nuffnang ads

Tuesday, April 30, 2013

unemployment

Harini daku kerja hari terakhir kat JB ni. Sok bermula episod sebagai seorang suri rumahtangga sepenuh masa. Bangun pagi, siapkan sarapan tuk suami, kemas rumah, layan fatihah, masak, tunggu suami balik kerja. Bestnye

Harapan lah kn.... Impian tertunda. Daku dilamar (propose) oleh company tuk kerja dulu....sbb daku story sgn sorg kak ni lom nk pindah lg cme berenti je dlu. X pasal2 bos jumpa n suruh keje dlu smpi nk pindah. Huhuhu nk golek2 dgn fatihah.........

Published with Blogger-droid v2.0.9

Hukum Penggunaan Dakwat Kekal Dalam Pilihanraya

Demam pilihanraya sudah berlalu selama seminggu @ lebih kot..... hari ahad depan ni akan menjadi penentu pentadbiran negara Malaysia untuk penggal hadapan. da siap pilih calon untuk diundi belom? daku sudah........

Pilihan Raya Umum 13 ni akan menyaksikan pengundi2 akan dicalitkan dengan pewarna pada kuku, inisiatif bagi mengelakkan dakwaan wujudnya pengundi hantu @ mengundi lebih dari sekali. Mahupun begitu penggunaan dakwat ini diragui terutamanya bagi seorang Islam bagi mereka mengambil wuduk dan menunaikan Solat. Jom baca:

Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 8 Ogos 2007 telah membincangkan Hukum Penggunaan Indelible Ink Dalam Pilihanraya Malaysia. Muzakarah telah memutuskan bahawa berdasarkan penjelasan dan hasil ujikaji yang telah diberikan oleh pakar-pakar dalam bidang kimia serta hujah-hujah dan pandangan ahli-ahli Jawatankuasa, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa Indelible Ink tidak mengandungi bahan-bahan najis yang diharamkan oleh syarak, tidak mendatangkan mudharat kepada kesihatan dan tidak menghalang air untuk sampai ke kulit apabila digunakan. Oleh itu penggunaan Indelible Ink adalah dibenarkan oleh syarak kerana ia tidak akan menimbulkan masalah kepada ibadah umat Islam.
Walaubagaimanapun, keputusan Jawatankuasa terhadap kandungan dan tahap ketelapan Indelible Ink ini hanya tertakluk kepada bahan yang sama dengan yang telah diuji oleh pakar-pakar berkenaan sahaja.
Keterangan/Hujah:
  1. Indelible Ink bermakna dakwat yang tidak boleh dipadam. Satu calitan dakwat ini pada jari pengundi akan memberi tanda coklat kehitaman yang akan kekal selama beberapa hari. Kaedah ini adalah kaedah yang mudah yang berkesan bagi mengelakkan penipuan undi atau pengundi yang membuang undi lebih sekali. Beberapa negara telah menggunakan kaedah ini termasuk China, Ghana dan Denmark. India sebagai pengeluar dakwat ini telah menggunakan kaedah calitan jari pengundi ketika pilihanraya sejak tahun 1962 lagi. Berdasarkan laporan ujikaji komposisi kimia yang dilakukan oleh Jabatan Kimia Malaysia, dakwat yang diimport daripada India ini mengandungi tiga (3)bahan utama iaitu air, Ethanol (55 peratus) dan Silver nitrate .
  2. Penggunaan Indelible Ink tidak akan mendatangkan sebarang mudharat jika digunakan pada kuku dan jari. Ia hanya akan mendatangkan kesan pada kesihatan sekiranya termakan atau terminum.
  3. Berdasarkan kajian, penggunaan Indelible Ink pada kuku boleh dihilangkan dalam tempoh tiga (3) hari dan jika digunakan pada kulit, ia akan hilang dalam tempoh tujuh (7) hari. Untuk kegunaan dalam pilihanraya, SPR hanya akan mencalitkan Indelible Ink tersebut dalam kuantiti yang sedikit yang dijangka dapat bertahan sekurang-kurangnya 24 jam.
  4. Penggunaan alkohol dalam Indelible Ink bukan merupakan isu kerana pada asasnya jika sesebuah bekas mengandungi alkohol dibuka, proses meruapan akan berlaku dan ia akan mengurangkan kandungan alkohol tersebut.
  5. Memandangkan Indelible Ink ini boleh telap air dalam keadaan serta merta dan kandungannya juga bebas dari sebarang lemak haiwan, maka penggunaannya tidak akan menimbulkan sebarang keraguan dari aspek hukum syarak.
  6. Ketelapan air pada kulit perlu dibezakan dengan ketelapan air yang sampai pada sel di bawah kulit, kerana dari sudut syarak kedua-duanya adalah berbeza dan untuk tujuan ibadah adalah memadai jika air telap sampai ke kulit.
  7. Dalam konteks menjaga maslahah ummah, beberapa kaedah fiqhiyyah yang boleh dijadikan sandaran adalah: تصرف الامام على الرعية منوط بالمصلح Maksudnya : Tindakan yang dijalankan oleh ketua negara terhadap urusan rakyat adalah terikat dengan maslahah.
e-fatwa.gov.my

