nuffnang ads
Tuesday, October 29, 2013
sakit di tepi payudara dekat ketiak
Ahad lepas, kami sekeluarga merancang nak pergi ke KL menghadiri majlis perkahwinan rakan Matrik + UM daku yang melangsungkan perkahwinannya di Universiti Malaya. daku fikir ni la peluang terbaik daku nak masuk UM semula kan ala sesi mengimbau kenangan la kononnya.....
Tapi......hajat x kesampaian sebab tengahari tu tiba2 bahagian atas payudara kiri dekat dengan ketiak sakit sangat. sampai bergiling2 daku dibuatnya. kalauorg selalu cakap sakit gigi tu la sakit paling hazab di dunia ni kan sakit kat payudara pun sama hazabnya dengan sakit gigi ni. kalau x percaya nanti lahirkan anak insyaAllah kene bengkak susu kan. huwaaaaaaaaaaaaaaaaa sakit woooooo
erm sakit yg daku kene kalini x tau kenapa. mcm kejang kat bahagian tersebut. payudara daku pun berasa panas je. sakit yang membuatkan daku demam!!!! daku memang tak berdaya. anak memangis pun suami yang layan. daku memang tak berdaya (menangis).
2 hari kami tak makan. daku memang x selera sebab mulut rasa pahit. suami pulak alas perut dengan buah2 dan kek je (kesiannye suamiku). nak masakkan meggi pun daku x berdaya. yang daku mampu buat cuma susukan anak, tidur, bangun, susukan anak, tidur, bangun
Alhamdulillah malam tadi dah beransur baik. daku mintak suami belikan makanan kat luar je. belum larat nak masak. pagi td bgun da beransur baik. tapi payudara masih panas. anak xmau menyusu kat payudara yg sakit tu nk kat sblh kanan je. daku igtkn bengkak sbb anak x menyusu ke tapi bila pam xde keluar banyak pun susu. kalo bengkak mesti banyak susu keluar. adakah ni tanda susu nak stop? Allah daku mohon jangan ditarik nikmat menyusukan anak ini.
Tengoklah kalau x baik jgk nnt nk g klinik. hariini nak balik kg belah suami dulu nk settlekn Abah Daud yang sok ade appointment katarak kat Hospital Kuala Pilah. Doakan semuanya berjalan lancar.
~SEKIAN~
Saturday, October 26, 2013
ulser mulut
dah 4 hari daku menderita ulser dalam mulut. kehadiran tompok2 merah kat sekitar dalam pipi, bibir, tepii lidah dan juga lelangit. sangat seksa terasa hati ini. nak makan tak lalu. nak masak kugagahi juga diri untuk menyuap suami dan anak.
daku dah biasa dengan petua memakan ais krim bila kene ulser ni n ternyata selama ni ia sangat berhasil. masa hari pertama kena tu memang nak mencari ais krim tetapi malas pulak nak keluar rumah. so sudah x sudah hari ke 3 iaitu semalam baru dapat makan ais krim. tu pun kalau x tertunda jugak sbb cuaca masa nk mencari ais krim tu mendung semacam je. tapi redah je la g Jusco Seremban 2 n makan ais krim kat sane.
terdapat perubahan sikit la bila makan ais krim ni. mungkin sbb dah lame tu lambat nak baik kan. selalunya makan terus esok baik. tadi pun daku da siap buat stock beli semangkuk ais krim mangkuk nestle n makan secara konsisten. tapi macam masalah lain pulak timbul.....macam nak demam pulak makan ais krim bebanyak gini. huhuhuhu
sapu gel GENGIGEL macam da x berkesan.
Sapu BONJELA pedih la pulak
merana......... :(
~SEKIAN~
anak saudara fatihah
pada 30.09.2013 lahirlah seorang lagi anak kecil dalam keluarga kami. opss bukan keluarga kecil kami tau keluarga besar belah suami daku. Anak saudara husband yang kahwin tahun sama dengan kami (tahun lepas) selamat melahirkan anak sama tahun dengan anak kami (2013).
dengan itu anak kami Fatihah da naik pangkat jadi Mak Long Teha dan kami pula mendapat gelaran Tok Teh & Wan Teh (sila menanges)
TIPS MENJAGA BUAH PINGGANG (KIDNEY)
Oleh - JAMAL ALI ( KKM SG BULOH )
** Minuman yang diambil hendaklah melebihi dua liter sehari terutama orang yang bekerja kuat serta berpeluh dan cuba elakkan dari memakan kacang tanah, kacang putih dan segala kacang bergaram ,buah-buahan jeruk kering seperti asam boi dan buah kana.
