nuffnang ads

Wednesday, November 30, 2011

Antara Cinta Dan Kasih


Antara Cinta Dan Kasih

Oh...
Tiada ku menduga
Setelah sekian lama aku sendiri... menyepi
Hadirmu bak selembut bayu
Menghembus dingin di wajahku
Mengeringkan air mata
Kau belaian di jiwa

Genggaman erat tangan mu
Membuat aku terharu
Keikhlasanmu sungguh
Mengusik emosi dan perasaan
Kau jua pernah dipermainkan
Kini kau ingin aku
Membelai di jiwa

Walaupun kau bukan kekasih
Namun bukan sekadar teman biasa
Hadirmu membawa cahaya
Di hati nan terluka
Di antara cinta dan kasih
Apakah ada jurang pemisah
Hadirmu membawa cahaya
Di hati nan terluka... oh sayangku

Siapa tahu... cinta kasih dan sayang tidak dapat dipaksa atau dihalang.. terima seadanya

Friday, November 25, 2011

entry special smlm x jadi

merujuk perkara diatas:

huk2 ralatnye smlm x sempat nk bg special dedication pd mak n abah kat blog... tp xpelah. da call, da msg da jumpa, n siap da makankn kek lg...

busy weh... smpi kene bwk homework n siapkn keje kat umah. tu lah org2 akaun kn...ujung tahun mcm ni mmg byk keje sikit sbb nk pastikn xde delay transaction yg terpaksa dibawa ke tahun hadapan. kalo x x cantek la akaun syarikat... xpelah. yg panting smlm walaupun bz tp dpt berita gembira

kak ayu dh mengkonfirmkn dirinya mengandung.... hehe konon2 selasa haritu nk bg ayat bunga2 die ckp die x leh pki kebaya nnt tuk majlis bertandang daku ke rumah mertua, bila mak tanya die kata mak buat spekulasi...poodah. apepun semoga kak ayu n baby selamat...sihat n xde masalah besar yg dihadapi. n semoga kak mas n babynye pn selamat... n semoga nnt daku n kanda pn dianugerahi anak dr perkahwinan kami =)

~SEKIAN~

Thursday, November 24, 2011

harini hari ulang tahun perkahwinan mak n abah ke 42 tahun

x sempat nk menaip pg2 ni... byk keje. tp dh rancang nk tulis sesuatu kat blog harini. jumpa nnt ye =)

Monday, November 21, 2011

petua baru n lama

Salam... dh petang2 ni. n musim hujan pn dh mula so mcm2 penyakit pn nk dtg... jom la cek2 ape2 yg patut tuk elakkn penyakit datang n menghinggap =)

Menghindari Penyakit
Makan sedikit garam kemudian minum segelas air suam pada waktu pagi. Selain dapat menghindari penyakit, ia juga dapat membersihkan jantung dan paru-paru.

Mengekalkan kesihatan
Menahan nafas ketika minum air dapat mengekalkan kesihatan badan.

Memulihkan Sakit Jantung
Rebus beberapa tangkai bunga betik jantan bersama air dan sedikit gula. Minumlah air rebusan tersebut sehari dua kali pada waktu pagi dan malam.

