nuffnang ads

Thursday, March 20, 2014

Episod: Ikan siakap, Jari luka, Cream puff & Jadi tukang paip

Assalamualaikum...

Hari ini dalam sejarah daku berjaya menyiang ikan kegemaran iaitu ikan siakap dari mula sampai akhir. selalunya suruh org kedai je yang tolong siangkan. Bangun pagi daku dah siap2 rendam ikan yg dah beku ke dalam besen berisi air. Selepas husband g kerja dalam kul 12 dan tidurkan anak yang keletihan, daku pun memulakan projek menyiang ikan.

Mulakan dengan membuang sisik ikan siakap yang agak nakal waktu tu. hampir siap membuang sisik ikan tu boleh pulak ibu jari belah kanan tercucuk duri yang besar. tahan jelah walaupun darah memang mengalir. daku elak2 la dari kene kat ikan tu. mase ni buang sisik je pun belom siang lagi. beralih ke ikan yang kedua so hati2 sikit. da nk last buang sisik tu boleh pulak ibu jari belah kiri pulak tersiat kat dalam mulut ikan tu. Adoiiii terus kemas & basuh tangan ambil keputusan nak rehat kejap. Lepas tenangkan diri dan update kat wasap family dalam 15 minit teruskan usaha buang perut ikan & bersihkan. Siap terus simpan dalam freezer.

Petang pulak daku dengan kerajinan yang ada nak buat Cream puff. Ni dah kali kedua buat. senang je pun. Dalam pada tengah bakar adunan dalam oven tu daku rajin la nak basuh pinggan mangkuk yang ada kan. Tiba2 singki pulak tersumbat. dah la time ni anak dara dengan aktifnya membaking dgn daku. So uasha2 pam & air mengalir sikit2. Bila dah surut daku ambil keputusan tuk tgok takungan sisa makanan. bukak hurm.....xde la banyak mane pun sisa. so daku ambil langkah berani g jolok2 & terserlahlah ada bende asing tersekat berupa macam tanah liat? mungkin mendapan dari sisa yang tak lalu dengan lancar. dan bermulalah episod daku berkejar dengan anak lagi sambil meleraikan part2 yang ada kat paip singki  tu tuk membersihkan segala "tanah liat" yang ada. Nasib baik tak berbau. kalau ta haru jugak nak mengemas. opss kami bukan pengguna pertama rumah ni ye. beli atas orang. so layan jelah. lain kali kalau tersumbat lagi tau ape nak buat.

gambar hiasan


Episod hariku nak menyambut kedatangan orang yang dirindui iaitu kedua ibu bapaku dan juga ahli keluarga. Minggu ni akan ada aktiviti kekeluargaan. Semoga semuanya berjalan lancar....

 ~SEKIAN, WASALAM~

2 comments:

  1. Fiza pun x pandai sgt siang ikan ni. Huhu Singki tersumbat boleh cuba guna garam letak kat dalam lubang singki tu, pastu tuang air panas. Hehe mungkin menjadi. ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. singkinya tersumbat dek mendakan yang dah jadi lumut sejak org lama dok rumah ni lagi. memang kene korek & bersihkan

      Delete

jemput komen..