nuffnang ads

Wednesday, September 11, 2013

Accident Raya 2013: Berkampung Di KPJ Seremban

Assalamualaikum....

:::harini daku tgok dgn mata sendiri keadaan kereta husband yg kemalangan. selalu tgok dr jauh je, live depan mata. sblm upload gambar kereta yg nk dibarai tu kenela gagahkan diri siapkan entry accident ni:::

 Setelah dihantar ke wad kami menunggu jam demi jam untuk suami dianggil ke bilik pembedahan. bengkak ditangan semakin membesar dan menyucuk. daku sangat kasihan dengan keadaannya ketika itu tetapi x banyak yang daku boleh lakukan selain mengusap kepalanya, menenangkan hatinya. mujur anak saudara belah suami ada datang ramai menjenguk dapatlah mereka menolong memegang dan menjaga anakku fatihah sekali sekala sementara dia mahu. 

Jam 6 suami dijanjikan untuk dibedah tapi masih belum dipanggil.  beberapa kali apabila ditanya katanya bilik pembedahan masih penuh. sehingga jam 8 lebih masih belum dipanggil. Ya Allah mcm mane ni layanan yang diberikan. Suami adik ipar yang baru sampai segera bertanya kembali kepada jururawat dan apabila kene brainwash sikit, tak sampai 10 minit terus suami dihantar kebilik pembedahan. Ya Allah mcm mane jadi mcm ni. ape lah yang berlaku kami tak tahu. daku menghantar suami sehingga kepintu bilik pembedahan. daku tahu dia takut tapi kami hanya mampu berserah. 

Daku dipaksa oleh keluarga untuk keluar makan dahulu semasa menunggu pembedahan selesai. doktor memberi waktu sehingga 2 jam lebih. Kami keluar makan dan dalam pada itu keluarga daku sampai dari Johor. tetapi sehingga jam 11 lebih belum menunjukkan suami akan keluar dari bilik pembedahan. kami memutuskan untuk pulang dahulu. ya aku dipaksa untuk balik dan berehat sementara kak long suami offer untuk teman suami untuk malam itu. daku naik ke wad sebentar untuk mengambil barang dan balik.

Sampai kerumah daku mengemas apa yang patut, tak lama terdengar deringan talifon. daku dengar suara suami daku, berderai air mataku, daku katakan padanya daku meminta maaf, daku menunggunya tetapi mereka menyuruhku balik dan berehat. anak daku pun sangat penat mereka lihat. lebih mengharukan apabila kak long menyatakan bahawa tak sampai 5 minit daku keluar dari wad suami dah dihantar....Ya Allah belum rezeki daku mahu melihat suamiku.

Pagi itu daku bersiap awal. daku tak boleh tidur lena. daku berhajat pergi kehospital awal untuk melihat dengan mata sendiri keadaan suami daku. tetapi apabila sampai hanya kak long yang  berada di wad. suami baru tak sampai 10 minit pergi sesi fisioterapi. Ya Allah daku kelewatan pulak pagi ini. daku sungguh kecewa. Daku gagahkan diri dan mengajak family daku ke kafe yang disediakan. Dalam perjalanan ke kafe kakak daku mengatakan yang dia ternampak bilik fisioterapi. Daku bingkas bangun dan menjengah kedalam bilik, ternampak suami daku duduk dikatil....Dia sudah mampu tersenyum

suami menjalani fisioterapi
 Inilah kali pertama kami bertemu selepas pembedahan. tak jadi kami minum dikafe terus mengelilingi suami. Nasib baik hospital swasta kan so kami xde la dihalang dari berjumpa pesakit. Selesai fisioterapi suami dihantar ke wad semula dan bermulalah perkampungan kami di wad 309

keluarga kak ija datang melawat
Ramai saudara yang datang melawat. suami ditempatkan di wad yang mempunyai 2 katil. agak terganggu dan tidak selesa, kami mengingatkan jururawat yang kami menempah untuk bilik kelas 1. Alhamdulillah petang sabtu hari ke 2 kami sudah mendapat bilik 1. lebih selesa dan tenang. 

bilik 1 yang menempatkan suami

bilik untuk seorang, ada sofa yangboleh diubah menjadi katil

talifon bimbit tetap menjadi teman

selesa anak tidur

selesa ibu tidur jugak hihihi

nak berangan pun boleh

anak bermain dengan riang lah sangat

pesakit yang riang

luka dan lebam ditangan
luka jahitan ditangan
Tangan suami terpaksa dimasukkan besi kerana keadaan tangan patah teruk.

Uniform

foto sebelum discharge

Bilik kelas 1 (single beded ward)
 kami berkampung di KPJ Seremban Specialist selama 4 hari 3 malam. Alhamdulillah kami dilayan dengan baik, suami mendapat servis kesihatan yang baik. paling penting bagi kami mendapat wad kelas 1 lebih baik daripada berada di kelas 2 kerana kami mempunyai keluarga dan saudara yang ramai serta anak2 kecil. bilik kelas 1 ni mampu pada kami  dan selesa.

Terima kasih kepada staff jururawad wad selasih, bahagian fisioterapi dan doktor yang bertanggungjawab menjaga suami daku, Prof (C) Dr Wan Hazmy Bin Che Hon

Sekarang ni suami perlu menjalani sesi fisioterapi sekali seminggu. berulag lah kami ke KJP Seremban.

~SEKIAN~

No comments:

Post a Comment

jemput komen..