nuffnang ads

Thursday, August 28, 2014

JUSCO SALE = Periuk Nasi PINK Dalam Genggaman

Assalamualaikum... 

Semalam En.Husband cuti untuk 1 urusan rasmi. sempat la bawak kami anak beranak jalan-jalan cuci mata sikit dan selesaikan hajat lepas raya kami dan salah satunya adalah mencari periuk nasi. Bukan selama ni xde periuk nasi pun kat rumah kami, malahan masa kahwin dulu dapat 4 biji periuk nasi. Tapi......semua periuk nasi tu bersaiz besar 1.8l. kami da la mkn 2 org setengah je, bila masak 1 cawan tu alahai kat dasar periuk je nasinya. Demand kecik ni..bkn demand lebih tau

So berjalan ke Jusco Seremban 2, masuk minum2 & xde arah tujuan jap. pastu husband pn offer la beli periuk nasi yg diidamkan. tapi survey2 tgok sumenye mcm lg mahal dr 2 tempat lain yg kami da survey je (TF Valur Mart P.Dickson & Mydin Seremban 2). xpelah lain  kali je....

Tetiba terpandang display offer plak periuk nasi comel2 kaler pink. Ade 3 saiz kecik RM62 (asal RM79) sedang RM69 (asal RM89) besar RM89 (asal xigt). yg sedang & besar dapat free loyang pengukus. so lepas fikir pro & cons amiklah yg sedang. 


 Periuk nasi KHIND 1 liter dengan teknologi terbaru tanpa kerak

Tuesday, August 26, 2014

Salam Aidilfitri 1435H 2014M

Assalamualaikum... 


Hari ini merupakan hari terakhir syawal tahun ini. 

Kami sekeluarga ingin memohon maaf atas segala keterlanjuran yang telah dilakukan dengan sedar ataupun tidak. Doakan kehidupan kami menuju ke arah yang lebih baik dan diredhai Allah. Doakan perniagaan daku berkembang dan dipermudahkan.

Amin......

 ~SEKIAN, WASALAM~
belanja gambar 1 syawal sikit =)

Anak Menggambarkan Ibu Bapa,

Assalamualaikum... 

Sudah banyak kita dengar tentang perilaku ibu bapa akan diikuti dan dicontohi oleh anak-anak terutamanya yang masih kecil dan mahu mempelajari banyak benda didunia ini. Cara didikan setiap ibu bapa adalah berbeza, namun begitu pastinya setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak mereka. Mari kita menilai semula dan membuang yang keruh, ambil yang jernih dalam usaha melahirkan anak-anak yang soleh & solehah.


  • Jika anakmu BERBOHONG, itu karena engkau MENGHUKUMNYA terlalu BERAT. (jika anak bersalah sekalipun masih ada ruang untuk toleransi. jangan biar anak takut anda, tetapi jadikan anak hormat anda)
  • Jika anakmu TIDAK PERCAYA DIRI, itu karena engkau TIDAK MEMBERI dia SEMANGAT. (selalu katakan pada anak yang dia boleh lakukan, jangan asyik nak suap je dalam ape2 hal sekalipun)
  • Jika anakmu KURANG BERBICARA, itu karena engkau TIDAK MENGAJAKNYA BERBICARA. (selalu tanya perkembangan anak-anak dan berbual dengan mereka)
  • Jika anakmu MENCURI,

Daun Sup Boleh Membantu Cuci Buah Pinggang

Assalamualaikum...

Daku ada terbaca di facebook harini tentang khasiat daun sup yang dikatakan boleh membantu organ buah pinggang dimana ia berfungsi untuk mencuci buah pinggang kita. Apabila kita meminum air rebusan daun sup ini inshaa Allah segala kotoran akan keluar dari badan kita melalui air kencing.

Cara mengamalkannya ialah

  • Rebus daun sup yang telah diracik kecil dengan air bersih selama 10 minit.
  • Tapis air rebusan tadi dan simpan didalam peti sejuk.
  • Bolehla diamalkan meminum air rebusan daun sup ini secawan setiap hari.
  • Inshaa Allah badan akan rasa sihat.
Marilah kita amalkan petua ini. Mudah dan murah pulak tu

pokok daun sup saya yang beru berusia 2 minggu
sayang plak nk guna yg ni meh kt shopping daun sup kat pasar


sumber
 ~SEKIAN, WASALAM~

Monday, August 25, 2014

Manfaat dan Khasiat Embun Pagi

Assalamualaikum...



Air embun pagi mempunyai kandungan oksigen yang lebih banyak berbanding air biasa. Kerana kandungan oksigennya yang banyak maka banyak khasiat dan kebaikan yang kita boleh perolehi dengan mengamalkan air embun pagi.

