nuffnang ads

Friday, March 21, 2014

Penghayatan Solat: SOLAT vs USTAZ/SHEIKH/TOK GURU

Assalamualaikum...

1. Org yg tak solat akn banyak masalah, tidak tenang, cpt marah susah nk terima kenyataan dn selalu nmpk salah orang lain.
- USTAZ AZHAR IDRUS

2. Walaupun ayah kita penagih dadah sekalipun, bila dia suruh solat, kita sebagai anak WAJIB tunaikannya.
- Ustaz Kazim Elias

3. Tidak solat punca utama penceraian dalam rumahtangga? "Jaga solat...Insyallah bahagia..."
- Ustaz Don Daniyal

4. Selalulah Solat berjemaah walau payah macam mana pun, boleh jadi jemaah itu dapat menampung pahala berlipat ganda.
- Datuk Ismail Kamus

5.Kalau kita sakit jgn takut utk solat , atleast kalau mati , mati dalam solat
- Ustaz Haslin Baharin

6. Selepas solat jangan tergesa-gesa, baca Subhanallah 33, Alhamdulillah 33, Allahuakbar 33, doa kemudian baru bangun”
- Al-Habib Ali Zainal

7. Kalau orang yang solat pun belum tentu masuk Syurga, apatah lagi orang yang meninggalkannya.
-Tok Guru Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki

8. Jagalah solat anda. Kerana solat itu adalah hubungan antara Allah dengan hambaNya"
- Sheikh Abdullah Jahaf.

9. Menjaga solat boleh membersihkan dalaman kita. Puasa juga boleh membersihkan jiwa seseorang.
-Ustaz Dasuki Rani

10. Jgn cakap:"Pergi solat.Kalau tak,masuk api neraka!"Tapi cakap:"Jom solat,Nnt kita masuk SYURGA ALLAH sama2 ya.InsyaAllah
- Tok Guru Harun Din"

11. Kalau dalam solat tak dapat ingat Allah, mana mungkin luar solat mampu ingat Allah.
-Ustaz Pahrol.

 ~SEKIAN, WASALAM~

Thursday, March 20, 2014

Episod: Ikan siakap, Jari luka, Cream puff & Jadi tukang paip

Assalamualaikum...

Hari ini dalam sejarah daku berjaya menyiang ikan kegemaran iaitu ikan siakap dari mula sampai akhir. selalunya suruh org kedai je yang tolong siangkan. Bangun pagi daku dah siap2 rendam ikan yg dah beku ke dalam besen berisi air. Selepas husband g kerja dalam kul 12 dan tidurkan anak yang keletihan, daku pun memulakan projek menyiang ikan.

Mulakan dengan membuang sisik ikan siakap yang agak nakal waktu tu. hampir siap membuang sisik ikan tu boleh pulak ibu jari belah kanan tercucuk duri yang besar. tahan jelah walaupun darah memang mengalir. daku elak2 la dari kene kat ikan tu. mase ni buang sisik je pun belom siang lagi. beralih ke ikan yang kedua so hati2 sikit. da nk last buang sisik tu boleh pulak ibu jari belah kiri pulak tersiat kat dalam mulut ikan tu. Adoiiii terus kemas & basuh tangan ambil keputusan nak rehat kejap. Lepas tenangkan diri dan update kat wasap family dalam 15 minit teruskan usaha buang perut ikan & bersihkan. Siap terus simpan dalam freezer.

Petang pulak daku dengan kerajinan yang ada nak buat Cream puff. Ni dah kali kedua buat. senang je pun. Dalam pada tengah bakar adunan dalam oven tu daku rajin la nak basuh pinggan mangkuk yang ada kan. Tiba2 singki pulak tersumbat. dah la time ni anak dara dengan aktifnya membaking dgn daku. So uasha2 pam & air mengalir sikit2. Bila dah surut daku ambil keputusan tuk tgok takungan sisa makanan. bukak hurm.....xde la banyak mane pun sisa. so daku ambil langkah berani g jolok2 & terserlahlah ada bende asing tersekat berupa macam tanah liat? mungkin mendapan dari sisa yang tak lalu dengan lancar. dan bermulalah episod daku berkejar dengan anak lagi sambil meleraikan part2 yang ada kat paip singki  tu tuk membersihkan segala "tanah liat" yang ada. Nasib baik tak berbau. kalau ta haru jugak nak mengemas. opss kami bukan pengguna pertama rumah ni ye. beli atas orang. so layan jelah. lain kali kalau tersumbat lagi tau ape nak buat.

gambar hiasan


Episod hariku nak menyambut kedatangan orang yang dirindui iaitu kedua ibu bapaku dan juga ahli keluarga. Minggu ni akan ada aktiviti kekeluargaan. Semoga semuanya berjalan lancar....

