nuffnang ads

Thursday, September 17, 2015

Nasi Lemak Kukus Berlauk Bndr Sri Sendayan

Assalamualaikum....

Harini saya nak promosi food truck milik Along husband & suaminya yang telah dibuka di Bandar Sri Sendayan.

Menu: Nasi Lemak Kukus Berlauk
Lokasi: Petron @Galeria Bandar Sri Sendayan
Waktu: 7am-11.30am (setiap hari kecuali ahad)
Syarikat: M&A Murni Enterprise

Along memang pandai memasak terutamanya masakan nogori sembilan yang trkenal dengan rasa pedas asli. Demi menggunakan skill memasak maka Along & suaminya membuat keputusan untuk memulakan gerai berasaskan food truck. Jemput datang beramai-ramai dan menikmati masakan yang disediakan.

Menu utama nasi lemak kukus yang besertakan lauk pauk istimewa seperti sambal kerang, sambal paru, ayam rendang, telur sambal dan pelbagai lagi. Tak lupa ayam goreng berempah yang daku sendiri buat dan hantar kesana. Terdapat juga pelbagai pilihan kuih muih untuk melengkapkan pagi anda.

Harga bermula dari RM1.50 untuk nasi lemak kukus biasa sehingga RM4.00 bagi nasi lemak kukus berlauk (1 lauk). Boleh tapau ataupun makan di lokasi.

Jom serbu Nasi Lemak Kukus Berlauk Bndr Sri Sendayan.

1 comment:

  1. macam best jerrr.....
    tapi x boleh makan lagi, kompem pedas tu kan.....
    hehe

    ReplyDelete

jemput komen..