http://www.islamituindah.my

penggunaan dakwat kekal boleh, dan tidak menghalang air semasa mengambil wuduk. macam inai la kan

Jom Kita Mengundi

How to Take Screenshots on the Samsung Galaxy S2

 English:
1. Go to the folder/app of which you want the screenshot.
2. Press and hold both the Home and Power keys together for about 2 second.
3. You will hear a sound confirming that the screenshot has been taken now.
4. Go to your gallery and your screenshot photo is there.

Malay:
1.  Pergi ke paparan folder / app yang anda ingin.
2.  Tekan dan tahan kedua-dua rumah (home) dan kunci kuasa (power) bersama-sama sehingga kira-kira 2 saat.
3.  Anda akan mendengar bunyi yang mengesahkan bahawa screenshot yang telah diambil kini.
4. Pergi ke ruangan galeri dan gambar screenshot anda sudah disimpan.

 ni merupakan screenshot sy yg pertama, semestinya muka budak comei ni yg menghiasi wallpaper hp ibu.

setelah sekian lama la kn guna hp ni, n tertanya2 nk kene add application ke nk guna screenshot ni, nk menanya mmgla lmbt kn nk amik mood tu. ok smlm ptg g ushar2 dgn member office, maklumla smlm kn hari yg xdemood....so da kul 5.30pm tu g la meround2 office. ttbe nk trtanya pasal screenshot ni. ade la yg menunjukkn cara2....pelbagai jenis hp kn tp 1 pn xde nk tunjuk mcm mane nk wat screenshot tuk galaxy s2 sayer huwaaaaaaaaa...

so pg2 td g google. maklumla nk melayari internet kat kg mmg cam siput la kn. so pg td google n dpt jwpn. tu la wat n terus hebahkn kat kwn2 office, ilmu perlu dihebahkan ye....so lpsni bleh la wat screenshots bebanyakkkkkkk

 

apa khabar anak ibu



Apakah yang sedang dibuat oleh si kecil di dalam perut?

Imbasan ultrabunyi (ultrasound) boleh menunjukkan apa yang sedang dibuat oleh bayi anda. Kebanyakan pergerakan bayi bermula lama sebelum anda menyedarinya:

~ Pada minggu ketujuh hingga minggu kelapan, bayi anda mula membuat pergerakan am, seperti membengkokkan badan ke tepi dan bergerak apabila terkejut.

~ Pada kira-kira minggu kesembilan, bayi anda mula mengalami sedu, menggerakkan tangan atau kaki dengan sendiri, menghisap dan menelan.

~ Pada minggu ke-10, dia boleh melentur dan memalingkan muka, mengangkat tangan untuk menyentuh mukanya, menganga dan mengeliat.

~ Pada minggu ke-11, dia boleh menguap.

~ Pada minggu ke-14, dia boleh menggerakkan matanya.

Secara beransur-ansur, pergerakan bayi anda menjadi cukup kuat untuk anda merasainya. Tidak lama selepas itu, anda akan kerap merasa dia mengetuk atau menendang apabila dia meregangkan tangan dan kakinya.

Bayi anda tidak akan bergerak sepanjang masa sebab seperti anda juga, ada masa-masanya dia hanya mahu berehat dan tidur.