** Memakan mi segera seperti mi maggi dan makanan rapu seperti twisties, chikadess, serta mi kuning dan roti canai memudahkan penyakit buah pinggang menyerang (Gantikan mi kuning dengan spageti dan roti canai dengan capati dan tosei)
** Minuman seperti nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa juga perlu dielakkan kerana kandungan utama minuman ini mempunyai bahan kimia pewarna dan perisa, meminum teh kedai juga wajar dielakkan kerana teh kedai adalah teh ‘recycle’ yang semata-mata dibuat dari bahan kimia pewarna dan perisa.
** Pengambilan Coklat perlu dielakan dan meminimunkan pengambilan air milo dan gantikannya dengan horlick , dilarang sama sekali pengambilan minuman bergas kerana merosakkan buah pinggang.
** Kurangkan pengambilan ayam daging kerana mengandungi beta agonist dan pelbagai hormon penggemuk. Ayam ini dibesarkan diladang selama 31 hari sahaja akibat diberikan ubat-ubatan. Cuba gantikan dengan ayam kampung atau ayam dijual dipasar yang kulitnya berwarna kuning. Ayam ini tidak mengandungi ubat-ubatan terlarang. Mencegah adalah lebih baik dari merawat..
Wednesday, October 23, 2013
kongsi resepi
hari-hari dok rumah memang fikiran tertumpu pada menu masakan je la kan. harini teringin nak buat kek tapi kene cari resepi yang tak guna TELUR. Almaklumlah sejak husband accident tu kat rumah ni memang de kewujudan telur. bahan-bahan lain ade tersedia lebihan wat kuih Aidilfitri lepas.
so sambil kita blogwalking jom search2 resepi
~SEKIAN~
Friday, October 18, 2013
buah tangan dari kampung
Tiap kali balik dari kampung mesti tak pernah dengan tangan kosong. Daku bila dioffer oleh mak n abah tuk bwk barang mesti on punye. Bukan senang nak dapat barang2 kampung original ni kan.
Kalini daku bawak yang memang susah nak jumpa kat kedai @ pasaraya. Buah sukun, pisang setandan n yg paling sweet ialah buah ciku. Da lame giler tak makan kan. Tadi da makan sebiji Ya Allah manis sungguh. Menyesal x bwk lebih2. Xpe ujung mgu ni blik lg so bleh top up.
Sunday, October 13, 2013
gigi pertama baby
Siti Ainnur Fatihah tumbuh gigi pertama lbh kurg masa 7 bulan. Ada yg kata cepatnye......abah mertua kate gigi tumbuh awal sebab uri tanam x beraoa nak dalam. Ntah daku dengar je la kan katenye.
Masa nak tumbuh gigi tu xde pulak fatihah deman mcm sesetebgah budak.....kate orang. Alhamdulillah. Cuma yg daku perasan die gemar sangat nak gigit mainan khas yg tuk gigit2 bagi baby tu kn. Sblm ni mane die nk mainan tu.
Xde kesulitan yg dialami. Sedar2 husband ckp gigi anak da keluar. Da ade gigi ni best sikit nak bagi mkn biskut. Bagi pisang pun da pandai gigit xyah nk lenyek2 (read:ibu malas).
Setakat nak masuk 9 bulan ni 2 gigi bawah tu la yg da keluar. G mane2 pun spital ke jalan ke kalo org tegur n fatihah sengih mst nampak gigi die n org akn ckp: comelnye gigi die....................
