nuffnang ads

Wednesday, September 11, 2013

Sejauh mana fisioterapi membantu anda

Assalamualaikum....

Suami yag patah tangan dikehendaki untuk pergi ke hospital untuk menjalani sesi fisioterapi. sejauh mana sesi ini membantu tangan yang patah ini. adakah ia membantu mempercepatkan pertumbuhan tulang, melancarkan peredaran daran, melatih otot-otot atau apa ya.



menurut http://ms.wikipedia.org
Terapi fizikal atau fisioterapi ialah satu kerjaya penjagaan kesihatan yang memberi rawatan kepada individu untuk mengembang, menjaga dan memulihkan fungsi fizikal dan pergerakan tubuh manusia. Ini termasuklah rawatan untuk keadaan di mana pergerakan dan fungsi terancam akibat faktor penuaan, kecederaan, penyakit atau persekitaran.

Setakat ni kami tidak pernah culas dalam emmenuhi jadual fisioterapi yag telah ditetapkan oleh pihak hospital cuma yang daku runsingkan adalah banyak tanggapan serong dikeluarkan oleh orang sekeliling tentang sesi fisioterapi. suami daku pun tidak menyokong sepenuhnya sesi ini. semasa dicadangkan pergi 3 kali seminggu dia minta untuk datang 2 kali sahaja. bila diminta datang 2 kali seminggu sudahnya jadual yang dimahukan hanya seminggu sekali.

Daku hanya mengikut sahaja rentaknya, asalkan dirumah dia masih melakukan apa yang diajar oleh ahli fisioterapi. cuma kelengkapan dirumah tidak selengkap dihospital.

~SEKIAN~

No comments:

Post a Comment

jemput komen..