nuffnang ads

Monday, December 26, 2011

jem krismas

KUALA LUMPUR – Trafik di lebuh raya utama negara dilaporkan bergerak agak perlahan berikutan peningkatan jumlah kenderaan.
Jurucakap Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) melaporkan aliran trafik antara Nilai dan Seremban bergerak perlahan di kedua-dua arah ekoran hujan yang tidak menentu.
“Kita jangka bila hujan berhenti mungkin trafik di kawasan Seremban akan berjalan lancar semula,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Jalan masuk ke Kuala Lumpur di Plaza Tol Sungai Besi dilaporkan sesak sejak tengah hari berikutan pergerakan orang ramai ke pusat bandar untuk membeli-belah sempena perayaan Hari Natal pada Ahad.
Di bahagian selatan tanah air, Laluan Kedua Malaysia-Singapura juga dilaporkan sesak di laluan masuk ke Malaysia manakala di Tambak Johor, trafik sesak di kedua-dua arah.
“Dari Senai hingga Kulai, dilaporkan berlaku pertambahan kenderaan namun trafik masih bergerak dan terkawal,” katanya.
Di bahagian utara, trafik dilaporkan masih bergerak walaupun kenderaan bertambah di beberapa lokasi iaitu di Terowong Menora ke Hentian Rawat dan Rehat (R&R) Sungai Perak serta dari Slim River ke Sungkai.
Sementara itu, Ketua Trafik Kuala Lumpur ACP Rusli Mohd Noor berkata kesesakan trafik di pusat bandar terutama pada tengah hari adalah seperti biasa.
Tinjauan di Jalan Lingkaran Tengah 2 Kuala Lumpur (MMR2) juga mendapati trafik bergerak perlahan. – BERNAMA
_________________________________________________________________

rupa2nya xde ape pn yg berlaku sebenarnya ye... tp denga2 ade kemalangan. tp x dapat disahihkn la kn.... hari sabtu daku anik bas ke KL, tp trun kat RnR Seremban je...tgu kanda amik kat sane.... start dr exit PD mmg jem gler.... kenderaan bergerak dgn sgt perlahan.... mmg tensio habis la. nk trun kat RnR seremban tu pn bas trunkn daku kat tepi lebuhraya je. nk msuk RnR Seremban pn jem....

daku da trun tgu plak kanda yg tersekat dlm kesesakan sama.... tgu pnye tgu. jap jadi minah model longkang....model tiang...model siar kaki...kanda call da nk smpi tp kene que tuk masuk dl RnR... tgu lg....... kanda call suruh g entrance RnR... rupa2nya.................(to be continue)


~SEKIAN~

2 comments:

  1. continue pulak... erm macam tau jerk cerita di sebalik itu.. hehe

    cepat sambung, cepat sambung,

    ReplyDelete
  2. da sambung....siap ade gambo lg hehe

    ReplyDelete

jemput komen..