~SEKIAN~
Gambar: ibu n fatihah posing dlm kete sementara tgu ayah teman atok selesaikan insurans kete atok kat senawang.
miss we
Kat kg ni
Ttbe dpt wasap masuk
Dari encik husband yg dok 10 meter dr daku
Rindu katenye
Gambar semasa kami g pantai pd sblm anak admitted dlm spital
:::uikkk tu pn nk bgtau org ke. Bkn bgtau org, ni kn catatan diary daku. Sukati la nk up kat sini:::
Aidiladha di johor
Saturday, October 12, 2013
baby sleep
let the shoes que for you
This is really fun yet good idea for those who sick of que up at long line just to see a doctor
Monday, October 7, 2013
tips untuk bakal pengantin mendapatkan shot gambar yang baik dari jurugambar
daripada: http://photography.shagrasyiid.com
Artikel ini ditulis untuk membantu jurugambar/official photographer (OP) mendapat shot yang lebih natural dan cantik dengan kerjasama pengantin serta sedikit tips sampingan agar majlis berjalan lebih lancar. Khasnya untuk keluarga yang pertama kali mengadakan majlis, pasti ada suara makcik sana, pakcik sini menyuruh itu, begitu, begini tak betul, dan macam2 lagi yang kadang2 membuatkan suasana jadi awkward dan keliru. Dengan adanya rujukan ini, harapnya plan pengantin/keluarga akan teratur dan jadi lebih selesa.
Tips untuk Perancangan Majlis.
1. Berikan ahli keluarga anda button badge atau sekurang-kurangnya reben untuk dipakai, jadi OP akan dapat betul2 pasti siapakah secondary target yang harus diberi perhatian selain daripada pasangan pengantin itu sendiri. Lebih elok juga, jika mereka memakai pakaian dengan warna tema yang sama. Ini semua orang tau
2. Warna tema/utama atau secondary paling sesuai/ selamat/ elegan: Putih
- Backdrop putih : Glowing light dari belakang pengantin akan lebih cantik
- Alas meja putih : Pantulan cahaya natural akan ‘menerangkan’ sedikit wajah/subjek-subjek di atas meja.
- Payung putih : Malaysia selalunya mendapat cahaya yang sangat terang pada waktu tengahari. Payung putih akan menjadikan cahaya terang lebih soft di muka. Kalau payung merah, dah tentu merah sedikit la muka kan.. Jadi tak perlu nak fikir kalau tema merah, semua mesti nak merah. Itu tak berapa sesuai untuk keadaan tertentu.
4. Hantaran : Janganlah suruh makcik simpan henfon tu, kamera tu, cincin tu, kalau jenis nikah di masjid yang masa terhad, OP (official photographer) tak sempat nak mintak2 “mana kamera ni, kotak je.. Mana henfon, ni sarung je..” Nanti kalau takde gambar, OP la yang kena.. padahal makcik kau yang simpan takut nak letak takut kena curi katanya.. Lagi satu kalau bahan makanan misalnya buah, tak payahlah balut. Apa yang kilat contohnya balutan plastik lutsinar pada hantaran buah-buahan tu akan memantulkan cahaya, jadi, apa yang ada dalam tu kamera tak nampak. Tolonglah faham.. Rasa nak nangis ni.. Ataupun tak payahla nak bagi buah2 nenas ke nangka ke durian ke.. (Dah la berat) Bagi saja gula2 beli di kedai, lebih menarik packaging-nya .. Hantaran hanyalah adat, sebagai tanda. Yang wajib maskahwin.
5. Bunga telur depan pelamin : nanti masa bergambar dengan keluarga mesti ada yang tersepak, terduduk.. pada aku bunga telur depan pelamin tak perlu rasanya.. Pelamin punyala moden.. tiba2 ada pulak telur2 bergantungan. Selalunya pengapit bagi bunga telur tu lepas salam pengantin, dan SELALUNYA OP akan ter-miss gambar bersalaman sebab pengapit yang depan OP ni sibuk nak hulur2 bunga telur.. bunga telur tu masa diorang makan kan boleh bagi juga.. pendapat peribadi je, jangan ambik hati, saya tak pernah paksa..
6. Guestbook : Elok juga kalau ada, anda tahu la sapa yang datang ke tak datang ke nanti. Nanti masa dah tua2 nanti, boleh selak2 guestbook ni. Boleh la refresh sikit baca wish kawan2 dalam tu yang apa-apa entah diorang tulis masa muda2 dulu. Guestbook mahal atau murah tak penting, asalkan ada. Pastikan kedudukan guestbook tu berada di tempat yang mudah tetamu singgah. Bukan di celah2 sini atau di tempat2 yang menyukarkan laluan keluar masuk tetamu. Pastikan ada ruang yang selesa untuk tetamu lalu lalang. Sebab kalau photobooh awesome selalunya ramai yang akan berkerumun.