Menghilangkan Bisa-bisa Tulang
  1. Masukan sedikit garam ke dalam air suam. Rendamkan kaki ke dalamnya selama 15 minit. Lakukan 3 kali seminggu.
  2. Rebus ayam muda dengan kacang merah sehingga mendidih. Setelah sejuk, minum air tersebut. Amalkan meminumnya selama dua minggu.
  3. Ambil satu sudu cuka makan, taungkan sedikit pada tapak tangan. Gosokkan pada bahagian yang sakit. Biarkan selama setengah jam. Kemudian bersihkan dan mandi seperti biasa.
Luka Bersalin
Bagi ibu-ibu yang baru bersalin, petua untuk menyembuhkan luka dengan cepat seperti berikut :-
  1. Rebus segenggam daun jambu batu muda sehingga mendidih. Apabila suam, gunakan air ini untuk mencuci di bahagian sulit. Lakukan dua atau tiga kali sehari hingga luka sembuh.
  2. Ikan haruan dipotong dan dicuci bersih. Rebus bersama halia, beberapa biji lada hitam dan sedikit garam. Makan bersama nasi atau dibuat sup.
  3. Rebus gamat dengan air yang banyak hingga mendidih. Sejukkan dan minum airnya atau sapukan di tempat yang luka.
  4. Campurkan biji kani, halia, akar kayu dengan air. Rebus kesemua bahan tadi sehingga mendidih. Dalam keadaan masih panas(suam), minum air rebusan tersebut. Amalkan setiap hari.
  5. Minumlah air rebusan daun pegaga setiap hari. Selain daripada direbus, daun pegaga juga boleh dibuat ulam. Makanlah bersama garam dan lada hitam yang ditumbuk halus.
Membanyakkan Air Susu Badan Selepas Bersalin
Jika anda mengalami masalah kekurangan air susu badan terutama selepas bersalin, amalkan petua ini:-
  1. Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada buah dada. Lakukan setaip hari.
  2. Rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari.
  3. Parut lobak putih dan kisar hingga halus. Campurkan dengan satu gelas air suam. Minum dua kali sehari.
  4. Rebus jantung pisang dan makan sebagai ulam dengan nasi.

Mengelakkan Kelesuan Ketika Haid
Cara untuk mengatasinya ialah :-
  • Rebus sedikit ketumbar, kunyit hidup, asam jawa dan sedikit gula merah. Biarkan mendidih.
  • Setelah sejuk, minumlah dua kali sehari.
Memerahkan Bibir
  1. Sapukan hampas halia yang telah ditumbuk pada bibir perlahan-lahan setiap hari.
  2. Ambil sedikit ubat gigi dan sapukan pada bibir setiap malam sebelum tidur.
Demam Panas
1)Ramaskan hingga keluar lendir, lima helai daun bunga raya, dua helai daun rambutan   dan sedikit daun jambu batu dengan sedikit air. Sapukan pada dahi dan rambut anak.
2)Ramas semangkuk asam jawa dengan beberapa kuntum bunga raya. Selawat sebanyak tiga kali kemudian sapukan ke kepala dan seluruh badan. Biarkan seharian.

Apabila Terkena Air Panas
Gosok perlahan-lahan bahagian yang melecur dengan air sabun mandi. Lakukan sehingga bahagian yang melecur tidak sakit lagi.

Bawang Putih Bunuh Kutu
Tumbuk tiga atau empat ulas bawang putih hingga lumat. Gaul dengan tiga sudu minyak kelapa. Lumurkan pada rambut rata-rata dan biarkan selama 15 minit. Kemudian sikat dengan penyikat kutu.

Bengkak Akibat Terjatuh
Campurkan asam jawa, garam dengan sedikit air. Sapukan ke tempat yang benjol atau bengkak. Dalam masa beberapa minit bengkak akan menjadi susut.

Batuk
Batuk akan menyebabkan rasa sakit di perut dan gatal-gatal di kerongkong. Cubalah mengikut petua ini:
  1. Ambil sedikit kerak nasi dan rendamkan dalam air suam. Apabila kerak nasi kembang, minum airnya. Amalkan setiap pagi.
  2. Rebus beberapa biji buah pisang masak. Setelah lembik campurkan santan secukupnya serta sedikit garam dan perasa vanila. Setelah 20 minit, makanlah makanan tadi dengan mencampurkan sedikit gula. Selain anda mendapat kenikmatan suara anda semakin pulih.
  3. Tumbuk segenggam daun pegaga, hingga lumat dan tapis untuk mendapatkan airnya yang pekat. Campurkan dengan gula dan embunkan selama satu malam. Minum dua kali seminggu.
  4. Campurkan dua sudu teh madu lebah (pastikan ianya asli) dengan air suam. Kacau sehingga sebati. Kemudian minum tiga kali sehari.
Sakit Angin
Jika anda terkena senak perut dan selalu sendawa angin minumlah air rebusan ini :-
  1. Rebus empat atau lima tangkai cili kering (tangkainya sahaja), dua ulas bawang putih bersama tiga cawan air. Campurkan sedikit halia bersama rebusan tersebut. Minumlah beberapa kali.
  2. Amalkan meminum air rebusan daun mengkudu dan halia.
Memulihkan Tenaga Lelaki
  1. Kisar satu batang lobak merah, ibu kunyit sebesar jari dan setengah gelas air. Tapis dan campurkan dengan kuning telur ayam kampung. Setelah itu campurkan pula gula batu dan satu sudu makan madu. Minum tiga kali seminggu.
  2. Makan sebiji telur ayam kampung dengan madu setiap hari. Kemudian diikuti dengan meminum akar kayu.
Mengubati Sakit Mulut
Anak anda mengalami sakit mulut. Rawatilah dengan cara berikut.
  • Masak santan dari sebiji kelapa dengan satu cawan air.
  • Bila hampir menjadi minyak, masukkan dua atau tiga tangkai daun pucuk manis sehingga warnanya putih.
  • Angkat dan sejukkan. Sapukan dalam mulut anak anda.
Bibir atau Lidah Pecah Akibat Tergigit
  1. Sapukan getah pokok sena yang berwarna merah ke tempat yang pecah. Dalam masa dua hari, luka akan sembuh.
  2. Sapukan garam atau marjerin cair pada tempat yang sakit. Rasanya agak pedih sedikit.
Cairkan Lendir di Tekak
Makan anggur tiga kali seminggu untuk mencairkan lendir di tekak.

