Assalamualaikum...
Awal bulan haritu daku tergerak nak buat post pasal kanak-kanak didera selepas menonton video kanak-kanak dipukul menggunakan tuala hanya kerana enggan mengambil lampin pakai buang seperti diarahkan pengasuhnya.
Harini facebook NaraMedia ada berkongsi berkenaan seorang bekas pengasuh di Taska Permata Harapan yang berkongsi pengalamannya selama sebulan bekerja di taska berkenaan. Pengalaman yang lebih kepada pengalaman ngeri kepada kanak-kanak yang menghadapinya setiap hari. Mereka tidak mampu berkata-kata tetapi mereka tetap mempunyai perasaan seperti kita insan dewasa yang mampu berfikir sebaiknya. Bersama kita ikuti pengalaman bekas pengasuh tersebut:
Aku pernah
bekerja di taska ni, aku kerja sebulan je. Sebab aku tak larat nak
tengok budak berapa bulan kena campak atas tilam, (pengasuh) pukul budak
yang tak tahu apa-apa
. Hari-hari aku tersebak hati, kerana budak-budak
kena dera dengan mereka.
Aku tak tahu apa nak buat, bila masa
aku terdengar bayi menangis dekat atas, aku naik dan dukung budak yang
menangis. Tapi tiga orang termasuk tuan punya Taska tu kata , "oi, kau
buat apa tu? Semak la kau ni, jangan manjakan budak tu." Aku hanya
mendiamkan diri.
Dan aku dipanggil turun untuk mengajar budak
dekat bawah dan dua orang lagi naik ke bilik bayi. Lagi kuat (bayi)
menangis, aku tak tahu apa yang dia orang (pengasuh) lakukan.
Yang aku tengok dengan mata aku sendiri, budak bertukar-tukar susu.
Ibu-ibu bayi selalu letakkan susu badan dalam bekas tapi satu bekas,
diberi semua budak minum. Yang lain bila masa balik, cikgu tu buang susu
dalam bekas kata anak sudah minum, padahal tak minum.
Bagi
lampin pulak, dia pakaikan pada budak masa balik, yang lain simpan buat
anak tuan taska pakai semua, seperti susu tepung. Ada seorang
kanak-kanak istimewa dekat situ, masa nak balik dia orang akan turunkan
ke bawah, cara turun heret dari atas hingga bawah.
Kadang-kadang ibu bapa hantar, ada yang buang air besar, pengasuh tidak
tukarkan (lampin), (sebaliknya) pengasuh letak dalam bilik mandi mana
yang buang air sampai lenjun itu sampai masa mandi.
Ingat apa
yang emak (pengkomen) katakan, jangan ikut apa yang mereka lakukan, kita
jaga budak dengan elok. Itu amanah ibu bapa mereka hantar mereka (ke
taska itu).
Akhirnya aku berhenti, setelah mendapat gaji. Mak
marah, "kau kerja dah berhenti macam mana nak cari duit untuk majlis
ni". Aku kata rezeki di mana-mana. Aku gembira mendengar berita yang
taska ini dah pun terbongkar. Terima kasih kepada bapa PMSA.
Bersama kita ambil iktibar. Cekalkan hati, tabahkan diri. Bersama anak kecil perlukan banyak kesabaran...............
~SEKIAN, WASALAM~
No comments:
Post a Comment
jemput komen..