nuffnang ads

Monday, August 5, 2013

Planning Raya 2013

Assalamualaikum....

Hari Raya Aidilfitri lg 3 hari nak datang. walaupun sayu hati nak meninggalkan ramadhan tapi masa tetap berjalan, hidup harus diteruskan seiring masa yang berlalu.

Semalam lepas sahur buat kuih Almond London TBS ngan encik suami. terharu suami tlg2 kn. Lepas siap buat kuih tu galak kami mengemas rumah. yelah pagi je waktu ideal tuk wat keje sbb Fatihah tido pagi lepas subuh tu dlm kul 8 lbh br bgun biasenye. so mcm lipas kudung la mengemas mengemop menyapu mengelap & arrange kedudukan perabot. maklumla keadaan normal mmg sume tolak ke tepi dinding so leh golek2 kat umah hihi... petang smlm plak puas menjengah Jusco Seremban 2 & Tesco Seremban 2 jalan2 cuci mata. sampai kul 6 tu da mmg sakit pinggang tahap gaban. so terus menuju ke KFC n lepak sane sambil suap Fatihah kentang putar. Alhamdulillah iftar dgn ayam goreng kite ye.

Raya kalini kene merancang perjalanan, maklumlah banyak rumah yg perlu dikunjungi. keluarga da besar kan. daku sbg surirumah mempunyai cuti panjang (setakat ni) so cuma nk adjust cuti encik suami je la kan yg plan cuti raya sampai hari selasa depan =  13/8/13.

So......hari rabu ni gerak ke rumah mertua Felda Bukit Rokan Utara, N9 n mantai kat sane. Raya jalan2 umah sedara n kwn2. Sabtu Gerak ke Johor insyaAllah singgah kampung daku kat Kampung Parit Raja, Grisek Muar n plan2 jumpa sume family member daku kat sini. Dari kampung terus balik umah mak n abah kat Felda Adela. Jalan2 raya umah sedara n kwn2. Selasa depan tu gerak la balik umah kami kat Taman Bukit Sendayan ni @ TBS dipanggil kat wassup group family kami.

so turn on the jalan2 mode. duit raye jgn lupe prepare tuk Teha yek hihi

~SEKIAN~

lps raya2 turn on babymode plak, pastu welcoming honeymoon mode =)

No comments:

Post a Comment

jemput komen..