7. Hari untuk mengadakan majlis : Sabtu pada awal bulan. Sebab tetamu yang jauh tak risau untuk datang, esok penat kena kerja, etc. Umumnya, esok hari hari Ahad, boleh rehat, jadi tiada alasan untuk tidak hadir hahahaha! Dan buat pada awal bulan sebab kebanyakannya sudah bergaji, jadi lebih la sikit hadiah yang anda dapat (harapan lol)
8. Nikah pagi atau malam? Rasanya lagi best kalau buat majlis nikah berasingan dengan hari sanding. Nanti takut penat sangat start A Z sehari je. Maybe elok Nikah Jumaat petang atau malam, then reception sabtu esoknya.
9. Nikah di rumah atau dewan/masjid? Kalau rumah sempit, buatlah di masjid/surau/dewan. OP perlukan ruang untuk mendapatkan shot2 kreatif. Tak sesuai lah nak melangkah2 tetamu. Pengantin ni kalau boleh gambar dia nak dari semua angle.. Kalau tempat sempit macam mana OP nak bergerak? Lepas tu kata OP tak kreatif.. (OMG….) Sekiranya tiada pilihan, buatlah saja di rumah tiada masalah. Mungkin boleh kurangkan sedikit bilangan jemputan tetamu masa nikah, masa sanding esok kan boleh datang lagi yang lain2 tu..
10. Gambar masa bersiap. – Sejujurnya, fasa mula2 masa bermekap tu tiada cantiknya. Calit sana sini. Kalau snap pun hanya untuk rekod saja “inilah muka anda kalau tak mekap”. Jadi harapnya janganlah expect OP akan shoot gambar anda dari A to Z masa anda mekap. Lagi lama coverage hours OP, lagi banyak anda kena keluar kos kan?
11. Portrait session – percayalah pada OP anda. Diorang lebih banyak kali keluar dengan pengantin berbanding korang. Jadi mereka lebih tahu lokasi apa yang sesuai dan match dengan warna baju. Tak semestinya Putrajayaaaaaaaaaaaaaaaaaa je… tempat yang simple depan rumah pun kadang2 cantik, tak perlu nak pergi taman jogging yang 45km dari dewan majlis..
12. Subjek dan environment memainkan peranan penting untuk gambar kelihatan cantik. Bukan sebab OP tak tau amik gambar.. Jangan mengharap gambar kereta kancil nak nampak macam Audi A5 siap ada lampu LED tiba2 dalam kamera. Begitulah perumpamaannya, sudi2lah memahami…
Tips untuk Majlis Nikah.
1. Nikah : Kalau jurunikah tanya nak test dulu, cakap je ok nak test dulu.. kalau test, so OP ada banyak angle boleh snap. Lagi2 untuk yang hire seorang OP saja.
2. Sarung cincin di jari manis tangan kiri. (simbolik bahawa ia satu-satunya jari yang ada salur darah terus ke hati.) Wiki
3. Cium dahi, cium pipi, blablabla… buat saja ikut cakap makcik/pakcik.. bagi chance diorang snap gambar. Kalau dalam masjid selalunya jurunikah suruh cepatkan. OP boleh redo semula action tu selepas event (kalau sempat) dengan closed-shot yang kurang menampakkan background. Nanti dalam album, boleh susun semula.
4. TISU : Letak tepi, bukan genggam 24jam. Berdoa nak aminkan doa, bukan nak tadah tisu. Tak lawa gambar berdoa, tapi ada tisu. Tau la touching.. letak tepi je, nak lap pakai amik letak balik.
5. Bersalaman/laga pipi : tak perlu herotkan mulut, muncungkan mulut. SENYUM sahaja. Lebih cantik.
Tips Untuk Reception.
