nuffnang ads

Monday, December 10, 2012

Tengok Anak, Scan 4D

Assalamualaikum..

Sabtu lepas telah selamat diadakan kenduri doa selamat, untuk daku dan seluruh ahli keluarga. Semoga daku selamat melahirkan anak (grrrrrr). kami buat kenduri doa selamat orang perempuan. dah lama tak buat kenduri perempuan, last pn masa kak ayu nak kahwin dulu....so daku yang request kat mak tuk buat kenduri perempuan.

Alhamdulillah semua anak-anak mak sempat berkumpul....kecuali kak ija yg  berada kat KL nun.... kami berwasap2 je la....

Hari ahad daku ajak husband, nk g tgok anak, die pn excited jugak kn, yelah dah lama x tgok anak...last masa 28 mgu dlu pn x puas tgok. So mgu lepas daku ade survey2 la kn klinik mane yang menyediakan perkhidmatan scan 4D. teringin jugak kan.... so yg paling dekat adalah kat Poliklinik Yuslina, Taman Cendana, Pasir Gudang. Walaupun sebenarnya daku sedia maklum yang scan 4D ni paling sesuai dilakukan semasa kandungan berusia 6 - 7 bulan (baru tau 3 mgu lepas). Daku da 8 bulan lebih.... kalau nak buat boleh tapi 50-50 la kan samada boleh tgok ke x.

Sampai kat Poliklinik Yuslina, xde org. Masuk daftar...... n dimaklumkan bahawa scan 4D terpaksa direhatkan kerana doktor yang buat scan 4D tu cuti bersalin....n hanya dia saja yang boleh buat scan 4D tu n dialah pemilik klinik tu...huhu daku nampak sikit kekecewaan dalam diri hubby. Tp daku redha...scan biase pn xpe. yg penting daku nk tgok anak kami...rindu sangat da ni (sila baca dalam nada sedih huhu). So daku pn menjalani scan biasa je lah 2D pnye.

X lama menunggu nama daku dipanggil masuk...doktor suruh baring kat katil n mulakan sesi scan... Ya Allah terharu daku dapat tgok anak kami. da besar da dia. patut la ibu mcm x cukup nafas.... doktor bg penerangan yg ni yg tu... n daku pn mntk khidmat nasihat yg lebih sikit dgn doktor ni. byk jgk yg hubby tnye2.... TAPI.... kami x dapat tgok muka anak sbb doktor kata kepalanya da mula masuk bawah. daku yg sengal ni pn tnye, "bawah mane doktor???" huhuhu mmg daku x tau kot.

Alhamdulillah terlerai rindu kat anak. yang penting daku tau dia sihat kat dalam. lg sebulan je lg InsyaAllah dia akan menjengah dunia. Start harini daku akan tinggal kat rumah kak long kat plentong seperti permintaan sang suami.... risau betul dia kalau daku dok kat senai. yelah kat plentong ni dekat sikit daku nk berulang alik ke tempat kerja, hospital n klinik pn dekat. yg penting katenye kak long ade 24 jam kat rumah...

~SEKIAN~

4 comments:

  1. Nak tengok gak baby.. cer share kat wassap.. hehe

    ReplyDelete
  2. hah!? baby dah masuk bawah mana plak tu, bawah meja ker?..... huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. masuk bawah meja mmg setiap hari isnin - jumaat... hehehe

      Delete

jemput komen..