Petua Untuk Perawan
Dalam masyarakat tradisi Melayu, terdapat banyak petua-petua untuk
perawan (anak dara) yang elok dilakukan agar sentiasa dipandang menarik,
menawan dan cepat dipinang orang. Ini juga merupakan petua-petua yang
boleh diamalkan terus oleh wanita yang telah berkahwin dan telah
mempunyai anak.
Petua-petua berikut adalah koleksi dari berbagai pengalaman dan tulisan.
1. Bangkit Bersambut
Apabila mahu tidur malam, duduk berlunjur dan rebahkan badan ketilam tanpa menongkatkan badan dengan tangan. Apabila mahu bangkit dan tidur, lunjurkan kaki dan bangunlah
tanpa menongkatkan badan dengan tangan. Cecah ibu jari kaki dengan kedua
tangan.
2. Wajah Suci
Apabila bangun pagi, jika membasuh
muka, elakkan dari mencucinya menggunakan sebarang alat pencuci atau
mengesat muka dengan sebarang pengesat. Biarkan air itu kering sendiri
pada muka. Jika mengambil air sembahyang pun, usahlah dikesat air itu,
biarkan ia kering sendiri. Ini berfaedah mengekalkan kecantikan asli
wanita, dan rnenjadikan muka bercahaya dan segar kerana pelembap asli
muka tidak dibuang.
3. Menyegarkan Payudara
Apabila mandi,
terutamanya di awal pagi, cucurkan air pancuran atau air paip ke atas
kedua-dua belah payudara agar payudara sentiasa subur dan segar, tidak
mudah jatuh.
4. Taman Semerbak Mewangi
Amalkan makan
makanan yang segar seperti ulam-ulam yang wangi baunya dan sayur-sayuran
yang wangi sejak dari perawan. Amalkan sentiasa. Nafas dan badan juga
akan menjadi wangi. Petua ini telah diketahui sejak beribu tahun yang
lampau.
5. Lubang Jarum
Latih otot penahan kencing,
seolah-olah seperti menahan dan hendak buang air kecil, kemutkan
berulang-ulang. Kemudian kemutkan pula otot dubur seolah-olah mahu
menahan dari buang air besar, berulang-ulang juga. Jika boleh jadikan ia
amalan setiap hari.
6. Suara Perindu
Elakkan dari banyak memakan makanan yang pedas-pedas atau yang agak panas. SeIalu minum air asam jawa.Berlatih bercakap dengan mengawal nada suara, jangan dilepaskan
suara sewenang-wenangnya. Dikatakan bahawa suara perawan adalah bagai
bunyi seruling yang merdu.
7. Mengurut Pangkal Bunting Padi
Biasakan mengurut di pangkal betis, iaitu dengan cara menekan dan
memicit kawasan antara urat keting dan buah betis. Lakukan selalu,
kerana ini baik untuk mempertingkatkan prestasi kepekaan rasa apabila
jima' setelah berkahwin nanti.
8. Payudara Montok
Elakkan dari meniarap di atas lantai sama ada di waktu siang atau malam,kerana meniarap dilantai akan mengendurkan payudara anda.
No comments:
Post a Comment
jemput komen..