Menjelang penghujung kehamilan, dia akan berehat selama kira-kira 45 minit sekali. Waktu rehatnya ini mungkin bagi anda terasa lebih panjang, kerana anda tidak akan dapat merasa setiap pergerakan yang dilakukannya.


sumber

opss jgn salah sangka ye...hanya sebagai catatan masa depan, insyaAllah adik Teha nanti =)

Monday, April 29, 2013

xde mood LANGSUNG

Ya Allah....halalkanlah gaji yang daku dapat untuk bahagian hari ini, sebelum dan juga mendatang

Harini memang xde mood langsung nk buat kerja. cuma 10% je kot kerja daku buat harini. selainnya chat dgn somi, search2 internet....jalan sana sini x byk sgt. tp memang ke laut habis.

nak g kerja pg td pun lambat2....smpi mak menanya xnk g kerja ke.... ok la kul 7.20 baru gerak...bwk kete pn sempoi je, sampai dekat nk exit P.Gudang Highway senai desaru stuck. ade kemalangan, kereta terbakar. seriau jgk la mase ni....masa tu kereta baru je terbakar, berkepul2 asap. pas api da padam sambung perjalanan....kemalangan melibatkan 3 kereta dan sebuah motosikal, x diketahui punca. perjalanan terhenti lebih kurg 20 minit

sambung perjalanan pn masih bwk sempoi. sume org tergesa2 sbb da lmbt keje tp daku ok je, layan plak lagu2 wings kat Hot FM mmg sempoi la karok dlm kete.

smpi area office, cari parking sempat singgah warung belakang office tu beli ayam goreng, buat bekal mkn dgn nasi goreng mak masak. smpi office punch card 9.02am. La baru je berangan nk masuk lambatttt tapi xde la lambat pun. adoi........... pastu mencari2 mood wat keje x jumpa2. byk jgk jenis kerja yg daku buat, tapi semuanya mcm x lengkap. huwaaaaaaaaaaaaaa nanges

mcm2 konflik berlaku harini. gaji da masuk tp mood still kelaut. nk taip blog ni pn dipaksa2. adoiyai nak balik baring peluk fatihah je rasenye. tapi nk drive balik tu pun malas. acanetu???

~SEKIAN~

Friday, April 26, 2013

ketam alaska punye pasal



Assalamualaikum

semalam (semalam kot) gempar dengan cerita pasal pengunjung sebuah restoran kat singapore ni kene bayar RM1,380.00 untuk makan seekor KETAM ALASKA. bukan ketam biase ye ketam alaska.... daku dengar kat sembang pagi Hot FM. biase pg2 mmg suka dgr Hot FM berbanding stesen radio lain. petang blik keje plak dengar stesen radio lain. kalo dgr 1 stesen radio yg sama confirm boasn sbb......lagu yg diputarkn ulang2 je kn huhu. 

ok berbalik pada ketam alaska ni kn. ble die ckp ketam alaska je daku da teringat rancangan favorite kat astro namenye DEADLIEST CATCH. mmg suka tgok sbb rancangan ni menyiarkan kepayahan nelayan2 menangkap ketam kat perairan sejuk. kadang2 ade konflik antara mereka, ble dpt tangkapan banyak tu best la. tp kdg2 kesian kat kapten yg salah spekulasi n x dpt tangkapan byk.

sumber gambar dari google 



 dgn kepayahan mereka menangkap ketam tu berbaloi la dgn harga pasarannye ye x? n ketam yg ditangkap pun besar2 belaka. ehem2 setanding dgn risiko yg diambil....maka gaji nelayan2 tu pn mmg masyuk. tgok abang2 atas ni....suke je kn dorg

~SEKIAN~

view gambar instagram guna pc = boleh




Assalamualaikum

instagram pada saya cuma popular kat henpon je, yelah amik2 gambar pastu edit edit upload.

tapi

saya bukanlah pelanggan internet tetap kat talifon (belum lagi). so kalo nk guna beli la servis internet. saya pengguna MAXIS so ade perkhidmatan internet untuk 1 hari, bayar RM2 untuk 100mgb. untuk sy ok la kn...beli n guna bila perlu.

tapi kekadang rindu jugak kat gambar2 kat instagram n nk tau jgk update dr kengkawan. so td ttbe terfikir nk search, rupa2nya boleh je sign in kat akaun instagram guna pc.


ni la akaun daku ble view kat PC. byk gambar fatihah je kn. hihi i suke....

pasni bleh la selalu tgok update kengkawan even i x on tenet kat hp =)