 ~SEKIAN, WASALAM~

Wednesday, March 19, 2014

RAHSIA SURAH AL-KAUTSAR

Assalamualaikum...



Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat dan diturunkan di makkah dan bermaksud sungai di syurga, kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.
Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Berbagai khasiat terkandung di dalam surah ini boleh di amalkan:
♥ baca surah ini ketika hujan turun dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t memakbulkan doa kita.
♥ jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosokan di leher, insya Allah hilang dahaga
♥jika sering sakit mata, seperti berair, gatal,bangkak sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
♥ jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x mudah-mudahan Allah s.w.t bagi ilham kepada kita dimana letaknya sihir itu
♥ jika membacanya 1, 000x rezeki kita akan bertambah
♥ jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk kevtika menunaikan solat
♥ jika orang dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi

(ADA 2 PILIHAN UNTUK ANDA)
1) biarkan didalam ini tanpa bermanfaat untuk orang lain.
2) anda sebarkan pada semua kenalan anda.

Rasulullah bersabda,
Barang siapa menyampaikan satu ilmu saja dan ada orang yang mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia) dia akan tetap memperoleh pahala.
SELAMAT BERAMAL... PINJAM 3MINIT UTK BACA NI..JGN LUPA KONGSI

 ~SEKIAN, WASALAM~

Ulasan tentang hasil kajian susu ibu meningkatkan risiko anak mendapat lelah

Assalamualaikum...

Hujung bulan februari lepas kecoh dunia dengan 1 hasil kajian yang dilakukan mengatakan bahawa bayi yang minum susu ibu lebih cenderung untuk mendpat penyakit lelah (info dari http://amazingnara.com/). Daku tak aware sangat dengan perkara ni tapi bila baca boleh dikatakan mengarut kerana sampel yang diambil tidak dibuat secara konsisten. Dan hari ini admin daripada PumpOnTheGo ada mengulas berkenaan hal ini:

"Artikel asal kajian ini ditulis dalam bahasa Inggeris dan dilakukan oleh pengkaji di negara Barat dan telah menjadi satu isu yang menggemparkan dunia penyusuan susu ibu.

Buat pengetahuan puan, kajian tersebut dijalankan ke atas bayi yang diberikan susu formula sepenuhnya dan bayi yang dikatakan diberi susu ibu.

Tahukah puan, bayi (yang dikatakan diberi susu ibu) yang dipilih untuk digunakan dalam kajian tersebut bukanlah bayi yang diberi susu ibu dalam jangka masa yang panjang (lebih dari 1,3,6 atau 12 bulan). Tetapi bayi yang digunakan dalam kajian tersebut untuk mewakili bayi yang hanya minum susu ibu, adalah bayi yang diambil secara rawak tanpa mengira tempoh berapa lama bayi itu diberikan susu ibu.

Bayi yang dipilih itu, ada yang menyusu hanya sekali selepas lahir, ada yang diberikan susu ibu beberapa hari sahaja dan meneruskan dengan susu formula dan ada juga bayi yang diberi susu ibu bersama dengan susu formula. Bayi-bayi ini dianggap oleh kajian ini sebagai bayi yang diberikan susu ibu sepenuhnya.

Pada pendapat admin, kajian ini tidak menggunakan subjek yang sesuai kerana tidak menggunakan bayi yang diberi susu ibu secara eksklusif. Jadi admin tidak bersetuju dengan keputusan kajian ini.
Risiko-risiko penyakit dapat dikurangkan jika bayi hanya diberi susu ibu sahaja untuk 6 bulan pertama dan meneruskan penyusuan susu ibu sehingga 2 tahun dengan penambahan makanan tambahan (solid food).

Dari segi IQ dan kepintaran pula, terdapat banyak kajian yang telah dijalankan oleh saintis yang menyokong kelebihan susu ibu kepada perkembangan ini, namun begitu perkembangan setiap bayi tidaklah sama.

