ASSALAMUALAIKUM...
Petang yang mulia.. sy berkesempatan tuk berbual2 dengan 2 org kawan.. kami berbual dan bertukar pendapat tentang beberapa perkara, almaklumlah dh lame x berbual sama. mmg sy berbual2 dgn kedua2nya serentak, 1 dgn facebook chat n lg 1 dgn Yahoo Messenger.
kawan 1st (facebook chat):
dia telah bertunang kira2 awal tahun ini, dr status2 yang dipost kat facebook sy tau dia sangat gembira dgn pertunangan tu n sy mendoakan semoga dia akn kekal bahagia, almaklumlah umur dia dh mencecah 30an tapi belum bernikah lg. dlm beberapa mgu ni sy x nampak die kat fb. tup2 td die tegur sy, n sy bertanyakan dia bila nak bernikah...lama sebelum dia menjawab bahawa pertunangan itu telah putus. Allah Maha Besar.
Kawan 2nd (YM):
dia menegur sy lepas sy wat status YM "perlu ke jemput rakan2 untuk majlis pertunangan". dia memberikan pendapat yang bernas. lama kami berbual dan sy bertanyakan ttg apa2 perancangan. dia menyatakan "mcm mane nk tunang, calon pn xde". sy terkejut sbb sy tau yg die kn dh ade pakwe, anggota polis. sy tau sbb pakwe die pn pernah tlg kami tuk siapkn satu projek kat UM dlu. tapi dia menyatakan bahawa dh xde jodoh, pakwe dia akn bertunang bulan 6 ni dgn org lain. sy sgt terkejut.
mungkin satu kebetulan kan, dalam masa yang sama sy mendapat berita sedih berkenaan dua sahabat sy yg tidak dapat bersama dgn org yg mereka sayang n harapkan untuk membina hidup bersama. walauapepun sy respek dgn mereka berdua sbb menerima dugaan ni dgn tenang dan sabar. mereka jg masih mampu berkawan dgn 'pasangan' masing2..
ALLAH... tak dapat aku bayangkan semua ni. tiap hari ku berdoa supaya dipermudahkan jalan perhubungan untuk aku dan dia. semoga tiada aral yang melintang sebelum kami mampu hidup bersama. dengan kuasaMU ya Allah yang menentukan segalanya.
~SEKIAN~
No comments:
Post a Comment
jemput komen..