Daun Pucuk manis Ubat Pitam
Ramas sedikit pucuk manis dengan air. Embunkan semalaman. Pada keesokkan paginya, lumurkan di kepala. Lakukan beberapa kali.

Daun Sirih Ubat Kembung Perut
Kebiasaannya bayi berusia enam bulan ke atas mengalami kembung perut, cara yang paling mudah mengubatinya ialah : Layurkan dua helai daun sirih. Setelah itu barutkan pada perut bayi.

Penawar Sakit Kepala
  1. Jika anda sering diserang sakit kepala, selain makan ubat amalkan petua ini :
    • Ramas beberapa helai daun sirih di dalam mangkuk yang berisi air.
    • Kemudian basahkan kepala dengan air dan daun sirih tersebut sambil memicit-micit kepala selama 15 minit.
  2. Tumbuk enam helai daun sawi hingga lumat. Campurkan dengan sedikit garam, lumurkan serta gosokkan perlahan-lahan pada dahi dan pelipis.
  3. Ramas asam jawa sebesar telur ayam dengan secawan santan lalu tapis. Kemudian basahkan kepala dengan air suam lalu bungkus. Biarkan seketika dan kering di kepala, barulah basuh bersih. Rasa sakit akan berkurangan dan rambut jadi lembut.
  4. Tumbuk dua atau tiga helai daun setawar hingga lumat. Kemudian tempekkan di kepala dan balutkan. Biarkan semalaman.
  5. Rebus beberapa biji kulit manggis dengan tiga gelas air. Biarkan sehingga airnya tinggal satu gelas sahaja. Tapis dan buangkan hampasnya. Berkumur setiap hari tapi jangan sampai terminum pula airnya.
Menambahkan Darah
Cara-cara untuk menambahkan darah (yang hilang) dalam badan anda ialah :
  1. Bersihkan dan tumbuk akar bayam duri. Campurkan air dan perah serta tapis. Kemudian campurkan lagi dengan kuning telur, madu dan segelas santan. Masukkan sedikit garam kemudian kacau. Amalkan meminumnya setiap pagi sebelum makan selama 10 hari berturut-turut. Sekiranya anda sering buang air atau sakit perut, hentikan dahulu dan ulangi meminumnya sehingga sakit perut hilang.
  2. Amalkan memakan sayur bayam merah yang direbus.
Mengurangkan Tekanan
Ubat untuk anda mengurangkan tekanan ialah dengan mengambil air kelapa muda. Campurkan dengan air perahan limau nipis. Minum dengan satu nafas sahaja.

Memulihkan Rasa Gatal di Kemaluan
Rebus beberapa helai daun sirih dan daun inai. Biarkan sehingga mendidih dan warna air berubah menjadi kekuningan. Tunggu hingga suam kemudian gunakan untuk membasuh kemaluan setiap kali anda kencing atau rasa kurang selesa.
Penawar Batu Karang
Didihkan sebatang pokok matahari bersama akarnya. Biarkan sehingga airnya tinggal kira-kira satu gelas. Setelah sejuk, tapis dan minum seperti air teh dan ulangi sehingga beberapa hari.

