nuffnang ads

Thursday, July 25, 2013

Resepi: Kek Lapis Asam Kukus

Assalamualaikum....
Kek Lapis Asam / Kek Lapis Masam Manis / Sweet Sour Layer Cake

Hujung minggu lepas try buat kek lapis asam ni mmg jadi kegemaran lepas kak ayu sponsor kek lapis asam ni masa majlis tunang daku 2 tahun lepas. Tp yg ni version daku sndri. Selalu nmpk yg lapis nipis2 kn tp daku cari resepi n olah sendiri. Lapis die pulak buat tebal sikit so nampak la colour die kn mengancam hihihi...

Bahan-bahan:
5 biji Telur gred A
200 gm Gula Ising
220 gm Tepung Gandum
1 sk Baking Powder
1 sb Ovallete
150 ml Susu Cair
1/2 sk Garam
1 sk Esen Vanila
100 ml Minyak Masak
Hawflakes secukupnya
Pewarna Merah, Kuning, Hijau

Cara-Cara Membuat:
  1. Ayak tepung gandum bersama baking powder. Asingkan
  2. Putarkan telur bersama gula di dalam pengadun sehingga kembang (adunan menjadi kuning cair/putih)
  3. Masukkan esen vanila, garam dan ovallete. Masukkan tepung gandum berselang seli dengan susu cair. Setelah adunan sebati hentikan pengadun.
  4. Masukkan minyak masak dengan kaedah balik kaup.
  5. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan letakkan pewarna untuk setiap satu bahagian.
  6. Tuang setengah dari adunan pertama ke dalam loyang yang telah disapukan dengan minyak masak, susun hawflakes diatas adunan dan kukus selama 5-7 minit.
  7. Masukkan setengah adunan pewarna lain, susun hawflakes dan kukus semula selama 5 minit. Ulang sehingga adunan habis. Setelah memasukkan lapisan terakhir, kukus sehingga 20 minit.
  8. Matikan kukusan, sejukkan kek dan sedia dihidang.
Nota:
  • Panaskan kukusan sebelum memasukkan adunan kek.
  • jumlah pewarna dan hawflakes yang hendak diguna terpulang kepada pembuat. Kalau nak lebih berwarna-warni dan rajin boleh guna banyak pewarna.

Monday, July 22, 2013

Isteri: Mencari Redha Suami, Mengharap Lembayung Syurga Ilahi


Sekali suami minum air yang di sediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun.

Makanan yang di sediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik isteri itu mengerjakan haji dan umrah.

Mandi junub si isteri di sebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin.

Apabila isteri hamil ia dicatatkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suami sebagai jihad.

Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (dzikir).

Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya.

Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, niscaya ia dimasukan kedalam syurga". ( Hadis Riwayat Tarmizi).

Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembayang yang difardhukan di atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka.

Subhanallah...!!

wanita

Sesetengah lelaki berkata :

Wanita itu terlalu minta dimanja.
Wanita itu terlalu minta diperhatikan.
Wanita itu terlalu banyak pintanya.

Kalaulah mereka tahu, tanggapan itu tidaklah selalunya betul. 

Kerana sesungguhnya...

Masih banyak wanita masih mampu berdiri dengan sendiri.
Meski terkadang sering dikecewakan.

Masih banyak lagi wanita yang masih mampu berdiam.
Meskipun terkadang hati tak tertahan pedihnya.

Masih banyak wanita masih mampu setia.
Meski terkadang pernah diduakan.

Ketika lelaki berusaha pergi dan menghindar.
Wanita masih lagi mampu untuk bertahan.

Ketika lelaki datang kembali kedua kalinya.
Wanita masih mampu menerima dengan kedua tangan.

Meski Wanita terkadang dilihat seperti menyusahkan.
Tetapi sesungguhnya jauh dilubuk hatinya yang paling dalam.

Wanita masih mampu berdoa dalam setiap sujudnya.

Berdoa dan berharap untuk yang terbaik bagi lelaki yang disayanginya.

Dan itulah sebenarnya yang ada dalam hati setiap wanita..

Saturday, July 20, 2013

online job : Assign Jobs progress



Assalamualaikum

selepas 24 jam Alhamdulillah 9/10 kerja yg daku buat dah diconfirmkn oleh majikan. wahhhhh duit da masuk sikit. tp no other job available at the moment. rindu nk buat lg hihi

semangat2!


Friday, July 19, 2013

Assign Jobs online job

 Assalamualaikum....

akhirnya selepas daftar dgn Assign Jobs lebih 2 minggu lepas, harini daku dgn jayanya buat tugasan yg diarahkan...yeayyyy

Almaklumlah sebagai seorang surirumah yang kureng mempunyai kesempatan dlm usaha melayari internet ni kn manela sempat nk bkk internet buat tu buat ni surf tu surf ni. byk keje lain nk buat misalnya tgok Tv hihihi

Memandangkan mlm td encik suami yg tersayang kene masuk kerja, cover kerja org lain yg kesian da 2 hari x balik umah ye....xpela kurelakan kau pergi sob sob sob. mase suami nk gerak g keje ut saje je la tnye "ni laptop x bawak?" (cheewahhhh kn....) dgn penuh gaya suami menggelengkan kepala. yes yes yes

Bila suami gerak tu daku sambung tgok rancangan TV kegemaran Nine Born Every Minute UK tu kn. Mlm td pnye kisah pasal org bersalin twin....best3, 2 2 kelahiran dipermudahkan walaupun gerun jgk mengetahui yg doc kene seluk tgn kat dlm n trpaksa pusingkan baby ke 2 sbb songsang huhu. tp ibu tu cool je after delivery. big hug tuk ibu yg melahirkan twin secara normal.

