setelah beberapa lama daku pendamkan perasaan ini....hari2 aku hanya dapat melihat n mendengar sahaja....bekalan jeruk2 yg bergelimpangan dirumah....n sound effect dr tandas yg berada betul2 besebelahan dengan bilikku....
dan kini telah disahkan [even x keluar secara direct dr tuan punya badan] bahawa daku bakal jadi mak su baru @ bakal mendapat anak saudara yg terbaru dari pasangan MANIZAWATI BINTI MUHAMAD & SHAFIE BIN MESNON...hehe kak mas n abg pie la...bestnyerrrrrrrrrr nk pegang baby
hanya selepas 9 tahun [anak sulung kini darjah 3] munculnya rezeki bagi keluarga mereka.... bestnyerrrrrrrr hehehe
dulu masa dok dgn kak ija die mengandung...kini dok dgn akak die plak mengandung....doaku semoga rezeki ini akan berterusan dlm alam rumahtanggaku nnt....
insyaAllah masa majlis perkahwinanku boleh la diadakan majlis cukur jambul sekali nnt hehe bestnyeeeeeee
Alkisah..... mungkin org x paham nape daku rase mcm sweet je dgn ayat petang ni even xde ape pn.... tapi ntah...mungkin kerendahan hati yg menjadi tarikan dan pengikat kasih antara kami
16:45
assalamualaikum syg
buat pe ni
16:46
waalaikumsalam
tgh senyum
16:46
tgh senyum kenapa yek
16:47
sbb td dh nangis
16:47
ala ciannye syg
abg marah syg ye td
16:48
haah
16:48
sori yek
syg abg ade meeting ni
16:48
baik
16:48
nnt sambg lagi ye
16:48
baik abg
>>>>>hakikatnya daku suka merajuk n suka dipujuk
>>>>>abang tidak jemu2 n terus sabar melayanku
>>>>>terima kasih abang
tengahari ni tetiba ingat kat lirik "janganlah kau pergi, tinggalkan diriku..." pastu search2 rupa2nya lirik ni sangat familiar n masih segar dlm ingatan....lirik dr lagu yg sering dimainkan dlm drama nora elena....jom layan
Tak pernah kurasa begini Ku menyintaimu sepenuh hatiku Ternyata hanyalah dirimu Yang mengerti aku sepenuh hatimu
Ku inginkan selalu terhentinya waktu Supaya kita terus bersama
Jangan lah kau pergi tinggalkan diriku Sendiri jauh darimu Ku perlukan kamu
Inginmu selalu Temani jalan hidupku
Ternyata hanyalah dirimu yang amat ku rindu Kurindu selalu Kuinginkan selalu terhentinya waktu Supaya kita terus bersama
Jangan lah kau pergi tinggalkan diriku Sendiri jauh darimu Ku perlukan kamu inginmu selalu Temani jalan hidupku
Janganlah kau pergi tinggalkan diriku Sendiri jauh
Jangan lah kau pergi tinggalkan diriku Sendiri jauh darimu Ku perlukan kamu inginmu selalu Temani jalan hidupku Janganlah kau pergi
daku tujukan lagu ini khas untuk
kanda tersayang, AZLAN SHAH BIN DAUD
semoga cinta yang bersemi akan terus mekar selamanya
semalam...office kami menerima satu berita sedih...sorg officemate yg sarat mengandung [Puan Norazlina Azam] mendapat perkhabaran bayi dalam kandungan sudah meninggal dunia....dimana pada ketika itu air ketuban telah keluar dan bersedia untuk bersalin..... beliau dijangka bersalin pada minggu hadapan tetapi Allah lebih sayangkan anaknya....
tadi pulak, naik dr beli mknn lunch tgok fb, sorg lg officemate {Puan Azean] kehilangan kakaknya yang telah kembali kerahmatullah.... yg sedihnya kakaknya kini berada di terengganu...