Anak-anak Demam Berlarutan
Ramaskan beberapa helai daun pucuk bunga raya dan bawang. Lumurkan keseluruh kepala terutama ubun-ubun kepala. Ulangi beberapa kali.

Elak Keracunan Udang atau Ketam
Sebelum memasak, rebus dahulu udang/ketam dengan sedikit arang kayu. Biarkan selama lima minit. Kemudian masaklah mengikut kesukaan anda.

Mententeramkan Jiwa
Cara untuk mententeramkan jiwa ialah dengan membaca al-Quran sekurang-kurangnya sekali sehari pada waktu malam atau pagi.

Gusi Berdarah
Terdapat dua cara di sini untuk merawati gusi berdarah :
  1. Ambil segelas air suam. Campur dengan setengah sudu teh garam. Kemudian berkumur. Lakukan setiap kali bangun tidur selama tiga hari berturut-turut. Insya-Allah gusi tidak berdarah lagi.
  2. Rebus dua helai daun bacang dan daun inai dalam periuk. Apabila mengelegak, campurkan sedikit asam gelugur dan garam. Biarkan seketika. Apabila suam berkumurlah. Amalkan setiap pagi dan malam
Bibir Pecah Akibat Kepanasan
Campurkan segelas air kelapa muda dan sebiji telur ayam kampung. Kacau sehingga rata. Selepas itu, minumlah ketika cuaca panas.

Hentikan Muntah
Muntah biasanya terjadi akibat salah makan. Ini akan menyebabkan badan penat dan terasa sakit. Langkah yang sebaik-baiknya ialah mengambil buah pelaga yang ditumbuk halus dan dicampurkan dengan air panas. Berikan kepada yang sedang muntah untuk diminum.

Hilangkan Rasa Pijar
  1. Jangan basuh bahagian yang pijar. Sapukan dengan minyak kelapa. Biarkan seketika. Pijar pasti hilang.
  2. Ambil seuncang daun teh yang belum digunakan dan rendamkan di dalam air batu buat seketika. Kemudian tekapkan pada bahagian yang terasa pijar. Rendamkan berulangkali agar uncang teh itu terasa sejuk.
Jadam Legakan Bengkak
Campurkan sedikit jadam sebesar ibu jari kaki ke dalam air perahan sebiji limau nipis. Panaskan sehingga jadam itu cair. Kemudian sapukan pada bahagian bengkak dan balut dengan daun pisang atau kertas plastik. Biarkan semalaman.

Tersusuk Duri
  1. Sapukan getah betik ke tempat yang tertusuk duri tersebut. Insya-Allah pada pagi esoknya sakit akan sembuh dan duri akan keluar dengan sendirinya.
  2. Celupkan sebiji bawang merah ke dalam sedikit minyak masak. Kemudian bakar hingga hangus. Tampalkan di tempat yang kena duri tersebut.
Ruam
Bayi yang baru lahir biasanya mudah diserang ruam panas. Untuk menyembuhkan ruam panas ini, gunakan kanji nasi . Caranya ialah :-
  1. Masak nasi hingga menjadi bubur. Kemudian ambil sedikit dan letakkan ke dalam kain jarang. Ikat dan picit hingga keluar kanjinya. Air kanji ini akan disapukan pada ruam panas.
  2. Tumbuk ragi yang sederhana besar. Selepas itu diayak. Kemudian campurkan dengan bedak. Sapukan pada kulit bayi.
  3. Satukan sedikit tepung ubi atau sagu ubi hingga sebati.Sapukan pada kulit yang dipenuhi ruam. Ulangi beberapa kali sehingga ruam itu sembuh.
Penawar Bisul
  1. Ambil sedikit kapur makan dan sapukan di tempat yang ditumbuhi bisul. Lakukan selalu, Insya-Allah ia akan hilang dan sembuh
  2. Tumbuk bawang putih hingga hancur.Sapukan bawang putih ditempat yang kena bisul dan balutkan supaya bawang putih tidak jatuh. Lakukan beberapa kali hingga bisul itu hilang.
  3. Tumbuk beberapa tangkai pucuk daun semalu hingga lumat.Tampalkan pada keliling bisul. Biarkan sehingga ia kering. Amalkan selalu sehingga bisul itu sembuh.
  4. Rendam segenggam beras dan beberapa ketul kunyit hidup dengan air sejuk. Kemudian tumbuk hingga hancur. Letakkan pada bisul sehingga ia kering.
  5. Asah kulit buah delima yang basah. Campurkan dengan daun lidah buaya. Sapukan pada permukaan bisul.
Mencantikkan Kulit Bayi
Campurkan tiga suku tepung kanji dengan air suam. Kacau kemudian mandikan bayi. terus lapkan badan bayi tanpa bilasan air lain.