  • Air embun pagi dapat mengekalkan awet muda jika disapu keseluruh wajah & badan mampu menganjalkan dan mencerahkan kulit. Ia juga dapat menguatkan otot dan tenaga seseorang.
  • Air embun pagi juga mampu menguatkan ginjal
  • Petua orang lama mengatakan bahawa dengan mengamalkan sapuan air embun pagi pada kaki bayi yang lambat berjalan mampu mendorong anak itu untuk pandai berjalan dengan lebih cepat.
  • Air embun menjadikan sel-sel tubuh lebih sehat, membuang racun dari dalam tubuh, meningkatkan daya tahan tubuh dari berbagai serangan virus.
  • Air embun pagi juga boleh digunakan untuk mengecutkan jerawat. 
  • Air embun pagi mampu mencerahkan pengelihatan mata. Baca selawat dan sapukan air ke kelopak mata. Inshaa Allah....
  • Bagi pesakit lelah, batuk atau yang mengidamkan suara yang merdu bolehla amalkan minum air kelapa atau asam jawa yang telah diembunkan.
Pengambilan air embun pagi yang konsisten sangat baik untuk kesihatan dan berfungsi untuk menyahtoksin yang berada dalam badan

SumberSumber
 ~SEKIAN, WASALAM~

Tanggungjawab suami di tempat kerja, dirumah. Isteri bertambah sayang

Assalamualaikum...

Sebelum ni daku ada share pendapat ni dengan suami daku. dengan kemudahan berblog ni boleh la daku share dengan rakan-rakan lain jugak kan. bersama kita membina keluarga sakinah
Setelah membaca lebih 1500 mesej di fb ini masalah isteri dalam masa 2 minggu ini. Saya mengambil pengajaran di dalamnya keluhan dan keinginan seorang yang bergelar Isteri.

Sebaik sampai rumah terus beri salam, peluk isteri. Peluk dan cium juga semua anak-anak. Peluk dengan rasa syukur dan rindu pada mereka...walaupun sebenarnya kita teramat penat dan letih...hanya Allah yang tahu dengan pelbagaimasalah di tempat kerja. Pelukan itu menjadi ubat buat isteri, anak-anak dan diri kita sendiri. Buat penat dan sakit ditempat kerja hilang. Allah juga beri keberkatan rezeki bila kita berkasih sayang.

Ambil masa bertanya keadaan anak-anak. Bermain, bergurau, dan dukung mereka..tunjukkan minat atas apa yang mereka buat selagi bukan perkara haram.

Kerja isteri di rumah mencabar. Jika isteri tanya, abang penat ke? Abang buat apa di pejabat ada masalah ke? Jangan marah kerana memang sifat wanita ingin memulakan perbualan dengan soalan. Sebenarnya mereka ingin meluahkan masalah mereka. Biasanya soalan wanita ada makna disebaliknya..mereka ingin ceritakan masalah mereka....

nuffnang tak lupakan daku rupanya

Assalamualaikum...

Dah terlalu lama rasanya daku memang tak menjenguk diari kesayangan ni. Kurang kemudahan dan kurang keinginan membataskan segalanya. Bukan tak ingin, hari2 memang daku teringatkan blog kesayngan ni....tapi batas yang ada tak mampu daku langkaui.

Dalam kesepian rupa-rupanya masih ramai yang menjenguk blog daku ini. Memang tak sangka jugak betul2 tak sangka. harini daku terbuka hati nak bukak blog ni sempena nak buat blog baru untuk business yang daku mula nak jalankan. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

Kehilangan daku dulu juga ada jugak disebabkan merajuk ngan en.nuff. yelah 3 tahun daku gigih berblog cuma dapat rm2.55 je. rasa penat jgk bila tgok org lain dpt byk2 $$. yelah nak merasa jugak kn. Disebabkan itu jugalah daku mmg stop dr tulis blog + xde kemudahan (laptop xde, henpon cikai, internet xde jgk). bkk en.nuff td trkejut jgk da ade lebih rm10 kat dlm akaun. waaahhhh terang sikit mata ni. hihi Alhamdulillah......rupa-rupanya en.nuff x pernah lupakan daku. skarang ni pn ngan ada cpuv yang ngah ongoing. ni yg semangat nk berblog balik ni

Sekarang ni kemudahan dah ada. inshaa Allah daku akan lebih kerap update kat sini. nak memperjuangkan business daku jugak. jom support daku http://safabaraqahshop.blogspot.com @ search hantaran @safabaraqah

 ~SEKIAN, WASALAM~