Jadi kita sebagai yang beragama, hendaklah kita kembali kepada saranan dan tuntutan Maha Pencipta.Menyusukan anak sehingga 2 tahun adalah tuntutan buat Muslim. Tidak Allah jadikan ia tuntutan jika tiada kebaikan yang kita akan peroleh.
Susuilah anakmu, ianya fitrah dan tuntutan."
________________________________________________________

Daku sangat bersetuju dengan apa yang diulaskan oleh admin PumpOnTheGo. Lagipun at negara barat tu memang la die nak sokong penggunaan susu formula. lagipun baby yang lahir pun dapat bantuan subsidi kot......Kita ni kenelah berusaha sehabis baik nak berikan susu ibu pada anak. Percayalah susu ibu adalah yang terbaik!!!

~SEKIAN, WASALAM~

7 Perkara yang perlu dielakkan selepas makan

Assalamualaikum...

Perkongsian sihat kita hari ini adalah berkenaan perkara atau tindakan yang perlu dielakkan selepas anda makan. 

1) Jangan merokok - Eksperimen dari pakar membuktikan bahawa merokok selepas makan adalah setanding dengan merokok 10 batang rokok ( kemungkinan kanser lebih tinggi).


2) Jangan makan buah-buahan serta-merta - Apabila anda makan buah-buahan dengan makanan, buah-buahan yang terperangkap di dalam perut bersama-sama dengan kandungan makanan dan tidak boleh sampai ke usus dalam masa yang singkat. Buah-buahan yang tinggal boleh rosak dan merosakkan makanan yang tinggal di dalam perut juga. Oleh itu, ia adalah disyorkan bahawa anda makan buah-buahan sekurang-kurangnya satu jam selepas makan makan atau sebelum makan dan sebaik-baiknya pada waktu pagi dengan perut kosong. Ia adalah pada waktu pagi bahawa badan yang terbaik boleh menggunakan nutrien dalam buah-buahan dan mendapatkan tenaga yang cukup untuk memulakan hari.


3) Jangan minum teh - Kerana daun teh mengandungi kandungan asid yang tinggi . Bahan ini akan menyebabkan kandungan protein dalam makanan yang kita makan akan menjadi keras dengan itu sukar untuk dihadam.Ia adalah lebih baik untuk minum teh 1 jam selepas makan.


Tuesday, March 18, 2014

Motivasi: Untuk Suami Dari Isteri Tercinta

Assalamualaikum...

Jika isteri menangis dihadapanmu, "Hargailah ia sebelum terlewat..."
Jika seorang isteri menangis dihadapanmu, itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi...
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu...
Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!!!!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah.....
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu. Dia akan menurunkan rasa EGOnya.....

Wahai suami2, jika seorang isteri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian. Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terperuk terlalu dalam ...
Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya... Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya....
Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu... Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ? Apakah keistimewaan perempuan ini?

Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN...
SENYUMANnya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya...
PELUKAN & CIUMANnya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya...
Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU, MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya...
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHANnya...
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN...
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN....

tp dia sering dilupakan oleh suami krn 1 hal... bahawa

"Betapa BERHARGAnya dia".....

Suami2....ingatla...isterimu, pelengkap hidupmu....maka hormati n hargailah mereka spt mane kite menghargai diri kite sendiri


BercintaSelepasNikah



 ~SEKIAN, WASALAM~

Musical Playmat

Assalamualaikum...

What do i want?

Hunting for the star

The music is nice

 Hi cute cat

Musical playmat dihadiahkan oleh team Jimah iaitu syarikat husband bekerja. Biasanya untuk setiap kelahiran dalam syarikat akan diberikan wang saku dan juga hamper. Tapi untuk Fatihah sangat istimewa dan diberikan tikar bermuzik ini. Patutlah dapat lambat kira2 masa umur Fatihah 5 bulan.

Fakta Tentang Rambut

Assalamualaikum...


 Apa yang anda perlu tahu tentang rambut ialah ia hanya boleh dimusnahkan dengan cara MEMBAKARNYA. 

Tiada cara lain yang lebih ideal untuk memusnahkan rambut meskipun dengan perubahan alam ataupun menggunakan asid serta bahan kimia

sumber: majalah keuaran KPJ

~SEKIAN, WASALAM~

Resepi: Daging Masak Lada Hitam (Black Pepper)

Assalamualaikum...