Ketuat
  1. Ambil abu ubat nyamuk. Bancuhkan dengan air. sapukan pada ketuat setiap hari. Dalam beberapa hari ketuat akan hilang. Insya-Allah.
  2. Sapukan sedikit kapur masak pada bahagian yang ditumbuhi ketuat. Biarkan ia kering beberapa minit sehingga ketuat itu tanggal dengan sendirinya tanpa rasa sakit, pedih, juga tidak meninggalkan parut yang hodoh.
Menghilangkan Rasa Lenguh dan Letih
  1. Buah anggur basah jika dimakan selalu dapat menghilangkan rasa lenguh dan letih.
  2. Gosokkan dua daun sirih yang agak muda pada tapak tangan hingga mengeluarkan air. Sapukan pada bahagian yang lenguh. Lakukan sekerap yang mungkin sehingga hilang lenguh-lenguh tersebut.
Mengubat Kaki Terseliuh
Tumbuk kunyit dan panaskan bersama minyak. Sapukan pada tempat yang sakit. Kemudian balutkan dengan daun tembaga suasa.

Kurangkan Bercakap
Banyak bercakap boleh menyebabkan didatangi penyakit.

Kurangkan Panas Badan Anak
Campurkan dua ulas bawang jantan dengan satu sudu cuka. Jaramkan di kepala anak anda.

Kurangkan Penyakit Darah Tinggi
  1. Ramas asam jawa dengan segelas air panas. Kemudian campurkan satu sudu gula merah ke dalam air asam jawa. Minum dan bawa berehat.
  2. Tumbuk secekak daun bunga raya hingga lumat. Bancuh dengan segelas air. tapis dan minum setiap hari.
  3. Campurkan isi kelapa muda dengan air limau nipis. Minum dua kali sehari. Amalkan selalu.
  4. Amalkan memakan belimbing besi setiap hari.
Mabuk Kenderaan
  1. Minum tiga sudu besar madu lebah asli yang dicampurkan dengan sedikit garam sebelum memulakan perjalanan.
  2. Kupas ubi keledek yang berwarna kuning. Makan mentah-mentah apabila terasa loya semasa dalam perjalanan.
Mandul
Cubalah untuk mengatasi kemandulan dengan berusaha makan taugeh mentah dan rojak nanas seminggu sekali. Lakukan sehingga sekitar lima bulan.

Keputihan
  1. Makan sekuntum bunga siantan (menjarum) bersama dengan daun sirih. Sebagai ulam pula, makanlah kuntum bunga inai putih. Amalkan setiap hari.
  2. Rendamkan lima tangkai bunga cempaka dalam air panas. Tutup dan biarkan semalaman. Minum airnya setiap hari di waktu pagi dan petang. Bunga itu boleh direndamkan berulang-ulang hingga rasa pahitnya hilang.
  3. Rebus secekak daun pegaga dengan akarnya sekali.Campurkan sedikit garam. Minum dua kali sehari sehingga sembuh.