(Rujukan ini dibuat mengikut aturcara biasa : 11am >5pm)
1. Aturcara secara umum : Berkumpul > bergerak ke pelamin > salam > makan > potong kek > bergambar dengan keluarga pelawat > bergambar dengan rakan > bersalaman dengan tetamu > bergambar dengan keluarga tuan rumah > sesi portrait
2. Kedudukan : Bersanding atau berjalan menuju ke pentas pelamin – Lelaki sebelah kanan, perempuan kiri. ( simbolik perempuan lahir dari tulang rusuk kiri lelaki)
3. Tangan kanan pengantin perempuan memegang/memaut tangan lelaki. Tangan kiri pegang hand-bouquet.
4. Semasa berjalan menuju ke pelamin, pandang tetamu atau kamera, senyum atau lambai pada mereka. Elakkan pandang ke bawah selalu.
5. Kalau ada flower girl, seelok2nya mereka berjalan di tepi kiri dan kanan, kosongkan ruang tengah, jadi OP akan dapat angle dari depan muka pengantin. Tetamu/OP nak tengok pengantin bukan flower girl sahaja. Elakkan dari menyuruh kanak2 sebab walaupun nampak comel tapi bila tiba masanya nati mula la nak nangis lah, berpeluh2, yang terjatuh, yang mak dia pun kelam kabut tarik anak dia nak bagi lurus.. Dah tak nampak langsung pengantin nampak makcik pengantin je.. Itu tak masuk lagi dengan iPad, iPhone, Samsung dan segala jenis handphone yang dah beratur keliling…
6. Semasa sesi renjis/salam di atas pelamin, pengapit kalau boleh berhenti sebentar dari ‘mengipas’ pengantin untuk bagi ruang pada OP semasa tetamu naik ke pelamin. Sekejap saja, masa ada tetamu atas pelamin, lepas diorang turun, sambung kipas semula. (selalunya jurugambar akan berada di sebelah tepi untuk mendapat shot yang menampakkan kedua2 muka tetamu dan pengantin dalam satu shot.)
7. Gambar bersuap. – Gambar suap menganga tiada yang cantiknya. Jadi jangan gelabah masa makcik anda kelam kabut suruh suap2 dan jerit2 kat OP. Suap je depan2 dia laju2 bagi dia puas hati. Gambar bersuap tu boleh diulang lagi nanti. Sesetengah OP tak masukkan shot bersuap tu dalam album pun, sebab mostly anggap itu moment yang agak tak berapa sopan. Tahukah anda jika ada VIP, OP selalunya tidak digalakkan untuk mengambil gambar ketika acara makan?
8. Semasa bersalaman ucapkan terima kasih. Berbual la lama sikit… tanya la dah makan ke (padahal kau dah nampak dia tengah makan kan?), dah lama ke sampai, keja mana sekarang, anak dah berapa, kau bawak hadiah tak harini ini sebenarnya untuk memberi moment beberapa saat kepada OP untuk mendapat shot yang natural. Then pengantin ajakla diorang bergambar (kalau dah habis makan) sekeping dua, kat mana2 pun takpe tepi meja makan tu boleh je kalau pelamin jauh sangat, janji ada gambar.
9. Potong kek. Masa potong pandang je kek, jangan nak tengok kamera je selalu okay.
10. [ Photobooth / Guestbook / Candybuffet ] Kedudukan : perlulah strategik, bukan di tempat sempit, betul2 di sebelah pintu, jauh paling hujung, atau terlalu dekat dengan kawasan hidangan makanan utama. Ini akan menyebabkan tetamu kurang bersemangat untuk ke photobooth itu.
- Setup dan deko tersebut seeloknya disiapkan sebelum tetamu sampai untuk membolehkan jurufoto/video menangkap gambar dengan susunan yang kemas dan cantik.
- Jurufoto/video TIDAK akan berada di photobooth anda dari mula sampai habis majlis. Kami akan berlegar di serata tempat. Jika anda harapkan semua gambar tetamu di photobooth kami snap, sila upah servis tersebut dari syarikat yang menyediakan perkhidmatan tersebut. Atau upah servis dari syarikat CCTV.
11. Hantaran – Seeloknya set hantaran disiapkan sebelum majlis berlangsung. Ini untuk membolehkan jurufoto/video mengambil gambar details seberapa yang perlu selagi masa mengizinkan. Produk shot perlu dilakukan dengan rapian dan pencahayaan yang seberapa perlu untuk kelihatan lebih cantik, selagi masa mengizinkan.
