ni gambar sebulan lepas... suami tengah terketar2 lutut time ni diwaktu nk melafazkan. Alhamdulillah dengan sekali lafaz yang yakin dan kini Azlan Shah sudah bergelar suami kepada Siti Norhafizah.
14.04.2012
waktu zohor tiba-tiba bumi Allah ditimpa hujan... sungguh lebat seperti merahmati hari pernikahan kami. sehingga masuk ke waktu asar masih hujan turun mencurah2. mak andam tiba kul 3 lebih n terus make-upkan daku. dlm hati daku sgt berdebar2 kerana hujan turun seolah tiada hentinya. tapi daku sentiasa berlagak cool.... mensyukuri nikmat Allah dan berdoa majlis dipermudahkan olehNya. Alhamdulillah selepas asar hujan mula turun renyai.
rombongan lelaki tiba lebih kurang kul 5pm. daku dah mula berdebar2. segala apa yg berlaku diluar daku x tahu. daku hanya duduk dalam bilik sehingga abah datang untuk membawa daku keluar. daku ambil tangan abah, cium n genggam tangan abah meminta semangat dan abah memimpin daku bawak keluar dari bilik dan seterusnya duduk disebelah bakal suamiku... daku dapat lihat dia tersenyum, tapi badan dia mcm keras je...huhu gementar la tu kn. acara dimulakan...daku diminta baca 2 kalimah syahadah, Al-Fatihah, Selawat & beristighfar...begitu juga abah dan bakal suamiku. lepas tu imam nikah pn memulakan bacaan khutbah. usai sudah baccan khutbah adlah sesuatu yang ditunggu2... lafaz akad nikah. Alhamdulillah kini daku sudah bergelar isteri. banyak tanggungjawab yg tergalas dibahu daku. suami melafazkan taklik dan sesi serahan tanggungjawab. daku ingat lg time kak ayu nikah 2 tahun lepas...daku yg beria menangis sewaktu melafazkan ayat pertama lg untuk penyerahan tanggungjawab mak kepada anak. tapi semasa majlis perkahwinan daku, daku mmg menguatkan diri sendiri....daku mmg xmau menangis pada hari itu, suami dah pesan banyak kali sebelum majlis...syg jgn nangis ye.... Alhamdulillah daku berjaya menguatkan hati ini, xmau dilanda kesayuan. lgpn yg bantu mak melafazkan serahan tanggungjawab adlh imam nikah tersebut, so mgkn daku lebih dengar suara dia dr suara mak... huhu apela daku ni kn. tapi daku nk semuanya tersenyum masa majlis daku... =)
mengAminkan doa selepas selelai akad
Lafaz Taklik
Penerimaan
Aku serahkan...Aku terimanya
Sob3
Mas Kahwin-RM87.00
(Wang Hantaran RM8700.00)
Hadiah-Gelang Tangan
Hadiah-Rantai Leher
Hadiah-Jam Tangan
InsyaAllah daku akan buat yang terbaik untuk rumah tangga kami
~SEKIAN~
selamat pengantin baru dan berbahagia hingga kehujung nyawa n dapat anak2 yang comel...
ReplyDeleteterima kasih mummycute =)
Delete