Friday, November 18, 2011

rahsia HP

Actually daku dh tau bende alah ni beberapa mgu lepas melalui post sorg kwn kat FB. daku pn check daku pnye n repost blik kat FB.... Alhamdulillah HP daku beli n bertahan smpi skarang kerana rahsianya... mmg daku beli kat kedai n mntk yg betul2 original. xmau yg china pnye. tp kdg2 tersesat jugak beli yg x ori huhu...


spt sedia maklum mgu ni daku guna hp lame kn... bertukar hp kejap. mlm td terfikir pasal hp nokia 6030 mmg ori ke x ek. n daku mmg igt mcm mane nk tentukan...cme yg x igtnya makna disebalik kod yg kuar kat hp... cari pnye cari kat FB yg daku post tu xde dh...huhu..


tbe2 jap td nmpk sorg rakan FB repost pasal ni...daku trus decide tuk letak kat blog. yela kat sini sng nk cari kalo kt perlukn 1 hari nnt kn...jom check ramai2

Untuk mengetahui status... keaslian buatan telefon bimbit anda
► sila taip *#06#
► akan keluar IMEI [International Mobile Equipment Identity]
► semak nombor IMEI telefon anda di kedudukan 7 dan 8
... Contoh : 358671017470473
... Kedudukan ke 7 dan 8 ialah 01

02 atau 20 : dari China = KUALITI RENDAH
08 atau 80: dari Germany = KUALITI SEDERHANA
01 atau 10: dari Finland = TERBAIK
00 atau 03 atau 04: dari kilang asal = SANGAT TERBAIK
13 : dari Azerbaijan = SANGAT KURANG KUALITI & MERBAHAYA


~SEKIAN~

Thursday, November 17, 2011

43 Pantang Larang Bakal Pengantin

Dlm kehangatan demam bola sukan sea ni meh same2 kita hangatkn semangat nak berumahtangga plak. hehehe 

petua2 sblm hari jadi pengantin. sumber dari http://bakalpengantin.com/
  1. Jangan makan nasi dengan gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin bagi mengelakkan perut buncit.
  2. Elakkan makan ulam yang berbau busuk seperti petai dan jering.
  3. Elakkan minum air berkarbonat kerana ia mempunyai gula dan gas yang tinggi dan boleh menyebabkan kencing manis.
  4. Kurangkan makan makanan yang manis kerana jika terkena kencing manis, lelaki tersebut menghadapi masalah berat ketika bersama.
  5. Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah adat)
  6. Elakkan terlalu banyak makan makanan laut kerana ia mengandungi banyak toksid.
  7. Amalkan makan telur ayam kampung 2 kali seminggu yang dicampur madu dan lada hitam yang ditumbuk untuk menambah tenaga.
  8. Bagi mereka yang banyak angin, minum air halia utk membuang angin.
  9. Elakkan minum air soya kerana ia sejuk dan tidak elok untuk alat kelamin.
  10. Elakkan minum minuman keras dan merokok.
  11. Amalkan makan jamu supaya malam pengantin tidak mengecewakan.
  12. Jangan makan sebebas-bebasnya kerana ketika ini sistem dalaman tidak stabilJ.
  13. Elakkan makan dan minum seperti sayur bersifat sejuk seperti kangkung, bayam, timun, jambu batu dan air kelapa agar muka nampak segar.
  14. Jangan makan kepala ayam nanti mengantuk masa bersanding.
  15. Jangan makan bersulam air kerana dikhuatiri menyebabkan perut menjadi buncit.
  16. Jangan bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelak diri dari perkara sihir.
  17. Dilarang memandang cermin ketika disolek oleh juruandam kerana dikhuatiri hilang seri.
  18. Dilarang membuang alis kerana perbuatan tersebut akan menghilangkan seri wajah buat pengantin lelaki.
  19. Elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak berseri pada hari perkahwinan.
  20. Jangan bercelak atau berlangir serta memotong rambut seminggu sebelum ijabkabul.
  21. Jangan cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka.
  22. Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul untuk mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan untuk mengawal nafsu dan menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yang timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.
  23. Elakkan keluar rumah tanpa tujuan kerana angan-angan yang tinggi menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada di luar.
  24. Jangan bebas keluar ke mana-mana kerana takut di santau oleh mereka yang mempunyai niat yang tidak baik.
  25. Jangan tidur di rumah orang kerana takut terkena ilmu yang tidak baik. Ia juga untuk menjaga nama baik keluarga.
  26. Jangan terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri).
  27. Jangan berembun atau keluar malam bagi mengelakkan unsur jahat.
  28. Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi.
  29. Jangan membuang air kecil dan air besar serentak di dalam air contohnya dalam sungai atau kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks.
  30. Kaum lelaki elakkan memakai seluar dalam yg ketat pada waktu malam dan tidur meniarap kerana tidak bagus untuk organ seks kerana darah tidak mengalir.
  31. Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin mempunyai tenaga.
  32. Jangan memuaskan nafsu dengan cara sendiri.
  33. Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan jam sehari.
  34. Banyakkan baca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa mengingati Allah.
  35. Belajar ilmu rumahtangga daripada orang yang berpengalaman dan sudah berkahwin tentang rahsia memikat isteri supaya rumahtangga aman dan damai.
  36. Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh pengantin kerana tidak manis.
  37. Bilik lelaki atau wanita jangan dikosongkan. Mesti ada orang atau ahli keluarga terdekat tidur di dalam bagi mengelak dari dikhianati orang lain.
  38. Selepas nikah mesti ada peneman tidur sebelum bersama. Ia bertujuan untuk menghangatkan lagi kemesraan.
  39. Jika telah nikah gantung tidak boleh bersama.
  40. Jangan buat kerja yang berat. Bila pengantin membuat kerja berat, dia akan berasa penat dan mudah mengalami gangguan emosi.
  41. Jaga pertuturan agar tidak menimbulkan rasa sakit hati.
  42. Kedua pengantin dilarang bercakap ketika bersanding kerana kurang manis dipandang tetamu.
  43. Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui oleh orang lain bagi mengelakkan hujan turun ketika majlis berlangsung.
Percaya atau tidak terpulanglah kepada anda. Namun setiap pantang larang orang dulu-dulu pastinya ada hikmah dan kebenarannya.

