nuffnang ads

Wednesday, August 28, 2013

Accident Raya 2013: Tulang Tangan Patah Tiga

 Assalamualaikum...

:::sambungan entry accident:::

Daku, anak dan abg ipar bersama biras serta anak mereka bersiap dan menuju ke Hospital Port Dickson, walaupun Hospital Seremban lebih dekat tetapi kerana lokasi kemalangan dalam radius PD so kenela hantar kesana. Baru dalam 2km gerak dari rumah, suami call abg ipar dan mengatakan yang dia akan dihantar ke KPJ. So kami yang menyonsong ni pn terus mejuju ke KPJ Seremban Specialist Hospital.

Sampai ke KPJ daku dimaklumkan ambulan KPJ baru je gerak he Kospital PD tuk ambil suami. ape punya lambat lah. kami sampai KPJ dalam kul 10.15am menunggu sampai lbh kurg kul 11.45am jgk baru ambulan balik. Dalam masetu aku cuma menantilah. xmo ganggu suami, dah la tangan patah kn. sambil tu layan anak + sarapan sikit (walaupun x lalu makan) + wasap2 dgn adik beradik.

anak tertidur menunggu ayah sampi ke KPJ
Alhamdulillah Siti Ainnur Fatihah memang anak yang baik. dia tau ibu dalam keresahan dia pun tidak banyak meragam. memang baik sangat anak ibu. Dengar bunyi ambulan tiba daku menjengah ke unit kecemasan. daku nampak suami, daku nampak dia mengerang, daku nampak dia menangis, daku tahu dia sakit. Daku iring dia ke unit kecemasan, daku lepaskan dia untuk diperiksa oleh doktor diunit kecemasan. daku uruskan pendaftaran dan urusan masuk wad. Alhamdulillah Fatihah anak yang baik. dia diam dengan Pak Long Murad yang baru sampai dari KL. Ibu kesana kesini dengan Pak Andaknya dia diam sahaja menunggu ibu dan ayah. 

Bila semua urusan selesai daku menjengah kedalam unit kecemasan, xde sape marah pn...so daku pn terus menuju ke suami yang terbaring. Ya Allah dia dalam kesakitan. daku ingatkannya untuk beristighfar. Daku tahu dia sakit. Daku bersihkan sikit luka dan darah yang hampir kering. daku x berani nak usik lebih2. daku lihat tangannya sudah bengkak. Alhamdulillah daku tanya dan lihat2 xde luka lain yang serius. cuma terkena serpihan kaca mungkin. Alhamdulillah

Suami daku dalam kesakitan

tangan yang patah kini membengkak
 Kami menunggu hampir 1 jam untuk pakar tulang datang dan menyemak xray yang telah dibuat. bila doc pakar datang Alhamdulillah waktu tu daku ada bersama suami. doc menerangkan tangan suami terpaksa dibedah dan dipasang besi kerana tulang tangan dah patah 3. yang merisaukan doc adalah luka telanh menjejaskan saraf yang mengawal pergelangan tangan suami dimana terdapat risiko yang pergerakan pergelangan tangan suami terjejas. Ya Allah...kami menyerahkan kepada pakar untuk usaha yang terbaik.

Suami dihantar kedalam wad sementara menunggu giliran untuk dibedah

:::bersambung:::

1 comment:

  1. kesiannye suami awk. sabar ye. Ada hikmah ni.

    Selamat menjadi Misiku Fiza!

    ReplyDelete

jemput komen..