Semoga Dicucuri Rahmat Yang Maha ESA Keatas Rohnya... Al-Fatihah
Setiap manusia tidak sempurna... tiap kali kita tarik nafas mesti ada cabaran yg mendatang tanpa kita duga.... wanita...sebolehnya mahukan kehidupan yang sempurna tapi susah...seorang wanita normal mempunyai kitaran haid sekitar 22-35 hari...alhamdulillah dari daku mula datang haid umur 12 tahun dulu ia dtg tetap dlm lingkungan hari tersebut... TAPI bulan ni...daku menunggu menunggu menunggu sehingga melebihi 35 hari...daku jadi runsing serunsingnya...memikirkan kemungkinan apa yg berlaku dlm diri ini...sehingga tahap ketensenan dlm diri ini berada dlm tahap plg maksimum....
sampailah satu hari ni....daku menenangkan diri n mencari maklumat dlm internet n berjumpa 12-sebab-mengapa-haid-anda-lambat . jom baca2
Tekanan. Tekanan dalam bentuk fizikal dan mental boleh mempengaruhi hormon anda dan seterusnya haid kita. Bila kita dalam keadaan tertekan badan akan mengeluarkan hormon stress yang boleh menganggu ovulasi dan seterusnya memberhentikan haid kita. (yes daku mmg tertekan....dgn keje, penat kesane kemari, hal nk kawen lg...opss n tertekan sbb x period lg ler yg paling serius)
Masalah kesihatan: Sakit secara tiba-tiba seperti demam panas, menjalani pembedahan, atau sakit yang memerlukan rawatan intensif boleh memberikan tekanan fizikal terhadap badan dan seterusnya menganggu kedatangan haid kita. (sakit ke daku????tu yg lg menambah tekanan)
Ubatan: Mungkin baru baru ini anda baru mencuba jamu atau menjalani rawatan traditional atau intensif untuk menguruskan badan. Sekiranya betul, kemungkinan besar ia punca mengapa haid anda lewat. (opss....sejujurnya daku ad ambil 1 ubat kurus ni...tapi tu hanya tuk melancarkan proses pembuangan air besar daku yg terganggu kebelakangan ni je...hopefully xde kesan sampingan)
Berlebihan hormon prolaktin:
Hormon prolaktin yang berlebihan menghalang pengeluaran telur dan seterusnya menyebabkan haid anda lewat berbulan-bulan lamanya. Sekiranya anda merasa seperti susu keluar dari puting payudara atau pening kepala, berjumpalah dengan doktor kerana kemungkinan besar anda mengalami masalah hyperprolatinemia. (lom bulan2 lg br 1st time ni lmbt...takottt ia berpanjangan huhu)
Menyusu badan:
Sekiranya anda menyusu badan terutamanya secara eksklusif, haid anda mungkin tidak akan datang sehingga berbulan-bulan. (out of topic...currently hehe)
Masalah tiroid:
Rasa panas, berdebar dan kekurangan berat badan secara mendadak mungkin merupakan tanda yang anda mengidap penyakit tiroid. Jangan berlengah sekiranya ia disertai dengan haid yang sedikit atau tiada langsung.(daku bkn kekurangan berat badan tapi berat badan bertambah cuma x mendadak je huhuhu )
Gemuk:
Berlebihan lemak dalam badan boleh memberikan ketidak-seimbangan hormon kerana ia menjadi tempat simpanan hormon estrogen. Berlebihan hormon estrogen akan menyebabkan haid anda terganggu seterusnya lewat haid. Cuba kurangkan 10% dari berat anda sekarang dan kemungkinan besar kitaran haid anda kembali seperti biasa.(ye sedang berusaha la ni. tapi sila bersenam ye jgn mkn pil kurus tersebut... 10% je? nk 20%...)
