Kek Lapis Asam / Kek Lapis Masam Manis / Sweet Sour Layer Cake
Hujung minggu lepas try buat kek lapis asam ni mmg jadi kegemaran lepas kak ayu sponsor kek lapis asam ni masa majlis tunang daku 2 tahun lepas. Tp yg ni version daku sndri. Selalu nmpk yg lapis nipis2 kn tp daku cari resepi n olah sendiri. Lapis die pulak buat tebal sikit so nampak la colour die kn mengancam hihihi...
Bahan-bahan:
5 biji Telur gred A
200 gm Gula Ising
220 gm Tepung Gandum
1 sk Baking Powder
1 sb Ovallete
150 ml Susu Cair
1/2 sk Garam
1 sk Esen Vanila
100 ml Minyak Masak
Hawflakes secukupnya
Pewarna Merah, Kuning, Hijau
Cara-Cara Membuat:
- Ayak tepung gandum bersama baking powder. Asingkan
- Putarkan telur bersama gula di dalam pengadun sehingga kembang (adunan menjadi kuning cair/putih)
- Masukkan esen vanila, garam dan ovallete. Masukkan tepung gandum berselang seli dengan susu cair. Setelah adunan sebati hentikan pengadun.
- Masukkan minyak masak dengan kaedah balik kaup.
- Bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan letakkan pewarna untuk setiap satu bahagian.
- Tuang setengah dari adunan pertama ke dalam loyang yang telah disapukan dengan minyak masak, susun hawflakes diatas adunan dan kukus selama 5-7 minit.
- Masukkan setengah adunan pewarna lain, susun hawflakes dan kukus semula selama 5 minit. Ulang sehingga adunan habis. Setelah memasukkan lapisan terakhir, kukus sehingga 20 minit.
- Matikan kukusan, sejukkan kek dan sedia dihidang.
- Panaskan kukusan sebelum memasukkan adunan kek.
- jumlah pewarna dan hawflakes yang hendak diguna terpulang kepada pembuat. Kalau nak lebih berwarna-warni dan rajin boleh guna banyak pewarna.
No comments:
Post a Comment
jemput komen..