7 tanda-tanda awal isteri derhaka kepada suami
Terdapat 7 tanda-tanda awal isteri derhaka kepada suami.
1 - Menghina atau mengumpat suami
Bersifat amanah iaitu menjaga maruah diri sendiri sebagai isteri dan
menjaga maruah suami terutama di dalam perkara-perkara rahsia peribadi
dan rumah tangga. Isteri ialah orang yang paling hampir kepada suami
yang tahu segala kekurangan dan kelemahan suaminya. Membuka rahsia suami
atau menyebarkannya akan menjejaskan kewibawaan suami, sekali gus
menggugat keharmonian rumah tangga kerana suami telah hilang kepercayaan
terhadap isteri. Jika membuka rahsia suami dianggap menjejaskan
kewibawaan suami, apatah lagi menghina atau mengumpat suami.
2 - Mengherdik dan menceritakan kelemahan serta kekurangan suami pada orang lain
Sifat ini terlalu berat dan buruk untuk ditanggung oleh seorang suami.
Si isteri tidak sepatutnya dalam apa keadaan sekalipun mengherdik dan
menceritakan kelemahan serta kekurangan suami pada orang lain. Adalah
sepatutnya kita sebagai isterisentiasa bersedia untuk menggembirakan
hati suami, sama ada dengan tingkah laku yang menawan, tutur kata yang
menjadi penawar serta perhiasan diri zahir dan batin.
Rasulullah saw bersabda :
Tiada faedah yang paling baik diperoleh seorang mukmin (suami yang
beriman) selepas bertaqwa kepada Allah azza wa jalla selain isteri yang
solehah.
3 - Isteri keluar rumah tanpa kebenaran suami
"Apabila perempuan keluar rumah, sedangkan suaminya membencinya, dia
dilaknat oleh semua malaikat di langit, dan semua apa yang dilaluinya
selain daripada jin dan manusia sehingga dia kembali."
(Diriwayatkan oleh Thabarani di dalam al-Awsat)
4 - Isteri mendoakan kecelakaan buat suami
Isteri yang solehah adalah isteri yang sentiasa mendoakan kebaikan,
kesejahteraan dan rahmat Allah swt bagi suaminya dan bukannya
sebaliknnya.
5 - Membenci kegemaran suami
Mengakui dan
menerima kenyataan bahawa suami adalah ketua di dalam kepimpinan
keluarga sesebuah rumah tangga. Tiada siapapun yang menyangkal bahawa
suami telah diberikan kelebihan satu darjah daripada isteri. Satu
kurniaan Allaw swt yang meletakkan suami bertanggungjawab menjaga serta
mengawal keselamatan dan kesejahteraan perjalanan hidup keluarganya di
dunia dan akhirat serta suami wajib memberi nafkah isteri dan
anak-anaknya. Sememangnya ada ketika dan masa kita rasa kehendak kita
sebagai isteri tidak dipenuhi sewajarnya. Namun yang demikian itu tidak
bermakna kita dengan sewenang-wenangnya berhak menafikan kesukaan atau
kegemaran si suami.
Firman Allah :
Kaum lelaki itu adalah
pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian
mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka
(lelaki) telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka. (An-Nisa :
34)
6 - Menjadi tekanan kepada suami
Tidak dinafikan
keadaan ekonomi hari ini adakalanya mampu memberi impak besar kepada
sesebuah institusi kekeluargaan. Namun begitu, si isteri perlu bersikap
bijaksana dan rasional dalam mentadbir harta benda suami tanpa
membazirkannya. Jangan meminta sesuatu yang di luar kemampuannya kerana
hal yang demikian akan menyebabkan tekanan dan ketegangan di dalam
kehidupan suami. Di samping itu juga, adalah lebih baik jika si isteri
sama-sama membantu menguruskan rumahtangga agar ini dapat mengurangkan
tekanan kepada si suami.
Apabila suami menyuruhnya, ia
mentaatinya. Jika suami memandangnya ia menggembirakan hati suaminya.
Sekiranya suami bersumpah, ia memenuhi sumpah suaminya itu. Apabila ia
keluar kerana bertugas atau berjuang, ia menjaga maruahnya dan maruah
suaminya serta menjaga harta benda suaminya dengan cara berjimat cermat
membelanjakannya.
(Riwayat Ibnu Majah)
7 - Mengungkit-ungkit janji suami
Redha dan bersyukurklah dengan setiap pemberian suami. Sesungguhnya itulah nikmat dan rezeki yang terbaik bagi isteri.
Sabda Rasulullah saw :
"Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini,
kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan
kebanyakan ahli neraka ialah wanita. Rasullullah saw ditanya: "Mengapa
demikian ya Rasulullah?" Baginda menjawab: "Wanita mengkufurkan suaminya
dan mangkufurkan ihsannya. Jikalau engkau berbuat baik kepadanya
seberapa banyak pun dia masih belum merasa berpuas hati dan merasa
cukup."
(Riwayat al-Bukhari)
Dalam hadis yang lain Rasulullah saw bersabda dan bermaksud :
"Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri daripada kaum wanita." Maka
menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka: "Mengapa
terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau
kafir ?" Baginda menjawab : "Tidak, mereka ini ialah mereka yang
menggunakan lidah menyakiti hati suami dan tidak bersyukur akan nikmat
yang disediakan oleh suaminya."
(Riwayat Muslim)
InsyaAllah mudah2an pembacaan ini ada manfaatnya dan sungguh berhikmah.
Ya Allah jauhkan kami dari menjadi isteri yang derhaka kepada suami, berikanlah kesabaran kepada kami dalam menjaga keharmonian dan kerukunan rumahtangga kami. Amin....
No comments:
Post a Comment
jemput komen..