** khas buat ibu2 yg sedang berpantang & buat mommy to be :)
Ada beberapa pantang larang semasa seorang ibu itu berada dalam pantang selepas bersalin:
*Dilarang Tidur Tidak Berbantal
Tidur tidak berbantal akan mengakibatkan seorang yang berada dalam
pantang akan mengalami sakit kepala, ini juga berkemungkinan darah kotor
sukar untuk keluar dan angin naik ke kepala menyebabkan sakit meroyan
kepada ibu yang masih lemah.
*Memakai Sarung Kaki (Stokin)
Cara ini untuk menjaga agar kaki tidak sejuk dan dimasukki angin, jika
angin menguasai badan, kesihatan ibu-ibu akan terganggu dan menjadi
lemah. Memakai sarung kaki selama dalam pantang akan menjaga kesihatan
ibu.
*Jangan Duduk Mencangkung
Jika seorang ibu yang baru
melahirkan duduk mencangkung akan menyebabkan rahim yang masih lemah itu
terkeluar dan ini boleh mengakibatkan ibu-ibu tumpah darah.
*Mandi Duduk Di Bangku
Ketika mandi hendaklah duduk di bangku, ini caranya untuk menjaga
kesihatan peranakan. Dengan duduk di bangku, ibu-ibu tidak banyak
mengeluarkan tenaga kerana ibu-ibu yang baru melahirkan masih dalam
keadaan lemah.
*Rapatkan Kaki Bila Tidur
Jika tidur hendaklahh merapatkan kaki. Cara ini untuk mempercepatkan peranakan sembuh semula.
*Jangan Terlalu Aktif
Ibu yang baru melahirkan hendaklah duduk diam di atas tempat tidur
selama seminggu. Ada baiknya jika ada pembantu yang boleh menguruskan
bayi dan rumahtangga. Duduk diam ini untuk memulihkan tenaga yang telah
hilang dan supaya badan benar-benar dapat berehat.
*Jangan Makan Ubi-Ubian
Ibu-ibu dalam pantang tidak dibenarkan makan makanan dari jenis
ubi-ubian seperti keladi, keledek dan ubi kayu kerana makanan ini boleh
mengganggu pencernaan dan ibu-ibu mungkin terasa kembung dan sakit
perut. Terutama ibu-ibu yang menyusukan anak kerana penyakit ibu boleh
berjangkit kepada anak.
*Jangan Tidur Di Waktu Matahari Naik
Ibu-ibu dalam pantang tidak dibenarkan tidur diwaktu matahari naik, ini
boleh menyebabkan badan ibu bertambah lesu dan sakit-sakit, lebih baik
ibu-ibu berjalan di tepi tingkap untuk mendapatkan cahaya matahari.
*Jangan Tidur Waktu Senja
Ibu-ibu yang baru melahirkan dilarang tidur di waktu senja, kerana di
waktu senja adalah masa syaitan berkeliaran, jika diamalkan mungkin
fikiran ibu-ibu yang dalam pantang akan terganggu dan boleh menyebabkan
penyakit gila.
*Jangan Menjahit Pakaian Dan Membaca
Ibu-ibu
yang dalam pantang dilarang menjahit dan membaca, ini disebabkan
keadaan fizikal yang lemah boleh menyebabkan ibu-ibu akan cepat
mengalami rabun sebelum tua.
*Tidak Boleh Keluar Rumah Waktu Senja
Ibu-ibu yang dalam pantang dilarang keluar rumah waktu senja, waktu ini
syaitan berkeliaran yang mungkin boleh mengganggu ibu-ibu yang lemah
fizikal dan mentalnya.
*Ibu Jari Tidak Boleh Terantuk
Ibu-ibu yang pantang hendaklah menjaga ibu jarinya supaya tidak
terantuk. Pada satu-satu tempat, jika terantuk boleh menyebabkan ibu
pitam atau bentan jika ibu itu seorang yang lemah.
