nuffnang ads

Saturday, June 8, 2013

apam pisang kukus simple mudah nak buat


Assalamualaikum
Untuk minum petang harini daku sediakan apam pisang kukus. Kat umah ade setandan pisang masak. Alamak pisang ape ek namenye x pasti (x tahu) plak. Sgt simple xde guna telur pun.
Bahan:
2 cawan pisang (dilenyek)
1/2 cawan gula
1 sudu besar soda bikarbonat
2 cawan tepung gandum (diayak)
Secubit garam
Cara membuat:
Gaulkan pisang lenyek, gula, garam dan soda bikarbonat hingga gula larut. Masukkan tepung gandum ke dalam adunan dan gaul sebati. Simpan adunan selama 1 jam (atau lebih). Selepas 1 jam masukkan adunan ke dalam acuan yang telah disapukan sedikit minyak. Kukus selama 25 minit. Siap dihidangkan.
Tips:
lenyek pisang dahulu kemudian sukat 2 cawan pisang yang telah dilenyek.
Gaul pisang dan gula hingga keluarkan buih.
Panaskan kukusan sebelum mengukus kuih terlebih dahulu.
Resipi dari internet.

Published with Blogger-droid v2.0.9

2 comments:

  1. kalu rajin nak buat mudah la..... kalu malas, nak masak megi pon rasa susah..... haha

    ReplyDelete

jemput komen..