~SEKIAN~

petua: merawat penyakit batu karang

 Satu petua nak rawat batu karang dalam kilang hempedu ( Gall Bladder Stones)

Minum 4 gelas apple juice tiap2 hari selama 5 hari berturut2
Hari ke6 jangan makan malam (dinner)
Pada pukul 6 petang makan satu sudu camca garam Epsom(magnesium sulphate) , beli dari farmasi
Pukul 8 malam ulang makan garam epsom
Pukul 10 malam . Campurkan satu cawan (250 ml) Olive oil atau sesame oil dan setengah cawan juz lemon yg fresh (perah 3 biji lemon0. Campur olive oil dengan juz lemon dan minum.
Insyaallah esok pagi buang air besar akan kelihatan batu2 karang keluar.


 sumber

sapu tangan gantung



Assalamualaikum

cute kn sapu tangan gantung ni, bos minggu lepas g coti2 family ke china n td die kasi souvenirs kat dak2 akaun. mula2 igtkn ape bende la bende ni kn, rupanya sapu tangan gantung....ada bermacam warna yg bos beli, kuning, pink, biru, merah. daku berkenan sgt yg kaler merah tp ade kak ni da sambar dlu....so amik la yg dark pink ini

tuala gantung ni sesuai letak kat dapur ke kat bilik air ke kn leh wat lap tangan. tp bende secomel ni sanggup ke nk guna wat lap tangan? hihi material yg lembut n serap air

search2 kat google image n dpt la gambar2 kat bawah ni 




 cute2 sungguh...
suka plak yg gmbr katak atas ni hihi
mcm boleh buat business je ;p

~SEKIAN~

Thursday, April 25, 2013

Sunnah Menyimpan Janggut & Kelebihan Menyimpan Janggut

 Sunnah Menyimpan Janggut & Kelebihan Menyimpan Janggut :)




✔ Janggut lelaki mengandungi hormon testosterone yang amat diperlukan untuk kesuburan wanita.

✔ Janggut boleh melindungi kelenjar sebum di bahagian muka daripada terkena acne vulgaris bacteria. Oleh sebab itu, ia dapat melindungi seseorang daripada jerawat.

✔ Menghangatkan kawasan muka dan melindungi dagu daripada bahaya.

✔ Lebih panjang dan tebal janggut seseorang itu, sepatutnya dia akan menjadi seorang yang lebih bijak.

✔ Menghindarkan daripada mendapat penyakit tekak dan gusi.

✔ Mengelak daripada mendapat kebanyakan penyakit yang berkaitan dengan sisterm pernafasan seperti asma.

✔ Memelihara muka daripada terkena bahan-bahan kimia yang merbahaya dan pencemaran udara.

✔ Melindungi kulit dan seterusnya mengurangkan kedutan akibat penuaan.

KEKURANGAN MENCUKUR JANGGUT.
✔ Mencukur janggut boleh menyebabkan sel-sel semula jadi pada bahagian muka terhakis. Perbuatan ini boleh menyebabkan seseorang berisiko tinggi untuk mendapat kanser pada bahagian muka.




 bukan model
sumber

teha 3 bulan : belajar pegang barang & rajin nak berbual



nyum nyum nyum
sedapnye puting baru ni

 eh ibu amik gmbr la

sorok sorok

 ibu jangan la amik gambar

 sorok

 ibu ni...


teha masuk ke 3 bulan da nk try2 pegang barang, aim barang. bila susu botol dia akn try tuk pegang botol tu, bila susu original try tuk pegang tangan ibunya, so daku pn kasi dia pgg jari daku...bestnye. bila sumbat puting dia akn try tuk pegang puting tu

teha da pandai nk aim 1 1 barang, paling popular adlh remote astro. sbb biasa pgg dia kn dpn tv n bende tu dpn dia so dia kn tgok je n try nk capai2 guna tangan. bila nampak majalah pn sama mcm berminat habis kat buku tu

teha pun da rajin berbual...best betul bila dia cakap2 tu kn, kite layan je la hihihi comel

alkisah mlm td plak rajin 2 kali dia bgun n pandang daku senyum2 n nk mula berbual. nsb bek x lama n nk smbg tdo blik huhu....n kptsnnya daku pn bgun lmbt pg td sbb layan anak.xpelah membesar dgn bijak ye anak ibu

~SEKIAN~

Petua Supaya Mudah Mengandung

Khusus buat kawan² yang masih belum dikurniakan zuriat...