Monday, November 14, 2011

nokia 6030

ni la my 1st hp yg daku beli sekitar tahun 2007... mase tu tahun 2 blaja kat UM... best wo tipon ni... hp yg plg lama bertahan dgnku. simple x senang dikendalikn. hp ni la yg jadi saksi pd percintaan daku n bakal suamiku (cheh)... saksi sumpah setia janji kami n juga saksi kepada air mata n ketawa x lupa juga pernah jadi mangsa hentaman ke lantai (sekali je... kalo hempas ke katil banyak kali lah hehe).. daku sayang hp ni. setia dlm simpanan. sekejapan awal tahun ni anak sedara (haziq) guna hp ni... tp sejak die da beli hp baru (mak die belikn) so daku ambil semula hp ni... yela daku kan skang da guna 2 hp... mls wo nk pegang banyak2. lg 1 dlm hp ni balyak memori.... birthday kwn2 n ahli keluarga, anniversary.... n mcm2 lg. dulu mmg x penah miss wish birthday... skang ni da kurg sbb terlupe...xde peringatan huhu
tp harini daku amik semula hp ni.. semuanya angkara anak sedara (shuhada) yg x sudah2 memujuk nk pnjm hpku yg kuguna skarang nk bwk g rombongan sekolah g KL. hp tu amik gamba mmg cantik. ala hp nokia je pn... tp mmg cantik gambr yg diambil guna hp tu. contoh:

xyah guna dslr...da terserlah jerawat dipipi hahaha

kla n recap balik guna hp cokia ni. da lame x guna mcm kekok plak

~SEKIAN~

Friday, November 11, 2011

11.11.11

ramai yg update cter pasal harini
 11.11.11

sebab harini

11.11.11

sy pun nk jgk

11.11.11

harini
11.11.11

~SEKIAN~

Thursday, November 10, 2011

menu diet itu

harini lunch menu yg sama. cuma tukar smlm kacang buncis, harini kacang panjang + kentang dlm sayur . sosej plak digoreng berasingan.......

semalam mkn menu ni mcm xde perasaan je. yelah 1st day biaselah hati meronta2 nk mcm2. tp harini dh bleh makan dgn berselera....sedap uollllsss.. jgn jelas

4 keping roti gandum penuh berintikn margerin n kaya still bertahan.
mkn waktu drive g keje, da smpi parking, kul 12 n waktu minum petang..

 hasilnya: 2nd day MAKAN2 HAPPY!!!!
~SEKIAN~

Wednesday, November 9, 2011

menu org diet

 DIET KERRR

sayur kacang buncis, lobak merah, tomato n sosej ayam
 (without nasi)

sila lempang budak nih laju2.
UWEKSSS
sekali je diet. banyak kali melantak
 huhuhu

