nuffnang ads

Thursday, September 12, 2013

Felda Bakal Bina Flat Untuk Generasi Ketiga

Kurang tanah: Felda bina flat untuk generasi ketiga

BESUT 11 Sept. - Lembaga Kemajuan Tanah Persekutan (Felda) akan membina lebih banyak rumah pangsa untuk generasi baharu anak peneroka, khususnya di kawasan tanah rancangan yang menghadapi masalah kekurangan tanah.

Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad berkata, pihaknya menyedari generasi ketiga Felda memerlukan kediaman lebih selesa, namun disebabkan kekurangan tanah, Felda memutuskan agar rumah pangsa dibina untuk mereka.

"Rumah pangsa tiga atau empat tingkat bernilai antara RM80,000 hingga RM100,000 seunit itu merupakan sebahagian usaha Felda untuk mengatasi masalah tempat tinggal yang dijangka dihadapi anak peneroka di masa depan," katanya dalam sidang media selepas merasmikan sambutan Merdeka Raya dan majlis Ramah Mesra Peneroka Felda Selasih, dekat sini hari ini.

Yang turut hadir, anggota Dewan Undangan Negeri Jabi Mohd Iskandar Jaafar, Pengarah Besar Felda Datuk Faizouul Ahmad dan Pengurus Besar Wilayah Terengganu Mohd Helmi Fakhzan Abd Wahab
.

sumber

Khabar pembinaan rumah flat untuk anak-anak felda dah lama kami ketahui tapi masih belum ada pengumuman khas dibuat berkenaan hal ini. kat kampung kami Felda Adela pun dengarnya akan dibina rumah flat ni, berdepan dengan D'Mart. Kami agak sangsi jugak dengan lokasi yang dipilih ni tapi mereka2 lebih tahu. daku ni rumah xde tanah ni kureng minat sikit.

Ade jugak survey dilakukan untuk pembinaan rumah teres, rumah semi-D dan Banglo. xtau la jadi buat ke x. kalo dpt bango Rm90,000.00 ok jugak kan. yg penting ade tanah. senang nak bermanja dengan sitecik hihihi

~SEKIAN~

No comments:

Post a Comment

jemput komen..