Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia bersetuju memutuskan bahawa hukum berkhatan bagi wanita adalah wajib. Walau bagaimanapun, sekiranya ia boleh membawa kemudharatan pada diri, maka ia perlu dielakkan.
sumber: http://www.e-fatwa.gov.my
Alhamdulillah harini daku dan suami telah berjaya menyunatkan anak perempuan kami, setelah 8 bulan setengah kan. lame tu......
Sebenarnya niat nak menyunatkan anak dah lama cuma pelaksanaan sedikit lambat akibat kekangan masa, keadaan, nasihat, keperluan dan banyak lagi sebab yang tidak dapat dilekkan. Mak dah lama bising suruh sunatkan masalahnya kami sukar mencari tempat nak meyunatkan anak ni. ade jugak bertanya kat klinik2 berhampiran tapi x menyediakan khidmat menyunatkan bayi perempuan ni sehinggalah kami bertanya kat KPJ Seremban n dimaklumkan seorang doktor pakar kat sini ada buat. Dah nekad ni nak hantar anak kat situ tapi bila suarakan hasrat kat ayah mertua disuruhnya pergi ke mak bidan kat kampung. Ok lah g kat mak bidan je lah. Sampai tarikh kami niat nak sunatkan anak dengan takdir Allah suami mak bidan ni meninggal dunia...so xkn la kami nak mengganggupulak kan. So harini kami nekad hantar jgk anak kat Doktor Ishak,Pakar Sakit Puan, Hospital Pakar KPJ Seremban dengan bayaran RM60 (mahal kot bandingkan dgn klinik lain)
Semasa sebelum disunatkan tu doc ade bgtau yang hukum sunatkan bayi perempuan ni SUNAT je (lain plak dgn yg baca kat JAKIM) n kat Malaysia ni 95% org Melayu mmg buat sunatkan bayi perempuan. kat Afrika pun dorg buat jgk tapi yg terkini mereka difikirkan alim kerana membuang sebahagia besar bahagian tersebut yg perlu disunatkan yg memberi kesan kanak-kanak itu bila dewasa mungkin kehilangan rasa apabila bersama. huhuhu
Doc tu juga menerangkan bahawa beliau ada berbincang dengan majlis fatwa Kelantan bahawa boleh dilakukan sunat dengan mencalitkan jarum tajam sehingga bahagian tersebut berdarah sahaja dan ini berbeza dengan kebiasaan bidan akan memotong sebahagian kecil bahagian tersebut. daku saksikan sendiri tadi doc buat kat anak. sedikit je tapi seram tau. oklah. Selamat Bersunat
salam siti, aah la mima ni anak da msuk 8 bulan bru nk buat, dia nngs x nnt, dia demam x nnt? anak mima ni special tu yg mima tlupa nk sunat dlu ..
ReplyDelete