12. LED berwarna warni sememangnya kelihatan cantik di pelamin. Tetapi jika warna-warni itu ia menyuluh muka, ia akan merumitkan jurufoto, malah paling susah adalah juruvideo untuk post-processing footage mereka nanti.
- Jika LED berwarna digunakan, pastikan ia menghala ke deko2 pelamin SAHAJA, bukan ke arah pengantin.
- Hanya cahaya lampu putih sahaja yang sesuai disuluhkan di muka. Tak guna anda mekap beratus ringgit tapi di pelamin muka anda berwarna biru lepas tu hijau berbelang-belang.
Ada masa nanti saya sambung lagi. Terimakasih.
Sekian. Boleh share kalau mahu. Semoga majlis anda berjalan lancar.
Beli I-Phone 5S secara online
- Include iOS 7, bright 4" display, 8MP camera, and more.
- Touch ID sensor reads fingerprint and automatically unlocks phone.
- 1-year warranty covers manufacturing defects.
- Free delivery to Peninsular Malaysia.
- Instalment plan available from RM55.73 per week onwards
- Dimension: 123.8mm (H) x 58.6mm (W) x 7.6mm (depth)
- Weight: 112g
- Material: Aluminium housing with metal and glass
- Colour: space grey
- Operating system: iOS 7
- Capacity: 16GB
- Retina display: 4-inch widescreen Multi-Touch display
- Resolution: 1136 x 640 pixels at 326 ppi
- SIM card: Nano-SIM
- Chip:
- A7 chip with 64-bit architecture
- M7 motion coprocessor - iSight camera:
- 8 megapixels with 1.5µ pixels
- Sapphire crystal lens cover
- Back illumination sensor with five-element lens and hybrid IR filter
- Features: True Tone flash, autofocus, tap to focus, face detection, panorama, and more - FaceTime camera: 1.2 megapixels photos with 720p HD video recording and audio calling
- Siri: Intelligent personal assistant sends messages, sets reminders, and more with your voice
- Sensor: Three-axis gyro, accelerometer, proximity, and ambient light
- Built-in applications: Maps, iTunes Store, Game Centre, and more
- Battery:
- Built-in rechargeable lithium-ion battery
- Talk time: Up to 10 hours on 3G
- Standby time: Up to 250 hours
- Internet use: Up to 8 hours on 3G; up to 10 hours on LTE; and up to 10 hours on Wi-Fi
- Video playback: Up to 10 hours
- Audio playback: Up to 40 hours - Bluetooth 4.0 wireless technology
- Touch ID with built-in fingerprint identity sensor on the Home button
- Fingerprint-resistant oleo phobic coating on the front
- Supports multiple display of languages and characters simultaneously
- 1-year warranty covers manufacturing defects
cekak rambut @ congkak rambut
biar anak meneroka, rasa bersalah pulak
Sunday, October 6, 2013
Cuci-Cuci Alphabetical Mat
10 Jenis Buah Yang Menyihatkan Mata
Wartapedia - Vitamin A merupakan salah satu jenis vitamin larut dalam lemak yang berperan penting dalam pembentukan sistem penglihatan yang baik. Selain terdapat di sayuran, Vitamin A ini juga banyak terkandung di beberapa jenis buah.
Berikut Jenis buah yang mengandung vitamin A dan juga dapat menyihatkan mata :
1. Tembikai
Tidak hanya menyegarkan, tembikai juga kaya akan nutrisi dan rendah lemak. Tembikai mengandungi banyak vitamin, terutama vitamin A yang menjaga kesihatan mata.
2. Melon cantaloupe
Salah satu kajian yang dikutip dari Freshfoodcentral mengatakan bahawa, buah manis dan segar ini mengandung vitamin A sebanyak 68% dalam 100 gram daging buah.
3. Kiwi
Kandungan lutein dalam buah kiwi dapat menjaga kesihatan mata dan juga mencegah penyakit katarak.
4. Strawberi
Buah ranum berwarna merah menggoda ini mengandung banyak jenis vitamin, salah satu penelitian yang dilakukan oleh Eye Institute di New Zealand, kandungan vitamin C pada strawberi berfungsi untuk memperkuat jaringan ikat dan memelihara kesihatan pembuluh darah pada mata.