Daging Black Pepper

Da lame rasenye daku tak share resepi kan walaupun boleh dikatakan setiap minggu daku buat kek/kuih & sememangnya setiap hari memasak. Husband yang penyayang da cakap, hari2 makan makanan sayang bila makan masakan kedai lain rasenye. Adoiii gigih la daku memang siapkan bekal untuk suami pergi kerja. Takpelah selagi mampu daku nak berbakti dengan suami.

Husband sebelum ni minat dengan 1 menu kat kedai yang selalu dikunjunginya sebelum berkahwin dulu iaitu nasi goreng black pepper. So jom kita cuba

Resepi:

Mini 1st Birthday Makan-makan @ 22.01.2014

Assalamualaikum... 

Kelahiran anak dara yang ke 1 tahun kami raikan secara sederhana di teratak kecil kami pada 22 Januari 2014 yang lalu. Ala daku request kek Secret Recipe ngan husband & belikan sate. Daku biase a masak simple2 je. Anak dara  diberi pun kek tu, yelah manis x hingat kan. bagi die makan sate je. sibuk time ni nak mencicah2. memang ngah galak die nak makan sendiri. kami layankan je

Berselera betul dengan sate

Monday, March 17, 2014

Promosi Breastpump

Assalamualaikum... 

PumpOnTheGo  sebuah syarikat yang menjual barang-barang bayi ada membuat promosi untuk bulan March iaitu menjual AUTUMNZ PASSION AUTIMATIC DOUBLE BREASTPUMP dengan harga hanya RM450 beserta banyak free gift yang akan diberi iaitu  

✔ FREE MANUAL PUMP KIT
✔ FREE POSTAGE
✔ FREE 25pcs BREAST MILK STORAGE BAGS.
✔ FREE 3pcs ICE GEL.
✔ FREE 1pc COOLER BAG.


Kek Lapisku Setanding Red Velvet

Assalamualaikum... 

 Kebiasaan kita orang melayu bila berkunjung ke rumah orang mesti nak bawa buah tangan kan.lagi lah bila pergi ke rumah saudara terdekat nak bawa sesuatu yang kononnya extra special.

Hujung bulan 1 lepas ada majlis pernikahan adik kepada biras daku. so untuk majlis ni daku plan buat kek lapis asam kukus kepakaran daku. ala senang nak buat so rajin la kan. buat punya cantik2 manetau dapat market baru hihi. Sampai je daku terus beri kat ibu pengantin. Semasa jamuan makan selepas majlis khatam Al-Quran pagi tu daku cari2 jugak manetau die keluarkan nak rasa jugak. yelah buat cukup2 je. Tapi xde

Bila petangnya diadakan majlis pernikahan. daku dok kat khemah je menunggu anak dara yg ngah tidur kat stroller. tibe2 suami panggil & cakap kek daku kat deret hantaran. perghhh berdebar2 rasa hati ni. tengok2 memang ada..... wahhhh siap bereben gitu. X sangka plak mungkin dorg tgok kek daku buat tu comel cantik je tu yg dibuat hantaran hihi

Ni la kek daku dicelahan hantarn yang ada. So sweet

 ~SEKIAN, WASALAM~

Sunday, March 16, 2014

Separuh March

Assalamualaikum...

Waa.....bulan march da masuk ke separuh kedua da. entry ini pun baru hanya memasuki entry ke-3 untuk tahun 2014. sebulan 1 entry......adoiii pemalasnya ibu ni

Haa.....alkisahnya bukan la pemalas sangat pun kan. maklumlah kesempatan nak menulis xde lah. kelengkapan pun share husband punye laptop so bila die usung ke office xdela daku nak guna kan.

Keghairahan sebagai seorang suri rumah ditambahkan lagi bila setiap hari melihat perkembangan anak didepan mata. Alhamdulillah baru seminggu ni Fatihah lancar la sikit berjalan sendiri. Pada sesetengah orang mungkin macam lambat sebab mereka lihat ada yang lebih awal anak kecil ni bertatih tapi pada daku di usia setahun sebulan untuk mula berjalan tak la terlampau lambat kan. Mungkin terkesan kot dgn daku yg masa kecil comel lote dulu dekat setahun setengah baru pandai berjalan...huhuhu bila da berjalan jauh pulak tu.



InsyaAllah daku akan kuatkan hati menyayangi diari maya daku ni. Sekarang ni ngah excited ambil video anak plak.

 ~SEKIAN, WASALAM~