~SEKIAN~

Sunday, November 6, 2011

koleksi gamba ketupat

salam aidiladha....

sempena raya korban ni mst ramai yg upload gamba lembu korban kn... tp daku ni xde laksanakn korban pn... (insyaAllah tahun depan) so meh tgok koleksi ketupat2 yg ade kat umah ni hehe

ni ketupat mini.... 1 1 nya ketupat yg daku buat raya korban kali ni.  

 see the kecikness of the ketupat compared to other ketupat??? hehe

 ni ketupat yg da siap masak...

memasak ketupat memerlukn masa sekurg2nya 4 jam ye kwn2. jgn lupe tgok sekali sekala tuk pastukn air x kering ye
 ni ketupat tanpa effect flash kamera
lg real kn

 ni plak ketupat raya aidilfitri lepas... buat banyakkkk sangat. tp best sbb buat ramai2

sesi pengajaran n pembelajaran
farah darjah 4 tapi dh ade semangat tuk wat ketupat. dh terror pandai

~SEKIAN~

Wednesday, November 2, 2011

special dedication to: puan masz & aisha

 assalamualaikum...

tengahari td bkk blog my sis, sekali tgok ade gamba i la... la sempena wordless wednesday yg glemer tu hehe tqpuan masz... windu i ker huhu

so i nk kasi post ni kat die. x tau la die penah tgok x gamba2 yg ade kat sini

she is so sad coz her doughter has to bes sent to new kindergarten coz previous baby sitter already pindah to her home town back... hahaha ingeris die mcm haremmmm

jom layan AiSHa in action:

 ni kat mane ah. ntah x ingat da...lame
aisha pn da bucat skang

 ni kat naili's Sentul
mkn2 kat pondok

 semestinya ade aisha n daku lah kn

 yo....
special dedication to puan masz...
gamba ni mase daku ngah siap2 nk blik johor pas abis blaja. sorry la gamba ni senget, xdan nk tegakkn huhu

~SEKIAN~

Tuesday, November 1, 2011

roti seasons...

Assalamualaikum...

pg td daku dh melantak wantan sup. beli kau BBU...ramai yg pelik ade org jual mee wantan pg2 tp daku iakn je lah sbb mmg ade jual pn. kedai tu glemer jgk. td pg daku survey2 mknn kat sane mcm menyelerakan je. bleh la singgah kalo ad free time bleh la singgah.

ad plak kak ofis daku buat spageti kuah ikan tongkol mmg sodap tau.... banyak jgk daku makan tp x puas.nk je amik habiskn semuanya. hehe nk mntk resipe lah hope dia x lokek ilmu

alamak dh bebel byk2 br perasan tajuk daku pasal roti seasons la bkn pasal sarapan hehe. hurm dlm lepas raya haritu kedai roti seasons mula melancarkn misi menaikkn harga roti2 keluaran mereka. pesaing terdekat iaitu lavender pn menaikkn harga jgk... daku mulanya x la kisah sgt sbb bkn slalu pn mkn roti..takut part badan yg itu menaik lg hehe...

tp memandangkn pg td dh mkn byk so ptg ni niat nk mkn yg ringan2 je. so daku pilih tuk beli tart telur seasons...dulu harganya RM1.60 dan kini sudah RM1.90. layan je lah nk makan kn.... tp sesudah menghabiskn sekeping tart tu daku rasa x puas hati, x puas tekak. mcm dh kureng rasanya skarang...huk3

x kisah la nk naikkn harga. tp kualiti kene jaga ye kepada semua peniaga. ikut contoh 1 gerai sarapan kat uda..stall die kecik je kat tengah2 rumah org. daku dulu rajin singgah sane mase jln kaki g tpt keje lame. haritu singgah. n ternyata harga mknn masih sama. lontong kering bersama ayam rendang yg sgt besar masih harga rm3.50 n kuih yg tembam2 tu masih rm1.00 4 ketul tau...mane nk dpt kat tempat lain....

~SEKIAN~

gamba tart telur xde. dh siap habis dlm poghut
kalo tau rasa x sedap td amik gamba dulu huhu