nuffnang ads

Wednesday, April 24, 2013

makanan ibu semasa berpantang

Berikut merupakan makanan yang sesuai bagi ibu-ibu yang berpantang. Terpulanglah nak berpantang 44 hari, 60 hari atau 100 hari.

Antara jenis-jenis lauk yang boleh di makan oleh ibu-ibu yang berpantang adalah:

1. Ikan bilis – biasanya di goreng biasa atau pun di masak sambal. tapi jangan terlalu pedas.
2. Ikan cencaru – biasanya di bakar untuk lebih sedap selain di goreng
3. Ikan haruan – lebih enak di bakar/ masak stim selain di goreng
4. Ikan siakap – masak stim
5. Ikan bawal putih – goreng
6. Ikan gelama – goreng
7. Ikan merah – masak sup
8. Ikan jenahak – goreng
9. Ikan selar kuning – goreng/ masak asam
10. Ikan kerisi – goreng/ masak asam
11. Ikan kurau – goreng/ stim
12. Ikan kerapu – goreng/ stim
13. Ikan senangin – goreng/ masak asam
14. Ikan tengiri – goreng/ masak asam
15. Sayur sawi – sup
16. Sayur bayam – tumis air
17. Sayur kailan – goreng/ tumis
18. Sayur kacang buncis – goreng/ tumis
19. Halia – elok diamalkan tapi elakkan jika anda menyusukan bayi (takut kuning)
20. Daun pegaga – di campur dalam masakkan/ di buat jus – elok utk tambah air susu badan
21. Milo/horlick – sesuai untuk sarapan dan minum petang
22. Biskut/roti – sesuai untuk sarapan dan minum petang
23. Ayam – di buat sup atau di campur dalam bubur

Antara makanan/ lauk yang tidak boleh dimakan adalah:

1. Makanan laut – sotong/udang/ketam – takut gatal di tempat luka
2. Telur – luka lambat sembuh
3. Ikan yang tidak bersisik dan berbisa – sembilang/keli
4. Sayur kubis/kacang panjang/kacang soya/kekacang/kentang
5. Tebu/ air kelapa/ buah anggur
6. Makanan pedas/ berminyak
7. aiskrim/ keju


sumber 

No comments:

Post a Comment

jemput komen..