Alamak melalut sudah.....ok ni la bukti kerja daku lepas sahur pagi td.....


sape2 berminat boleh la join yek
PM sy pn boleh nnt sy bgtau mcm mane

Ade task yg kene buat guna Instagram. waaaaa rindu kat gambo2 dm IG daku. cuci mata la ape lg kn



~SEKIAN~

dia diduga

Assalamualaikum....

Dunia artis Malaysia sekarang ni tengah hangat tentang kisah cinta tiga segi antara AM, D & NS.  Sesungguhnya dalam dunia sekarang ni tidak ramai wanita yang sanggup alami apa yang dipinta oleh kaum adam tersebut. Mahupun begitu melihat reaksinya semasa keluar dari dewan perbicaraan, daku tahu dia tabah, daku tahu dia redha, daku tahu dialah isteri solehah kerana masih mahu berbakti dengan suami, memegang erat tangan suami kerana dia tahu tempatnya adalah disisi suami.

Semoga duniamu dilimpahi sinar cahaya kebahagiaan yang sebenar.

Secebis nukilan.

Tuesday, July 9, 2013

nasi cepat basi

Assalamualaikum.....

Daku da jadi x keruan. Nasi yg daku masak tuk mkn mlm biasenye boleh dipanaskan esok pagi kn. Ke nk wat nasi goreng pn sodap jgk. Tp semenjak 2 menjak ni bila daku bgun pg n tgok dln periuk mesti nasi da start berair, berbau dan tottally basi. Hati rasa x tenteram yg hamat.

Daku suspek periuk nasi ade problem ke sbb periuk nasi yg guna skang ni yg lain dr yg gune kat kg dlu kn. Daku x tau mcm mane nk basuh cover @ penutup. Just basuh mcm biase la bahagian yg kuar wap & tpt takung air kn. Lihat gambar: Smpai jahanam periuk nasi daku kerjakan lps google n baca yg lid atas tu boleh tanggalkn n basuh. Last2 koyak cik getah tu huhu

Search2 jgk kn apsal nasi cepat basi. Web 1st yg daku baca katenye ade gangguan mistik. Pulak dah...kak ayu pn memikirkan yg same bila daku tnye kat wassup group family kami. Kak ija kate jgn tgl senduk dlm periuk. Rasenye daku mmg kuarkn senduk kalo nk smpn. Kak long kata mgkn sbb kualiti beras kot.

Daku br terpk. Mgkn kualiti beras beli kalini x berapa elok kot. Beras tu pn br bkk x berapa lama. Trus jdi mcm ni. Even jenama sama tp kualiti setiap beg mgkn x sama. Daku guna beras jasmin super5. Ala yg ade gambo dato jalaluddin hassan tu. So kt tgok la ek mcm mane nnt. Mlm td hubby ade tnye beras ade lg x nk beli. Ade lg separuh beg tu xkn nk buang kot. Wat masa ni mmg daku masak ckup2 tuk mkn je la xde smpn2. Nk masak tuk sahur pn bkn lame masak secawan je pn huhu

Nk experimen gangguan mistik tgok time ramadan ni jdi mcm tu jgk x huhu

Published with Blogger-droid v2.0.9

Friday, July 5, 2013

tonton tv

Assalamualikum

Sekarang ni daku da stuck dgn channel 709 astro: LIFETIME n rancangan favourite tentunya masterchef australia S4 n one born every minute uk

Kalau x pun tgok 707: TLC atau 703 tuk rancangan masak2

555 the pickers, restoration, invention intervention bla bla bla

Rancangan melayu da jarang selepas masterchef selebriti habis n teduhan kasih pn da tamat....

Tu je la ulang2 tgok tv jaga anak tgok tv kemas umah tgok tv denga radio tgok tv sidai kain tgok tv masak tgok tv jirus pokok tgok tv tdo

Gambar: ayah n teha brmesra masa shopping @aeon seremban 2 last week. Rindu ayah

Published with Blogger-droid v2.0.9

dikau diduga

Segmen tangan yang memberi, wanita hari ini....beliau diduga dimana ketika anak berusia 5 bulan didiagnos dengan sejenis penyakit yang mana anak itu kehilangan upaya seumur hidupnya. Semoga ibu yang menjaga anak ini akan tabah.

Nama ibu nama anak nama penyakit daku x sempat nak capture dlm ingatan sbb td ngah taip entry nk cter pasal bende lain tp ttbe trtarik dgn apa yg diceritakan dlm whi tp da sedikit terlewat....untuk ibu itu, semoga diberi kekuatan.

Fatihah sekarang 5 bulan. InsyaAllah ibu akan menjaga anak ibu sebaiknya.

Published with Blogger-droid v2.0.9