Assalamualaikum
Di pagi jumaat yang hening ni mari kita muhasabah diri. Daku nak kongsi bahan bacaan yang daku baca iaitu empat tahap mendidik anak cara Rasulullah SAW mengikut tahap umur anak-anak
Anak Berusia 0-6 Tahun
Hendaklah kita banyak bergurau dan membelai serta memanjakan mereka dengan penuh kasih sayang. Jangan sesekali merotan mereka bila melakukan kesalahan.
Anak Berusia 7-14 Tahun
Hendaklah kita mendidik mereka mendengar arahan, disiplin dan beri tanggungjawab. Didik mereka tentang solat, puasa dan ibadah.
Anak Berusia 15-21 Tahun
Hendaklah kita mendidik dengan cara berkawan, bertukar pendapat serta menghormati pendapat mereka selagi tidak bertentangan dengan syarak.
Anak Berusia 21 Tahun Keatas
Hendaklah ibu bapa memberi mereka kebebasan bertindak selagi tidak bertentang dengan syariat Islam. Ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakan mereka terkawal.
InsyaAllah usaha yang baik akan dipermudahkan Allah SWT
No comments:
Post a Comment
jemput komen..