**Cara Mandi
Daun nangka, daun pandan, daun inai, bahan-bahan ini direbus untuk
mandian bagi ibu-ibu selepas melahirkan anak. Ibu-ibu selepas melahirkan
hendaklah duduk pada bangku, tidak boleh berdiri atau mencangkung
kerana cara ini tidak baik untuk ibu-ibu dalam pantang.
Sebelum
mandi hendaklah bercebuk dengan air rebusan daun sirih. Guna
menyembuhkan luka-luka selepas melahirkan. Jirus dari kepala dengan air
suam kuku dengan air rebusan daun-daun.
Ratakan air di seluruh
badan jangan sampai mengigil dan kesejukan. Mandi pada setiap pagi dan
petang. Mandi air rebusan daun-daun ini selama seminggu.
*Cara Berbaring / Tidur
Tidur terlentang tidak berbantal dan terdedah kepada angin sejuk adalah
dilarang bagi ibu-ibu di dalam pantang. Tidur dengan bantal tinggi
adalahdigalakkan ketika ibu dalam pantang kerana darah kotor tidak naik
ke kepala.
*Lain-Lain Amalan Semasa Berpantang
Memakai
baju tebal dan berstokin serta tidur dengan udara yang cukup nyaman
selama 6 atau 7 tujuh adalah digalakkan untuk menjaga kesihatann ibu-ibu
semasa dalam pantang. Duduk bersimpuh dan merapatkan kedua lutut adalah
baik bagi ibu-ibu di dalam pantang. Cara ini untuk mempercepatkan
sembuhnya luka-luka selepas melahirkan dan menjaga peranakan biar tetap
baik.
Berbedak juga dapat menjaga kesihatan ibu0ibu selama
dalam pantang supaya badan sentiasa panas dan tidak dimasukki angin.
Lakukan cara ini pagi dan petang selama sebulan.
Jika cuaca
sejuk hendaklah memakai selimut tebal agar ibu-ibu yang dalam pantang
tidak masuk angin badannya, bila bangun pagi badannya terasa sihat dan
segar.
Bertungku adalah amalan yang baik bagi ibu-ibu semasa
dalam pantang, bertungku boleh mengecutkan batu meroyan dan mencairkan
darah beku dalam perut. Bertungku hendaklha dilakukan setiap hari pagi
dan petang selama sebulan.
Minum air pati kunyit selama 3 hari
semasa dalam pantang adalah baik untuk mengecutkan peranakan dan
mengeluarkan darah kotor dalam perut.
Duduk mencangkung semasa
dalam pantang adalah dilarang, kerana cara ini boleh membuatkan
peranakan turun dan melemahkan otot-otot perut.
Ikan keli
adalah ikan yang mengandungi bisa. Ibu-Ibu dalam pantang dilarang
memakannya. Ikan berbisa jika dimakan oleh ibu-ibu dalam pantang boleh
menyebabkan turun darah dan bentan.
Lobak merah baik untuk
dijadikan sayur ibu-ibu dalam pantang, kerana ia mengandungi banyak
vitamin. Pucuk pegaga baik direbus dan dimakan bersama nasi bagi ibu-ibu
dalam pantang, sayur ini berkhasiat untuk merawat vagina dan penyakit
di bahagian vagina. Makanlah 2 kali sehari.
Buah anggur, berkhasiat panas, buah ini boleh dimakan oleh ibu-ibu semasa dalam pantang.
Sayur-sayuran sejuk seperti kangkung, petola, terung dan cili, tidak
boleh dimakan oleh ibu-ibu semasa dalam pantang. Mengambil sayur-sayuran
sejuk boleh menyebabkan ibu-ibu kembung dan sakit-sakit badan.
Selain daripada sayur-sayuran sejuk, buah-buahan seperti nenas, limau
dan buah lai tidak boleh dimakan oleh ibu-ibu semasa dalam pantang
kerana buah-buahan ini berbisa dan sejuk. Jika ibu-ibu memakannya boleh
menyebabkan bentan dan turun darah..
sumber
No comments:
Post a Comment
jemput komen..