Dalam rancangan TANYALAH USTAZ.....Ada dikongsikan 1 petua bagaimana untuk mudah mengandung @ hamil.

Kepada yang puas berusaha denggan bermacam-macam cara. Jangan mudah berputus asa.

Cubalah pula petua @ amalan ini....

1. Ambil 4 biji buah kurma...suami genggam 2 biji, isteri genggam 2 biji
2. Kemudian,buang biji kurma tu
3. Blend @ kisarkan kurma tadi bersama dengan susu kambing
4. Minum air campuran kurma dan susu kambing tersebut sorang segelas.
5. Amalkan sekali sahaja dalam seumur hidup.
6. Kemudian, amalkan minum susu kambing setiap hari waktu pagi.

InsyaAllah mujarab. Selamat mencuba.

Kata ustaz tadi, setakat ni, feedback yang dia terima, kebanyakannya dapat zuriat dalam masa setahun.

Cubalah, siapa tahu ada rezeki? Allah jualah yang Maha Menentukan dan Maha Memakbulkan permintaan hamba-hambaNYA...

Sekian, sekadar berkongsi maklumat dan info untuk membantu kawan-kawan yang lain.

* Harap di share kan dengan kawan-kawan lain yang ada masalah susah mengandung yer. Moga ada manfaatnya.


sumber 

pe'EL anak dara









happy mode selepas majlis kenduri kesyukuran

~SEKIAN~

Wednesday, April 24, 2013

makanan ibu semasa berpantang

Berikut merupakan makanan yang sesuai bagi ibu-ibu yang berpantang. Terpulanglah nak berpantang 44 hari, 60 hari atau 100 hari.

Antara jenis-jenis lauk yang boleh di makan oleh ibu-ibu yang berpantang adalah:

1. Ikan bilis – biasanya di goreng biasa atau pun di masak sambal. tapi jangan terlalu pedas.
2. Ikan cencaru – biasanya di bakar untuk lebih sedap selain di goreng
3. Ikan haruan – lebih enak di bakar/ masak stim selain di goreng
4. Ikan siakap – masak stim
5. Ikan bawal putih – goreng
6. Ikan gelama – goreng
7. Ikan merah – masak sup
8. Ikan jenahak – goreng
9. Ikan selar kuning – goreng/ masak asam
10. Ikan kerisi – goreng/ masak asam
11. Ikan kurau – goreng/ stim
12. Ikan kerapu – goreng/ stim
13. Ikan senangin – goreng/ masak asam
14. Ikan tengiri – goreng/ masak asam
15. Sayur sawi – sup
16. Sayur bayam – tumis air
17. Sayur kailan – goreng/ tumis
18. Sayur kacang buncis – goreng/ tumis
19. Halia – elok diamalkan tapi elakkan jika anda menyusukan bayi (takut kuning)
20. Daun pegaga – di campur dalam masakkan/ di buat jus – elok utk tambah air susu badan
21. Milo/horlick – sesuai untuk sarapan dan minum petang
22. Biskut/roti – sesuai untuk sarapan dan minum petang
23. Ayam – di buat sup atau di campur dalam bubur

Antara makanan/ lauk yang tidak boleh dimakan adalah:

1. Makanan laut – sotong/udang/ketam – takut gatal di tempat luka
2. Telur – luka lambat sembuh
3. Ikan yang tidak bersisik dan berbisa – sembilang/keli
4. Sayur kubis/kacang panjang/kacang soya/kekacang/kentang
5. Tebu/ air kelapa/ buah anggur
6. Makanan pedas/ berminyak
7. aiskrim/ keju


sumber 

teha 2 bulan : hobi

 Assalamualaikum...

akhirnya berjaya jugak upload gambar2 aksi anakku
masa 2 bulan haritu teha tengah excited (mak xcited lebih) nak hisap jari. seboleh2 dia akn masukkn jari dlm mulut nk hisap, pastu nyum nyum nyum jilat jilat sedapnye.....

ni merupakan aksi yg dakat daku tangkap gambar. video lain kali la upload, tu pn kalo internet membenarkan hihi comellll banget

 aim target

 iyah iyah mari jari jemariku

 sikit lagi iyah iyah iyah

 fuh fuh fuh sikittttt lagi

 nyum nyum nyum...
dapat jugak rasa jari jemari comelku ini

 dimana2 saya mengidamkan jari jemari saya

:::YUMMYZZZKHX:::

