nuffnang ads

Monday, July 18, 2011

12 SEBAB MENGAPA HAID ANDA LAMBAT

 Assalamualaikum...

Setiap manusia tidak sempurna... tiap kali kita tarik nafas mesti ada cabaran yg mendatang tanpa kita duga.... wanita...sebolehnya mahukan kehidupan yang sempurna tapi susah...seorang wanita normal mempunyai kitaran haid sekitar 22-35 hari...alhamdulillah dari daku mula datang haid umur 12 tahun dulu ia dtg tetap dlm lingkungan hari tersebut... TAPI bulan ni...daku menunggu menunggu menunggu sehingga melebihi 35 hari...daku jadi runsing serunsingnya...memikirkan kemungkinan apa yg berlaku dlm diri ini...sehingga tahap ketensenan dlm diri ini berada dlm tahap plg maksimum....

sampailah satu hari ni....daku menenangkan diri n mencari maklumat dlm internet n berjumpa 12-sebab-mengapa-haid-anda-lambat . jom baca2
  • Tekanan. Tekanan dalam bentuk fizikal dan mental boleh mempengaruhi hormon anda dan seterusnya haid kita. Bila kita dalam keadaan tertekan badan akan mengeluarkan hormon stress yang boleh menganggu ovulasi dan seterusnya memberhentikan haid kita. (yes daku mmg tertekan....dgn keje, penat kesane kemari, hal nk kawen lg...opss n tertekan sbb x period lg ler yg paling serius)
  • Masalah kesihatan: Sakit secara tiba-tiba seperti demam panas, menjalani pembedahan, atau sakit yang memerlukan rawatan intensif boleh memberikan tekanan fizikal terhadap badan dan seterusnya menganggu kedatangan haid kita. (sakit ke daku????tu yg lg menambah tekanan)
  • Ubatan: Mungkin baru baru ini anda baru mencuba jamu atau menjalani rawatan traditional atau intensif untuk menguruskan badan. Sekiranya betul, kemungkinan besar ia punca mengapa haid anda lewat. (opss....sejujurnya daku ad ambil 1 ubat kurus ni...tapi tu hanya tuk melancarkan proses pembuangan air besar daku yg terganggu kebelakangan ni je...hopefully xde kesan sampingan)
  • Berlebihan hormon prolaktin:
    Hormon prolaktin yang berlebihan menghalang pengeluaran telur dan seterusnya menyebabkan haid anda lewat berbulan-bulan lamanya. Sekiranya anda merasa seperti susu keluar dari puting payudara atau pening kepala, berjumpalah dengan doktor kerana kemungkinan besar anda mengalami masalah hyperprolatinemia. (lom bulan2 lg br 1st time ni lmbt...takottt ia berpanjangan huhu)
  • Menyusu badan:
    Sekiranya anda menyusu badan terutamanya secara eksklusif, haid anda mungkin tidak akan datang sehingga berbulan-bulan. (out of topic...currently hehe)
  • Masalah tiroid:
    Rasa panas, berdebar dan kekurangan berat badan secara mendadak mungkin merupakan tanda yang anda mengidap penyakit tiroid. Jangan berlengah sekiranya ia disertai dengan haid yang sedikit atau tiada langsung.(daku bkn kekurangan berat badan tapi berat badan bertambah cuma x mendadak je huhuhu )
  • Gemuk:
    Berlebihan lemak dalam badan boleh memberikan ketidak-seimbangan hormon kerana ia menjadi tempat simpanan hormon estrogen. Berlebihan hormon estrogen akan menyebabkan haid anda terganggu seterusnya lewat haid. Cuba kurangkan 10% dari berat anda sekarang dan kemungkinan besar kitaran haid anda kembali seperti biasa.(ye sedang berusaha la ni. tapi sila bersenam ye jgn mkn pil kurus tersebut... 10% je? nk 20%...)
  • Terlalu kurus:
    Tidak cukup lemak dalam badan juga boleh memberikan masalah terhadapi haid anda. Ini kerap terjadi kepada mereka yang terlalu banyak senaman seperti atlit dan penari balet. Mendapatkan kembali berat badan yang sepatutnya dengan secara automatik akan mengembalikan haid anda semula. (tidak mungkin....yg sedang-sedang saja)
  • Tersilap kira:
    Masalah ini juga kerap terjadi. Dikatakan 40% wanita gagal mengingati dengan tepat tarikh sebenar haid mereka. Asal ia dalam kitaran 21-35 hari, haid anda andalah normal. Pastikan mencatit dalam nota hari pertama haid anda setiap bulan supaya anda tidak lagi risau. (daku catit....x mungkin salah kira. ada dlm henpon nih hehe)
  • Menopos:
    Bagi mereka yang berusia lewat 40’an, mengalami haid yang semakin sedikit dan jarang-jarang adalah salah satu tanda menopos. Sekiranya bimbang, berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan dan sedikit ujian darah boleh membuat diagnosa yang tepat. Anda juga disarankan untuk menjalani pap smear untuk memastikan yang anda tidak mengalami masalah dipangkal rahim. (xkn menopous plak cepatnya....minta dijauhkan)
  • Pencegah hamil:
    Sekiranya anda baru-baru ini mengambil hormon pencegah hamil seperti depo-provera atau implanon, ia adalah sebab mengapa haid anda lewat datang. Alat pencegah hamil berhormon menghalang ovulasi terjadi seterusnya kedatangan haid. Jadi jangan risau! (no no no.... alat ni x perlu sekarang ni)
  • Hamil:
    akhirnya, sebab mengapa anda lewat haid adalah kerana anda hamil!... congrats!! Ujian air kencing dengan mudah dapat memberikan pengesahan. (saya lom kawen!!!! so keluar senarai)

 Selepas membuat kajian.... dengan ini sy dapat mengesan bahawa saya dijangka lambat period kerana tekanan melampau [banyak kerja + tetiba kene amik exam PTD yg daku xtau ape2 pn...pengalaman] n penggunaan ubat kurus tersebut....selepas mendapat maklumat daku cuba menenangkn diri n stop ambil ubat kurus tersebut (br amik 2 kali kot dgn kuantiti 8 biji kapsul, sekali makan 4 biji).... n Alhamdulillah... petang lepas exam PTD tu miss P hadir jua =)

jaga diri hiasi peribadi....

~SEKIAN~

4 comments:

  1. erm..... camane exam..... best x??

    ReplyDelete
  2. best la jgk....
    dh lama x wat karangan idea mencurah2 smpi 4 muka surat penuh buat haha

    ReplyDelete
  3. hahaha, mesti menggigil2 tangan tu 2 hari x abis kan..

    tu dah macam exam JPA jerk, tapi lagi sadis la, JPA 2 page jerk.. huhu

    ReplyDelete
  4. x menggigil tangan...otak je bergegar nk kene ketuk2...

    dh la exam 5 paper straight... start kul 12 dh mengantuk x hingat. asyik lending je kat meja haha

    ReplyDelete

jemput komen..