5. Pelam
Dikenal sebagai penghasil vitamin C, serat, folat, kalsium, dan kalium, pelam dipercayai dapat berperan serta menjaga kesihatan mata.
6. Tomato
Bukan hanya sekadar bahan masakan , sebuah tomato mengandungi banyak vitamin A.
7. Betik
Buah betik banyak memiliki kandungan nutrisi, salah satunya vitamin A yang melimpah.
8. Mangga
Salah satu jenis buah bermusim ini juga mengandung vitamin A yang kaya di bahagian daging buahnya.
9. Epal
Selain baik untuk diet, kandungan vitamin A pada epal membantu dalam menjaga kesihatan mata, sehingga mata tetap jernih.
10. Belimbing
Selain memiliki kandungan air yang banyak, buah yang satu ini memiliki kandungan vitamin A dan C yang cukup.
sumber: http://mforum.cari.com.my
Saturday, October 5, 2013
Budak kecik belajo makan kentang goreng
Bersunat Bagi Bayi Perempuan
sumber: http://www.e-fatwa.gov.my
Alhamdulillah harini daku dan suami telah berjaya menyunatkan anak perempuan kami, setelah 8 bulan setengah kan. lame tu......
Sebenarnya niat nak menyunatkan anak dah lama cuma pelaksanaan sedikit lambat akibat kekangan masa, keadaan, nasihat, keperluan dan banyak lagi sebab yang tidak dapat dilekkan. Mak dah lama bising suruh sunatkan masalahnya kami sukar mencari tempat nak meyunatkan anak ni. ade jugak bertanya kat klinik2 berhampiran tapi x menyediakan khidmat menyunatkan bayi perempuan ni sehinggalah kami bertanya kat KPJ Seremban n dimaklumkan seorang doktor pakar kat sini ada buat. Dah nekad ni nak hantar anak kat situ tapi bila suarakan hasrat kat ayah mertua disuruhnya pergi ke mak bidan kat kampung. Ok lah g kat mak bidan je lah. Sampai tarikh kami niat nak sunatkan anak dengan takdir Allah suami mak bidan ni meninggal dunia...so xkn la kami nak mengganggupulak kan. So harini kami nekad hantar jgk anak kat Doktor Ishak,Pakar Sakit Puan, Hospital Pakar KPJ Seremban dengan bayaran RM60 (mahal kot bandingkan dgn klinik lain)
Semasa sebelum disunatkan tu doc ade bgtau yang hukum sunatkan bayi perempuan ni SUNAT je (lain plak dgn yg baca kat JAKIM) n kat Malaysia ni 95% org Melayu mmg buat sunatkan bayi perempuan. kat Afrika pun dorg buat jgk tapi yg terkini mereka difikirkan alim kerana membuang sebahagia besar bahagian tersebut yg perlu disunatkan yg memberi kesan kanak-kanak itu bila dewasa mungkin kehilangan rasa apabila bersama. huhuhu
Doc tu juga menerangkan bahawa beliau ada berbincang dengan majlis fatwa Kelantan bahawa boleh dilakukan sunat dengan mencalitkan jarum tajam sehingga bahagian tersebut berdarah sahaja dan ini berbeza dengan kebiasaan bidan akan memotong sebahagian kecil bahagian tersebut. daku saksikan sendiri tadi doc buat kat anak. sedikit je tapi seram tau. oklah. Selamat Bersunat
kumpul resepi
Assalamualikum.....
Dilema surirumah adalah apa yang nak dimasak untuk dihidangkan kepada ahli keluarga. Hari2 pk nak masak ape kan. Kang masak tak sedap @ ulang2 bosan jugak.
Haritu g umah kak long belah husband n trjumpa buku masakan tajuknya x igt n lupe amik gambo majalah tu (x pk pn nk update blog) tapi mengandungi 365 resepi la cukup tuk setahun resepi yg disediakan.
Daku nk pnjm segan buku tu n just amik gambo la beberapa resepi yg daku rasa berminat n menyelerakan nk buat tu pn kalo rajin la kn.
InsyaAllah 1 hari nanti