~SEKIAN~

pasni nk update hobi teha 3 bulan plak

Kenduri Siti Ainnur Fatihah (kasi hangat sikit)




 baju pengantin comel

Teha 3 bulan


22.04.2013

Pantang Larang Semasa Dalam Pantang ♥

** khas buat ibu2 yg sedang berpantang & buat mommy to be :)

Ada beberapa pantang larang semasa seorang ibu itu berada dalam pantang selepas bersalin:

*Dilarang Tidur Tidak Berbantal
Tidur tidak berbantal akan mengakibatkan seorang yang berada dalam pantang akan mengalami sakit kepala, ini juga berkemungkinan darah kotor sukar untuk keluar dan angin naik ke kepala menyebabkan sakit meroyan kepada ibu yang masih lemah.

*Memakai Sarung Kaki (Stokin)
Cara ini untuk menjaga agar kaki tidak sejuk dan dimasukki angin, jika angin menguasai badan, kesihatan ibu-ibu akan terganggu dan menjadi lemah. Memakai sarung kaki selama dalam pantang akan menjaga kesihatan ibu.

*Jangan Duduk Mencangkung
Jika seorang ibu yang baru melahirkan duduk mencangkung akan menyebabkan rahim yang masih lemah itu terkeluar dan ini boleh mengakibatkan ibu-ibu tumpah darah.

*Mandi Duduk Di Bangku
Ketika mandi hendaklah duduk di bangku, ini caranya untuk menjaga kesihatan peranakan. Dengan duduk di bangku, ibu-ibu tidak banyak mengeluarkan tenaga kerana ibu-ibu yang baru melahirkan masih dalam keadaan lemah.

*Rapatkan Kaki Bila Tidur
Jika tidur hendaklahh merapatkan kaki. Cara ini untuk mempercepatkan peranakan sembuh semula.

*Jangan Terlalu Aktif
Ibu yang baru melahirkan hendaklah duduk diam di atas tempat tidur selama seminggu. Ada baiknya jika ada pembantu yang boleh menguruskan bayi dan rumahtangga. Duduk diam ini untuk memulihkan tenaga yang telah hilang dan supaya badan benar-benar dapat berehat.

*Jangan Makan Ubi-Ubian
Ibu-ibu dalam pantang tidak dibenarkan makan makanan dari jenis ubi-ubian seperti keladi, keledek dan ubi kayu kerana makanan ini boleh mengganggu pencernaan dan ibu-ibu mungkin terasa kembung dan sakit perut. Terutama ibu-ibu yang menyusukan anak kerana penyakit ibu boleh berjangkit kepada anak.

*Jangan Tidur Di Waktu Matahari Naik
Ibu-ibu dalam pantang tidak dibenarkan tidur diwaktu matahari naik, ini boleh menyebabkan badan ibu bertambah lesu dan sakit-sakit, lebih baik ibu-ibu berjalan di tepi tingkap untuk mendapatkan cahaya matahari.

*Jangan Tidur Waktu Senja
Ibu-ibu yang baru melahirkan dilarang tidur di waktu senja, kerana di waktu senja adalah masa syaitan berkeliaran, jika diamalkan mungkin fikiran ibu-ibu yang dalam pantang akan terganggu dan boleh menyebabkan penyakit gila.

*Jangan Menjahit Pakaian Dan Membaca
Ibu-ibu yang dalam pantang dilarang menjahit dan membaca, ini disebabkan keadaan fizikal yang lemah boleh menyebabkan ibu-ibu akan cepat mengalami rabun sebelum tua.

*Tidak Boleh Keluar Rumah Waktu Senja
Ibu-ibu yang dalam pantang dilarang keluar rumah waktu senja, waktu ini syaitan berkeliaran yang mungkin boleh mengganggu ibu-ibu yang lemah fizikal dan mentalnya.

*Ibu Jari Tidak Boleh Terantuk
Ibu-ibu yang pantang hendaklah menjaga ibu jarinya supaya tidak terantuk. Pada satu-satu tempat, jika terantuk boleh menyebabkan ibu pitam atau bentan jika ibu itu seorang yang lemah.