Terlalu kurus:
Tidak cukup lemak dalam badan juga boleh memberikan masalah terhadapi haid anda. Ini kerap terjadi kepada mereka yang terlalu banyak senaman seperti atlit dan penari balet. Mendapatkan kembali berat badan yang sepatutnya dengan secara automatik akan mengembalikan haid anda semula. (tidak mungkin....yg sedang-sedang saja)
Tersilap kira:
Masalah ini juga kerap terjadi. Dikatakan 40% wanita gagal mengingati dengan tepat tarikh sebenar haid mereka. Asal ia dalam kitaran 21-35 hari, haid anda andalah normal. Pastikan mencatit dalam nota hari pertama haid anda setiap bulan supaya anda tidak lagi risau. (daku catit....x mungkin salah kira. ada dlm henpon nih hehe)
Menopos:
Bagi mereka yang berusia lewat 40’an, mengalami haid yang semakin sedikit dan jarang-jarang adalah salah satu tanda menopos. Sekiranya bimbang, berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan dan sedikit ujian darah boleh membuat diagnosa yang tepat. Anda juga disarankan untuk menjalani pap smear untuk memastikan yang anda tidak mengalami masalah dipangkal rahim. (xkn menopous plak cepatnya....minta dijauhkan)
Pencegah hamil:
Sekiranya anda baru-baru ini mengambil hormon pencegah hamil seperti depo-provera atau implanon, ia adalah sebab mengapa haid anda lewat datang. Alat pencegah hamil berhormon menghalang ovulasi terjadi seterusnya kedatangan haid. Jadi jangan risau! (no no no.... alat ni x perlu sekarang ni)
Hamil:
akhirnya, sebab mengapa anda lewat haid adalah kerana anda hamil!... congrats!! Ujian air kencing dengan mudah dapat memberikan pengesahan. (saya lom kawen!!!! so keluar senarai)
Selepas membuat kajian.... dengan ini sy dapat mengesan bahawa saya dijangka lambat period kerana tekanan melampau [banyak kerja + tetiba kene amik exam PTD yg daku xtau ape2 pn...pengalaman] n penggunaan ubat kurus tersebut....selepas mendapat maklumat daku cuba menenangkn diri n stop ambil ubat kurus tersebut (br amik 2 kali kot dgn kuantiti 8 biji kapsul, sekali makan 4 biji).... n Alhamdulillah... petang lepas exam PTD tu miss P hadir jua =)
nasi ayam dibelanja oleh cik irma sempena birthday pd 20.06.2011
harini minum petang free
kek dibelanja oleh kak yan yg menyambut birthday pd 02.07.2011
esok
mkn tengahari nasi ambang dibelanja oleh org yg belum diketahui identitinya
rabu
lunch date dgn group akaun sempena birthday kak zue on 24.06.2011
masa hari lahirnya haritu pn diberikn kuih2
offis ni mmg banyak makan lah, tu belum kira meeting setiap bulan confirm ad makan2, birthday every month mesti ad yg sambut n bg sedekah kat offis..x kira lah kek ke kuih ke or mknn lunch. hari2 dh la dihidangkn dengan air yg datang sendiri [pembantu am sediakn]...
mcm manelah badan kamo x naik fizah!!!!! bila nk kurus nih???
alhamdulillah semalam dh pergi PERODUA n tukar absorber tecik. berkenaan tayar tecik yg kembung tu kn, daku dh jumpa engineer kat sane. die kate ok lg tayar tecik tu. x pape bleh guna lg. daku x perlu risau sgt. lgpn tayar baru tu... dsbbkn ad kenyataan "TAYAR BARU" tu maka dia dgn sukarelanya akn suruh clerk kat PERODUA tu try cari dealer sebenar n tanya pasal tayar tecil.. hope dpt tukar tayar baru lor...
semalam abah ad appointment check-up kat HSI. tapi abh ttp x dapt masukkn scope dlm badan coz darah abah mencanak naik!!! 199/109. ape??? ish3... oleh itu appointment seterusnya pada bulan 8. ade je halangan tuk abah buat scope ni. yg haritu abah terambil sarapan. ni darah tinggi pulak. ape2 pn.. abah sekarang ad ambil ubat alternatif. Alhamdulillah abah dh semakin sihat. biarlah ubat semahal mane pn asalkn abah nk mkn ubat
semalam x kerja. dsbbkn daku xde personal internet kn so smlm x tau la ape2 cter. pg2 td bkk fb dpt tau kwn daku puan izzah dh selamat melahirkan baby perempuan mlm td @ awal pagi td x pasti lg. dulu kami kat UM belaja same batch. xde la rapat sgt. tp dh hbs blaja ni suka la tgok2 n tegur2 masing2... ajaib kn... lgpn daku sgt meminati hasil kerja mereka dlm bidang fotografi. sape2 nk usar bleh la g laman web bisnes dorg http://www.artbyfizzphotography.com/ syok cuci mata