blik kg....doa2 impian terlaksana. yg pntg kt request je, duit belanja hubby yg bayar =)

bestnye ade suami....
Terima kasih suamiku, Azlan Shah Bin Daud

p/s: mula2 try bkk agoda.com sgt lembab, maybe ramai yg msuk line kn, pasty try booking.com . tgok booking.com mcm lg murah, pastu ble da pilih hotel n try bkk agoda, boleh....tgok harga kat agoda lg murah tuk hotel tersebut. so.....booking melalui agoda je. pengajarannya....sila buat perbandingan sebelum membeli. kupon hotel pn da selamat smpi kat email. tgl print je, semoga dipermudahkan urusan. Alhamdulillah =)

bayi terjatuh dari katil ketika proses bersalin di hospital

 Kasihan! Bayi Terjatuh Ke Lantai Ketika Proses Bersalin Di Hospital
 
Ketika seorang bapa menanti saat kelahiran anaknya di wad bersalin, dirinya menjadi tergamam apabila melihat bayi kecil itu terjatuh ke lantai. Bapanya mendakwa doktor dan jururawat bertugas cuai dalam menjalankan tugas. Dari segi akal fikiran yang waras, mana mungkin doktor dan jururawat tersebut sengaja berbuat demikian. Kejadian yang berlaku tidak disengajakan. Bagaimanapun, hati bapa mana yang tidak sayangkan anaknya bukan.

Seorang bapa trauma melihat bayinya terhempas ke lantai ketika proses kelahiran di Wad Bersalin, Hospital Serdang, Selasa lalu yang didakwanya berpunca daripada kecuaian doktor dan jururawat bertugas.

Zulfahmi Johari, 35, mendakwa kejadian dikhuatiri boleh menyebabkan komplikasi kesihatan anak keduanya itu untuk tempoh jangka panjang walaupun pemeriksaan doktor mengesahkan bayi berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan setakat ini.

Ketika kejadian, sebahagian daripada kepala anak saya sudah keluar tetapi bahunya tersangkut menyebabkan kesukaran proses kelahiran. Dalam kesibukan doktor dan jururawat membuat persediaan berkaitan, bayi saya tiba-tiba meluncur keluar tanpa sempat disambut.

Bayi saya jatuh terhempas ke lantai dari ketinggian 0.6 meter dalam keadaan mengiring, manakala tali pusat terputus. Suasana agak panik ketika itu, lebih-lebih lagi bayi saya tidak menangis sebelum bantuan kecemasan diberikan, katanya kepada pemberita, di sini semalam.

Beliau yang juga seorang pegawai kerajaan, berkata bayi lelakinya seberat 3.08 kilogram kemudian dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) bagi rawatan lanjut sebelum keadaannya disahkan stabil tanpa sebarang kecederaan.

Saya bersyukur bayi saya selamat, malah hasil pemeriksaan ultra sound menunjukkan bayi saya tidak mengalami sebarang kecederaan. Bagaimanapun, apa yang musykil tiada dokumen berkaitan bagi membuktikan keputusan pemeriksaan itu.

Ini bermakna kita belum tahu sama ada bayi ini akan kekal normal pada masa depan susulan kejadian tempoh hari.

Berdasarkan pemantauan saya dalam tempoh 48 jam lalu, bayi saya kelihatan kurang aktif… tidak seperti bayi lain, katanya.

Justeru, Zulfahmi meminta jaminan secara rasmi daripada pihak hospital, begitu juga Kementerian Kesihatan untuk bertanggungjawab sepenuhnya jika anak keduanya itu mengalami sebarang komplikasi kesihatan pada masa depan.

Lebih mengecewakan, hanya doktor bertugas meminta maaf di atas kejadian itu… pihak pengurusan hospital langsung tidak berjumpa saya memohon maaf atau memberi penjelasan berhubung kecuaian mereka, katanya.

#copypaste#

Ya Allah, Minta dijauhkan diri kami, keluarga kami dan seluruh Umat Islam dari musibah....

Pernah dengar pasal berita ni, tp x amik kisah sgt, td nmpk link kat FB, kak ayu br lepas baca pasal berita ni, daku pn klik2 la....baca...huhu rasa mcm trauma pn ade jgk. minta dijauhkan la masa daku bersalin nnt kn jdi perkara2 yg x diingini.

last check-up @ Klinik Desa Permas Jaya. InsyaAllah

 Assalamualaikum...

Salam takziah buat keluarga mertua kak Ija atas pemergian Tok' Ki, datuk kepada abg Madi yg telah kembali Ke Rahmatullah sebelum subuh pagi tadi. Al-Fatihah

02.01.2013
kalau ikut jadual harini last daku wat check-up kat Klinik Desa Permas Jaya, due date doc bagi 14.01.2013, kalo ikutkn ade sekali lg check-up kn, tp mgu depan ni 09.01.2013 daku ade appointment dgn doc pakar kat Klinik Kesihatan Masai. Kalo belum bersalin pergi la daku mgu dpn bertunggu tangga kat KK Masai tu mcm sblm ni. kalo da bersalin selamat lah ibu bermanja2 dgn anak ibu kn hehe.

Berat naik 0.3kg dr mgu lepas
Hb maintain 9.9mg
Bp normal
Gula normal

Misi check kedudukan anak, daku baring die ckp mcm da turun da....pastu die check2 mmg kepala anak da kat bawah. die tnye ade sakit x?? daku ckp xde pn, cme biase2 je ngilu2 mcm biase, xde yg luar biasa. ckp jgk ade 1 hari tu daku blik keje ade rasa sakit lain mcm, tp bila daku wat kajian xde same plak dgn ciri2 contraction yg doc ajar...misi ckp belum lg la ni, saje je nk main2 tu huhu....x tau berpeluh jgk la time tu.

Kaki daku da bengkak sikit, dinasihatkan untuk tinggikn kedudukan kaki bg mengurangkn bengkak....opss daku tgok kaki mcm biase je, cme part peha ni mmggggggg la takut nk tgok. misi x tgok peha, tp haritu tnye dgn mak, mmg mcm ni ke???? peha membesar + ade kesan2 lebam. mak kata mmg mcm tu, kak ayu haritu pregnant lg kata mak smpi kat betis lebamnye..huhu hari2 belek lebam kat peha ni, harap2 nnt hilang la.

Mengah da sebati dgn daku, lg2 lepas makan lunch, Ya Allah mmg ble da mkn kat Plaza Pelangi tu rasa mcm seksa sgt nk blik office kat tingkat 12 Menara Pelangi ni, cheh mcm la kene panjat tangga kn....tp speed daku jln mmg lmbt la kalo pas mkn, thats y daku prefer jalan sorg diri, x mau menyusahkan org lain kang kene tgu2 daku plak. Drive masih mcm biase je. perut ok, xde la mcm sesetengah org bleh sondol stereng huhu..

Anak mak yg baik =)

~SEKIAN~

Alhamdulillah kerja kat office hubby da nk siap. start mgu ni die da bleh msg daku tengahari, layan sakit daku yg kdg2 datang....n InsyaAllah jumaat ni hubby akn turun JB. smlm feeling mcm nk booking hotel la nk manje2 sblm baby lahir ni...hehe gatal siot, tetttttttt