**Cara Mandi

Daun nangka, daun pandan, daun inai, bahan-bahan ini direbus untuk mandian bagi ibu-ibu selepas melahirkan anak. Ibu-ibu selepas melahirkan hendaklah duduk pada bangku, tidak boleh berdiri atau mencangkung kerana cara ini tidak baik untuk ibu-ibu dalam pantang.

Sebelum mandi hendaklah bercebuk dengan air rebusan daun sirih. Guna menyembuhkan luka-luka selepas melahirkan. Jirus dari kepala dengan air suam kuku dengan air rebusan daun-daun.

Ratakan air di seluruh badan jangan sampai mengigil dan kesejukan. Mandi pada setiap pagi dan petang. Mandi air rebusan daun-daun ini selama seminggu.

*Cara Berbaring / Tidur

Tidur terlentang tidak berbantal dan terdedah kepada angin sejuk adalah dilarang bagi ibu-ibu di dalam pantang. Tidur dengan bantal tinggi adalahdigalakkan ketika ibu dalam pantang kerana darah kotor tidak naik ke kepala.

*Lain-Lain Amalan Semasa Berpantang

Memakai baju tebal dan berstokin serta tidur dengan udara yang cukup nyaman selama 6 atau 7 tujuh adalah digalakkan untuk menjaga kesihatann ibu-ibu semasa dalam pantang. Duduk bersimpuh dan merapatkan kedua lutut adalah baik bagi ibu-ibu di dalam pantang. Cara ini untuk mempercepatkan sembuhnya luka-luka selepas melahirkan dan menjaga peranakan biar tetap baik.

Berbedak juga dapat menjaga kesihatan ibu0ibu selama dalam pantang supaya badan sentiasa panas dan tidak dimasukki angin. Lakukan cara ini pagi dan petang selama sebulan.

Jika cuaca sejuk hendaklah memakai selimut tebal agar ibu-ibu yang dalam pantang tidak masuk angin badannya, bila bangun pagi badannya terasa sihat dan segar.

Bertungku adalah amalan yang baik bagi ibu-ibu semasa dalam pantang, bertungku boleh mengecutkan batu meroyan dan mencairkan darah beku dalam perut. Bertungku hendaklha dilakukan setiap hari pagi dan petang selama sebulan.

Minum air pati kunyit selama 3 hari semasa dalam pantang adalah baik untuk mengecutkan peranakan dan mengeluarkan darah kotor dalam perut.

Duduk mencangkung semasa dalam pantang adalah dilarang, kerana cara ini boleh membuatkan peranakan turun dan melemahkan otot-otot perut.

Ikan keli adalah ikan yang mengandungi bisa. Ibu-Ibu dalam pantang dilarang memakannya. Ikan berbisa jika dimakan oleh ibu-ibu dalam pantang boleh menyebabkan turun darah dan bentan.

Lobak merah baik untuk dijadikan sayur ibu-ibu dalam pantang, kerana ia mengandungi banyak vitamin. Pucuk pegaga baik direbus dan dimakan bersama nasi bagi ibu-ibu dalam pantang, sayur ini berkhasiat untuk merawat vagina dan penyakit di bahagian vagina. Makanlah 2 kali sehari.

Buah anggur, berkhasiat panas, buah ini boleh dimakan oleh ibu-ibu semasa dalam pantang.

Sayur-sayuran sejuk seperti kangkung, petola, terung dan cili, tidak boleh dimakan oleh ibu-ibu semasa dalam pantang. Mengambil sayur-sayuran sejuk boleh menyebabkan ibu-ibu kembung dan sakit-sakit badan.

Selain daripada sayur-sayuran sejuk, buah-buahan seperti nenas, limau dan buah lai tidak boleh dimakan oleh ibu-ibu semasa dalam pantang kerana buah-buahan ini berbisa dan sejuk. Jika ibu-ibu memakannya boleh menyebabkan bentan dan turun darah.. 


sumber 

Friday, April 19, 2013

Selamat Hari Lahir Suami








18.04.2013 = 27 TAHUN

Alhamdulillah, sempat sambut hari lahir hubby semalam, actually just a surprise cake for him je. xde sambut ape2 pn...ade 27 batang lilin tp die xmo tiup. 

Doa Sayang untuk Abang selalu sihat danmenjadi Imam yang terbaik untuk kami, Anak yang baik untuk mak n abah

~SEKIAN~
mempersembahkan pakaian paling sempoi ketika dirumah huhu

Wednesday, April 17, 2013

try upload byk gambar tapi fail




 yeay baju cik mina kasi muat lagi

~SEKIAN~

:::WW:::LEMAU:::




baru teringat harini rabu, patutla lemau semacam

dr pg ngadap nombor + kertas = lemau

~SEKIAN~

nak jugak

 teringin nak update tapi malas nak buat karangan

~SEKIAN~

Monday, April 15, 2013

WANITA: Hati-hati Memilih Gincu Bibir

 PERHATIAN BUAT WANITA!!
Lelaki: Jangan lupa untuk share kepada isteri2, teman wanita, kawan2, rakan2.

Perempuan: Berhati-hati memilih gincu bibir.

Kajian Dr. Elizabeth Ayoub, perubatan dan biomolekul mengeluarkan amaran untuk gincu yang mengandungi plumbum, yang merupakan karsinogen.

Baru-baru ini jenama 'Red Earth' menurun harga gincu dari R $ 67,00 ke R $ 9,90!

Kenapa? Sebab ia mengandungi plumbum.
Jenama lain yang mengandungi plumbum adalah:

CLINIQUE
ESTÉE LAUDER
SHISEIDO
RED EARTH (Lip Gloss)
CHANEL (Lip Conditioner)
MARK AMERICA
MOTIVES
LIPSTICK
AVON

Semakin tinggi kandungan plumbum, risiko menjadi lebih besar menyebabkan kanser. Selepas ujian dilakukan ke atas gincu, bibir diperhatikan plumbum tertinggi terdapat dalam gincu keluaran AVON. Kita sepatutnya berwaspada pada penjagaan gincu. Jika gincu anda keras statik adalah disebabkan oleh tahap plumbum yang tinggi.

Ambil ujian ini:
1. Sapukan sedikit gincu pada tangan anda;
2. Letakkan cincin emas pada gincu di tangan anda;
3. Jika perubahan warna gincu kepada warna hitam, gincu anda mengandungi plumbum.


untuk pembacaan lebih lanjut:
http://www.hoax-slayer.com/lead-lipstick.html


:::saya guna pelembab bibir je:::

Sunday, April 14, 2013

Perkahwinan 1 tahun



Assalamualaikum

Alhamdulillah diam x diam dah setahun mendalami status sebagai seorang isteri.

Banyak lagi tahun untuk ditempuhi. 

InsyaAllah stiap hari akan cuba memperbaiki diri.

Semoga ikatan perkahwinan ini sentiasa dibawah lindungan rahmat Ilahi


kehadiran puteri menambah seri

Siti Ainnur Fatihah nama diberi

sayang kepadamu ibu akan curahkan bakti

mendidikmu, menyayangimu dengan sepenuh hati 

1st year official dating togather
sunway pyramid 19.09.2008

Doakan kami 

~SEKIAN~

Friday, April 12, 2013

shopping time

 Assalamualaikum...

tadi pun baki lunch 10 minit lepas cik mina belanja makan daku gunakan sebaiknya untuk belikan baju untuk anak dara kesayangan. memang curi masa jugak nk beli sbb encik suami da menanya...dabeli belum baju adik? dabeli belum baju Teha? IBG successful 3 days ago huhuhu

kalau sebelum ni pergi kat bahagian Pegion je, kalini kita ke bahagian Tollyjoy pulak, sementara tu sempat jgk singgah bahagian lain tuk tengok2...tp kebanyakannya tuk baju bdk da setahun ke atas. bahagian Disney? belum lagi kot...huhu

apelagi jom kite cuci mata...pilih2 belek2


rambang mata sungguh nak beli. kembang mata ibu tgok baju berwarna warni ni


hasil rembatan tuk baju basahan siang hari

Siti Ainnur Fatihah memang sangat senang berpeluh, so kalini choice daku adalah baju tanpa lengan. harap2 anak selesa la pakai baju yg ibu pilih ni ye

~SEKIAN~

Semakan Daftar Pengundi Pilihanraya 13

JOM SEMAK

 boleh klik di sini:


ataupun secara SMS


Taipkan: SPRNoKP SMS ke 15888

Mari Mengundi
Undi Anda Adalah RAHSIA